Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

sebab pertumbuhan bayam tidak sekata dalam pasu

Alhamdulillah bayam semakin membesar dan akan dituai bila bila masa. Namun ada satu pasu yang terbantut pertumbuhan. Setelah diperhati rupa rupanya terlalu banyak air yang bertakung didalam pasu panjang. Ada lubang untuk air keluar namun disebabkan kedudukan pasu yang agak senget, air tidak mengalir keluar dan bertakung didalam pasu panjang. Tanah didalam pasu pun berwarna agak kehijauan. Jadi kedudukan pasu diubah supaya air mudah mengalir keluar dan tidak bertakung. InsyaAllah diharapkan bayam yang terbantut kembali membesar.

mengoptimakan penggunaan hasil dari kebun sendiri

Alhamdulillah hasil hasil kebun sekitar taman perumahan semakin banyak. Cuma masalahnya ialah tidak digunakan. Ada bayam yang semakin tinggi, kacang panjang yang mula mengeluarkan hasil dan kailan serta yang masih belum dituai.  Begitu juga dengan daun kaduk yang merimbun. Antara sebab tidak dapat menikmati hasil ialah masa yang singkat dirumah pada hujung minggu dan kurang makan malam. InsyaAllah akan cuba mengubah menu makan tengah hari dengan hasil hasil dari kebun perumahan.

semaian herba dan ulam dapur

Alhamdulillah beberapa jenis herba dalam perancangan untuk ditanam. Diantaranya herba dan ulam yang selalu dipilih apabila menikmati nasi di kedai nasi campur. Antara herba yang dikenal pasti: 1. Thai Basil Thai basil sedap dimakan kerana rasanya yang beraroma. Namun setakat ini tidak pula dapat tumbuh dari biji benih. InsyaAllah akan cuba strategi keratan batang pula. 2. Ulam raja Pucuk ulam raja sedap dibuat ulam. InsyaAllah akan disemai dari biji benih yang dipesan. 3. Maman Sayur maman boleh dijadikan jeruk maman. InsyaAllah akan cuba disemai dari biji benih.

mencari rumput israel untuk arnab di rumah

InsyaAllah esok atau jumaat akan mencari rumput israel untuk dijadikan makanan arnab di rumah. Baru mendapat info daripada blog anim agro technology yang menyatakan rumput ini boleh dijadikan makanan alternatif arnab. Terdapat jumlah rumput yang banyak di kawasan riadah seberang jaya. Pelbagai warna bunga rumput ini dan cantik juga. Setakat ini makanan dedak arnab menjadi makanan utama arnab dirumah. Jika berjaya dikumpulkan rumput israel, maka kuranglah sedikit kos membeli dedak arnab. Kemungkinan rumput akan dikeringkan dahulu sebelum diberi kepada arnab.

pencapaian tanaman tahun 2013

Alhamdulillah tahun 2013 sudah sampai ke penghujung. Banyak pengalaman berkebun yang didapati. Namun masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Antara pahit manis tahun ini adalah seperti dibawah Tanaman yang cemerlang Sawi ( cepat tumbuh ) Sawi Cina ( cepat tumbuh ) Pak Choi ( cepat tumbuh, tahan lama ) Bendi ( perlu tempat yang cukup air dan terang ) Kangkung ( pastikan cukup air ) Kaduk ( hanya perlu tambah air dan sedikit baja, selalu pangkas ) Tanaman yang sederhana cemerlang Terung pendek ( perlu bekas yang lebih besar ) Arugula ( perlu ditanam jarak jarak ) Kailan ( percambahan agak kurang memuaskan ) Kohlrabi ( berjaya dapat satu hasil ) Tanaman yang perlu penambah baikan Tat Soi ( pertumbuhan sangat perlahan ) Cili solok ( langsung tak tumbuh ) Basil ( tak tumbuh ) InsyaAllah akan letakkan sasaran tahun depan sebelum akhir tahun ini.

balik kampung 22 Disember 2013

Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini Nampaknya musim seperti sudah mula berubah kepada musim utara. Angin akan bertiup kencang pada waktu malam dan langit kebiasaannya cerah sepanjang hari. Kalau dulu dulu ramai yang bermain wau bulan dan pelbagai jenis wau lagi. Wau akan ditambat ke tanah pada waktu malam. Kadang kadang ada wau yang putus dan hilang. Permulaan musim sebegini juga selalu mak dan ayah mulakan tanaman jagung. Anak anak akan bantu menyiram anak pokok jagung pada sebelah petang. Kawasan di Pulau Pinang juga merasa tempias keadaan cuaca sebegini. Pokok tenggek burung terpaksa diletakkan ditempat lebih teduh kerana baru sahaja dialihkan. Sayur sayuran didalam pasu juga harus dipastikan sentiasa mendapat air yang cukup. Satu pasu pokok terung sarawak dibawa balik untuk diberi kepada Tuk Timah. Kebetulan pula pucuk labu yang ditanam Tuk Timah sedang banyak bertunas. Dapatlah merasa masak lemak pucuk labu. InsyaAllah pada hujung bulan januari tahun depan a

kacang panjang dan petola mula berbunga

Alhamdulillah hari ini sempat melihat perkembangan kacang panjang dan petola setelah dua hari tidak sempat memeriksa tanaman. Kacang panjang di depan rumah sudah mula berbunga. Pokok masih lagi menjalar mencari ruang untuk melepaskan pucuk baru. Petola pula sudah memanjat ke bumbung belakang rumah. Tapi pucuk utama sudah patah dimakan sesuatu. Nasib baik masih ada pucuk lain. Kelihatan bunga petola yang masih kecil. InsyaAllah akan dipastikan air dan baja mencukupi.

perancangan menanam timun akhir tahun 2013

InsyaAllah sebelum berakhir tahun ini, beberapa varieti timun akan ditanam untuk kegunaan sendiri. Benih sudah dipesan daripada tanamsendiri dan juga kebunbahagiabersama. Bekas polisterina yang banyak dibuang akan digunakan sebagai pasu tanaman. Kawasan belakang perumahan masih mampu menempatkan tiga bekas polisterina. Cambahan benih yang lebih akan dibawa balik ke kampung. Tanah kosong tepi parit rasanya sesuai untuk tanaman. Tapi memerlukan sedikit topsoil kerana tanah disitu jenis lumpur. Jika ada hasil lebih insyaAllah akan diberi kepada rakan rakan.

perkembangan kolam di perumahan

Alhamdulillah keadaan kolam nampak sihat dengan ikan ikan seperti kaloi, patin dan keli. Ikan kaloi Ikan kaloi yang ada nampak sihat dan besar. Masih terfikir sama ada hendak mengubah ikan kaloi ke dalam balang akuarium. Ikan kaloi diberi makan dedak ikan dan juga kangkung. Buah buahan juga boleh diberikan. Baru baru ini buah betik diberi kepada ikan kaloi. Ikan patin Ikan patin nampaknya sudah dapat menyesuaikan diri. Disebabkan masih kecil dan bewarna hitam, agak sukar untuk melihat didalam kolam. Ikan keli Hari ini seekor ikan keli mati. Sebab kematian tidak dapat dipastikan. Kemungkinan akan dijadikan makanan kucing atau dijadikan umpan memancing. Hasil pemerhatian ikan keli yang dibela lebih pejal isinya dan kurang lemak. Ikan siakap air tawar InsyaAllah dalam proses untuk membeli ikan siakap air tawar. Kolam kolam di kampung nampak sesuai untuk dijadikan tempat eksperimen membela ikan siakap air tawar. Cuma harus berjaga jaga dengan kumpulan memerang yang mungkin bol

Perkembangan kebun di perumahan

Alhamdulillah hari ini sempat menguruskan sedikit keadaan taman di perumahan. Benih terung telunjuk Benih terung telunjuk rupanya sudah bercambah didalam terung yang masak tetapi kesemuanya sudah mati kekeringan. Kemungkinan bercambah dua minggu lepas, sayang tidak sempat menyemai dan kehilangan stok biji benih terung telunjuk yang agak banyak. Masih ada satu buah terung yang tinggal. Harap biji benih buah terung ini akan bercambah. Petola Pokok petola nampaknya semakin membesar dan sudah memanjang ke atap. Jika memanjat ke rumah jiran terpaksa dipangkas atau dialihkan arah memanjat. Thai basil Nampaknya ada sedikit benih thai basil yang tumbuh. Bayam Bayam sudah mengeluarkan daun kedua. Pertumbuhan berbeza beza peringkat dalam tiga bekas tanaman. Harap semuanya akan terus membesar insyaAllah. Benih salad Benih salad yang disemai habis hilang, tidak pasti sama ada dimakan ulat gonggok atau semut.

balik kampung 14hb Disember 2013

Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini, Antara aktiviti yang dilakukan 1. Tabur baja bendang Bendang perlu ditabur baja kerana pokok padi semakin membesar. Masalah kekurangan air pada bahagian tengah bendang menyebabkan banyak rumput yang tumbuh. Terdapat juga bahagian sawah yang mengalami masalah mendap. Masalah ini sekarang semakin menjadi jadi. Traktor dan kubota boleh tenggelam kedalam selut yang sedalam paras pinggang. 2. Pancing haruan Sempat menghabiskan masa sebentar untuk memancing. Banyak ikan yang makan umpan cuma tidak berjaya dinaikkan mungkin kerana saiz ikan haruan yang kecil kecil berbanding umpan. Umpan tiruan, spinnerbait sahaja digunakan. 3. Potong rumput sekitar rumah. Alhamdulillah rumput sekitar rumah sempat dipotong untuk mengelakkan kawasa rumah menjadi semak samun. Terdapat banyak anak pokok kari yang boleh dipasukan dan diberi kepada rakan rakan. 4. Ubah anak semaian kacang panjang. Anak pokok kacang panjang nampaknya sangat tahan lasak.

mengubah cili pear ke pasu yang lebih besar

Imej
Alhamdulillah, dalam banyak banyak semaian cili pear, satu pokok sudah menunjukkan pertumbuhan yang memberansangkan. cili pear dalam pasu kecil sebelum dipindah Jadi sudah tiba masa untuk mengubah anak pokok. Agak terlambat mengubah pokok kerana akar akar rerambut sudah mula keluar dari pasu. Keadaan bertambah parah bila anak pokok dikeluarkan dari pasu, habis terputus akar akar yang kecil. Bekas semaian kohlrabi dulu dijadikan tempat membesar baru bagi cili pear ini. Biji benih dibeli dari jualjualbenih

cili centil generasi ketiga mula berbuah

Imej
Alhamdulillah cili centil generasi ketiga sudah mula berbuah. Buahnya pula tidak sehijau cili centil asal. Cili centil adalah pokok hibrid. Pokoknya tidak besar, jauh lebih kecil daripada pokok cili centil asal yang batangnya sebesar ibu jari kerana dibesar dengan teknik fertigrasi. Namun ada pokok yang mengalami kecatatan dan pokok tidak lekat buah. Kemungkinan akan dilupuskan sahaja.

perkembangan semaian bayam

Imej
Alhamdulillah semaian bayam yang bercambah sudah diubah ke tempat terbuka untuk meneruskan pembesaran. Setakat ini belum ditambah apa apa jenis baja lagi. InsyaAllah akan ditambah baja organik. Cuaca sekarang ini tidak terlalu panas serta hujan yang kerap sangat sesuai untuk pertumbuhan bayam.

perancangan ternak ayam kecil kecilan

InsyaAllah jika tiada halangan, hari sabtu ini akan membeli beberapa puluh ekor anak ayam untuk ternakan di kampung. Anak ayam akan dibeli di Perlis ataupun di Tunjang. Jenis anak ayam yang akan dibeli masih belum dapat diputuskan. Sasaran dapat menikmati ayam yang dibela sendiri dalam tempoh 2 bulan.

ternak cacing untuk kompos dan baja

Alhamdulillah cacing nampaknya menghasilkan baja cacing yang agak banyak. Pokok pokok tanaman diberi baja dari cacing dan nampak semakin subur. Sisa makanan dan sisa tapisan sistem akuarium digunakan sebagai makanan cacing. Cacing cacing nampaknya sangat sukakan sisa tapisan sistem akuarium. Tempat cacing harus diperiksa untuk memastikan tiada semut yang membuat sarang. Jika tidak, cacing mungkin diserang semut. Kagum dengan kelebihan dan daya tahan cacing yang mampu mengurai bahan makanan walaupun kecil dan mudah cedera. Gambar akan diletak kemudian.

akhirnya dapat membeli pokok tenggek burung

Alhamdulillah, akhirnya dapat membeli benih pokok tenggek burung di Seberang Jaya. Pokok ini ada juga dikawasan riadah, tetapi agak susah nak mengambil kerana semua pokok pokok sudah besar. Sebelum ini sudah mencari di dalam internet tetapi jauh di Selangor. Kebun abang di Kelang juga ada anak benih tetapi juga jauh untuk diambil. Harga jualan pula hanya RM 6 bagi satu pokok. Dua pokok paling besar diambil. Rasanya berbaloi beli. InsyaAllah satu akan ditanam dikampung dan satu lagi akan cuba ditanam di kawasan kebun Wang Tepus.