Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Jalan jalan balik pulau, cili ungu

Imej
Cili ungu berhampiran kedai roti canai yang terkenal di balik pulau. Cili ungu ini bentuk seperti cabai burung, cuma warna berbeza.

Bacaan minggu ini, flavours

Majalah flavours bulan ini mempunyai artikel menarik tentang pertanian organik. Diantaranya ialah topik pertanian organik skala besar, ayam organik DQ chicken dan sawah organik. Teringin nk tukarkan sawah tiga relung di kampung sebagai sawah organik. Perlu difikirkan kos dan bagaimana menjana keuntungan berbanding sawah intensif.

Jalan jalan balik pulau, buah pala

Imej
Minggu lepas berpeluang ke balik pulau meninjau pekan balik pulau, pekan yg masih membangun dan kaya dengan suasana kampung. Perusahaan memproses buah pala masih dijalankan. Buah pala di belah. Kulit luar direbus dan dijadikan jus. Bahagian dalam pula dijemur.

Nasib sawi orang sibuk

Imej
Beberapa hari tidak menjenguk sawi. Terkejut melihat sawi layu kekurangan air. Harapan untuk menuai sawi terkubur. Namun tiada masa untuk bersedih kerana perlu ketempat lain dan ada urusan lain. InsyaAllah akan menyemai benih baru.

sawi orang sibuk

Imej
beginilah rupa sawi orang sibuk, sampai sudah berbunga, namun apakan daya belum sempat untuk dituai kerena sibuk. sawi yang sudah besar,tapi terlalu sibuk untuk dituai harap harap tiada siput siput yang meratah dulu dan masih segar kerana seminggu tidak disiram. Hanya mengharap air hujan.

buah terung yang masak

Imej
buah terung pendek yang dibiarkan masak untuk dijadikan benih sudah merekah. Kelihatan biji biji benih terung. Tempoh buah terung untuk masak memakan masa lebih kurang dua bulan. InsyaAllah akan menyemai biji benih ini untuk ditanam di kampung. biji biji benih dari terung yang masak

perkembangan kebun kampung di kampung

Alhamdulillah minggu ini dapat meluangkan masa di kebun kampung. Tanah yang ayah teroka di hujung kampung sudah bersih dan mengeluarkan hasil. Tanaman pisang sudah pun mengeluarkan buah. Alhamdulillah dapat di tuai enam tandan pisang awak yang dijual di kedai. Dapat jugalah sedikit duit untuk tampung belanja ayah nak membeli barang barang keperluan dan barang kebun. Disebabkan kebun ini terletak ditepi jalan sahaja, buah pisang mesti selalu diperhati untuk mengelakkan daripada dikebas orang. Tanah kampung ini nampaknya sangat subur mungkin hasil dari baja pokok pokok besar yang ayah bakar musim kering yang lalu. InsyaAllah akan ambil kesempatan ini untuk menyemai anak anak pokok cabai di antara perenggan perenggan pokok pisang. Pokok Mertajam Satu pohon yang lama sudah tidak lihat ialah pokok mertajam. Pokok ini terselamat daripada ditebang ayah. Dulu dulu ada sebatang sebesar pemeluk di tanah belakang rumah. Tapi sudah lama ayah tebang mungkin disebabkan kurang kegunaan. Lab

percubaan menanam sayur dan cili di Flat

InsyaAllah akan memulakan percubaan tanaman sayur dan cili di Flat. Beberapa pasu panjang berharga RM 10 sudah dibeli. Tanah akan disediakan asing sebelum ditanam. Strategi menanam cili di perumahan pangsapuri diharap dapat menghasilkan cili cili yang bebas serangan serangga yang mengakibatkan penyakit seperti kerekot daun. Percubaan menanam juga akan bereksperimen dengan tanaman secara gantung. Dari segi pencahayaan pula. tempat tinggal ini mempunyai jumlah limpah cahaya yang banyak dari pagi sehingga petang.

panjat bukit jambul dan gerai sayur

Imej
bagi yang berada di Pulau Pinang, bukit jambul adalah satu tempat riadah yang sesuai selepas waktu kerja. dengan tempoh pendakian sekitar 15 minit untuk sampai ke puncak, Bukit Jambul amat sesuai untuk mereka yang pulang dari kerja sekitar jam 5.30 petang. kutu kayu gergasi berwarna hitam sebesar saiz ibu jari Hasil tani di sini juga terdapat penjualan hasil hasil tani oleh penduduk setempat seperti pisang, sawi, markisa, jus pala yang baru sahaja dipetik. Harganya pula amat berpatutan dan berbaloi. InsyaAllah akan cuba memaparkan gambar gerai dalam posting akan datang. Diantara tarikan lain di Bukit jambul ialah pokok pokok getah, burung burung seperti burung murai batu dan juga kutu kayu gergasi. Kebiasaannya haiwan dan serangga mulai aktif menjelang lewat senja.

hujan mula turun di utara

Alhamdulillah hujan mula turun di Pulau Pinang, berbanding dengan cuaca panas terik seminggu yang lalu. Ini lah masa untuk menanam dengan lebih kerap terutama sayur sayuran daun dan juga memulakan penanaman padi di kampung. Moga kali ini dapat menolong ayah lagi dalam menebas, menyediakan batas, mengeringkan bendang untuk menabur padi. Masa sangat terhad dengan tugasan dan kerja, tetapi akan cuba meluangkan cuti hari ahad bersama ayah dan mak di kampung.

projek kebun kampung rumah orang bujang

insyaAllah rakan rakan mempelawa kebunkampung untuk menanam pokok dan sayuran di rumah orang bujang. Sebelum ini ruang kosong tersebut hanya naik lalang. tempat tanaman agak luas dengan kawasan yang tiada lindungan pokok. Ini akan menjamin sayur mendapat cahaya matahari secukupnya. InsyaAllah akan ditanam beberapa jenis sayuran yang sesuai untuk dimasak dengan cepat. Antara cadangan tanaman ialah serai, bendi dan terung sebagai permulaan untuk memupuk minat berkebun.

tips tanam sawi orang yang sibuk

Imej
sepanjang menanam sawi dua kali beberapa tips yang boleh dikongsi, tanaman sawi yang mudah ditanam dan tidak memerlukan banyak penjagaan semai di dalam pasu, pastikan tidak terlalu rapat, boleh gaul biji benih dengan tanah.Ini akan memudahkan proses memindahkan anak sawi nanti. anak sawi tahan lasak untuk dipindahkan supaya sawi tidak terlalu rapat. Ini bertujuan supaya pertumbuhan sekata. Letak pasu di tempat yang terang dan mendapat pancaran matahari yang terus. Sawi yang kurang mendapat cahaya matahari tidak membesar dengan baik. musuh tanaman setakat ini ialah lintah bulan dan siput. pembajaan boleh menggunakan baja organik seperti kompos dan tahi arnab. Pokok sawi juga tahan cuaca panas dan pastikan cukup air. pokok sawi yang layu akibat kekurangan air boleh dipulihkan dengan menyiram air. Pokok sawi akan kembali segar.

penyakit pokok terung

Imej
penyakit pokok terung akibat serangan kutu daun, daun pokok habis kerekot. Penyakit bawaan serangga ini boleh dikawal dengan memusnakkan serangga. Tak pasti apa cara terbaik untuk mengelakkan serangan penyakit ini. pokok  terung yang teruk diserang kutu daun daun muda habis kerekot