Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

perkembangan kebun perumahan, 18 Julai 2014

Alhamdulillah kebun perumahan nampak kemas sedikit dan memberi hasil ulam ulaman untuk berbuka puasa. Selain itu beberapa perkembangan terbaru 1. Terung telunjuk  Terung telunjuk mula berbunga dan harap harap akan lekat buah. Daun daun terung pula diserang larva kekabuh. Larva dihapuskan dengan tangan sahaja. Jika larva ini tidak dihapuskan, pokok akan kehilangan semua daun daun. 2. Lobak putih Lobak putih sudah mula berisi. InsyaAllah boleh dituai untuk sahur hujung minggu ini. 3. Kompos cacing Kompos cacing kedua sudah mula menunjukkan hasil compos. Banyak cacing yang naik sehingga ke permukaan kompos. Kompos ditutup dengan tudung penutup sampah dan dilapik dengan plastik sampah untuk mengekalkan kelembapan. 4. Ikan keli Beberapa minggu lepas ikan keli kelihatan seperti mengalami kecederaan pada kulit dan membengkak. Namun selepas beberapa lama, kulit ikan keli sembuh. Nampaknya ikan keli sangat tahan lasak.

balik kampung 13 Julai 2014, pangkas pokok mempelam

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi minggu ini. Masa agak suntuk lagi kerana rancang untuk berbuka puasa di rumah mak dan rumah tuk timah. Antara aktiviti minggu ini 1. Pindah benih timun dan kacang kelisa Benih timun dan kacang kelisa sudah dipindahkan ke atas tanah. Ada yang ditanam di depan rumah dan ada juga yang ditanam di tepi pagar. Tempat yang dipilih ialah berdekatan dengan air supaya tidak perlu untuk di siram. Sedikit sungkupan daripada plastik dibuat supaya tanah lebih menyimpan air. 2. Angkut baja Stok baru baja untuk pokok sudah sampai dan perlu disimpan dengan segera. Sekarang ini ada sindiket yang menyasarkan baja baja yang diedarkan untuk dicuri ketika waktu malam. Ayah sudah tak larat nak mengangkat jadi anak anak lah harapan sekarang untuk menguruskan kerja kerja menanggung baja. 3. Tebas rumput dan pangkas pokok mempelam Rumput dibelakang rumah sekarang sudah panjang dan perlu ditebas. Mesin rumput pula rosak menyebebbkan kerja menebas tergendala.

benih timun dari kompos

Imej
Alhamdulillah benih timun yang dikutip dari tempat kompos bercambah. Benih ini adalah dari timun yang tidak habis, tersimpan lama didalam peti sejuk dan akhirnya sudah tidak elok untuk dimakan lagi apabila mulai lembik. Jadi timun tersebut dimasukkan kedalam bekas kompos. Selepas seminggu, kulit dan isi timun hilang diurai dan yang tinggal ialah benih timun. Setelah beberapa hari didapati biji benih mulai bercambah. Jadi cepat cepat dipindahkan biji benih yang bernas kedalam bekas semaian sebelum ia turut hancur menjadi kompos. Sebanyak lebih kurang 10 anak timun berjaya bercambah. InsyaAllah akan dipindahkan dikampung kerana timun ini dari vareiti timun batu yang bersaiz besar.

berbuka puasa dengan hasil dari laut, kebun perumahan dan kebun kampung

Imej
Alhamdulillah minggu ini dapat berbuka puasa dengan hasil dari laut, kebun perumahan dan kebun kampung. Rebung madu dari kampung masih elok didalam peti sejuk. Begitu juga terung dari kebun mak di kampung. Rebung dihiris nipis dan direbus manakala terung dibakar diatas dapur.Ulam raja dan ulam sabung nyawa pula dipetik dari depan rumah. Sedap dimakan bersama sambal belacan. Nasi didalam peti sejuk pun masih elok, hanya perlu dikukus semula sebelum berbuka. Isi ikan jebong dijadikan ikan goreng tepung dan dimasak kari thai. Isi ikan jebong yang padat sangat sesuai dimasak kuah. Daun kari dan daun limau purut diambil di hadapan rumah. Alhamdulillah dapat merasa sedikit nikmat bumi Allah. Jimat sedikit bajet berbuka di bulan puasa.

balik kampung 5 Julai 2014

Alhamdulillah dapat balik kampung lagi minggu lepas. Seronok dapat berbuka puasa sekali. Berapa aktiviti lain yang dilakukan. Tanggung baja ke bendang Ayah hendak mula menabur baja urea. Jadi pagi pagi baja sudah diangkat ketengah sawah sebelum matahari terpacak diatas kepala lebih kurang jam 8 pagi. Baja akan ditabur beberapa hari lagi, jadi baja perlu di tudung dengan plastik untuk mengelak daripada embun. Suasana awal pagi di bendang agak dingin dan pokok padi sudah semakin membesar. Banyak hidupan di bendang seperti katak, pepatung, burung dan ikan dapat dilihat. Harap dapat terus menikmati suasana damai di kampung. Bersih rumah Alhamdulillah, sempat membersih depan rumah bersama bang long. Daun dan rumput kering dikumpulkan dan dilonggok ke tempat sampah untuk dibakar. Periksa tanaman Anak Pokok labu dibelakang rumah layu terkena racun rumpai yang disasarkan kepada kangkung liar yang menjalar didalam air. Harap harap masih boleh bertahan. Anak pokok labu air pula se

kerapu bara masak stim, juadah sebelum ramadhan

Imej
Alhamdulillah dapat merasa masakan kerapu bara masak stim sebelum bermula ramadhan tahun ini. Kerapu bara dipancing segar dari laut. Ikan kerapu perlu disiang bersih. Daun kari sesuai digunakan untuk menghilangkan rasa hanyir ikan. Masa untuk stim hanya dalam 30-40 minit berdasarkan pemerhatian untuk mendapat tekstur isi ikan yang lembut. Jika terlebih lama, mungkin isi menjadi liat. Harga ikan ini yang mahal menjadikan cara memasak yang betul penting untuk menjadikan pembelian berbaloi. Di kedai, harga ikan ini boleh mencecah RM 100 setiap seratus gram. Bahan rencah terdiri daripada bawang besar, bawang putih, asam keping, daun limau purut, cabai dan serai. Sedikit sos tiram dan limau kasturi jika mahu lebih bangkit rasa masam. ikan tofu masak tiga rasa hidangan beserta ulam raja dari kebun perumahan dan air asam

perkembangan kebun perumahan, Julai 2014 lobak putih

Imej
Alhamdulillah lobak putih didepan rumah semakin membesar. Ditanam padat padat kemudian dijarangkan. InsyaAllah akan dijadikan sup sayur untuk bersahur. Pembajaan dibuat apabila nampak tanda daun mulai kekuningan. Kompos cacing dan baja organik digunakan. Harap harap dapat menuai selama beberapa kali.

balik kampung awal ramadhan 1435H, 28 Jun 2014

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu ini untuk berbuka puasa di rumah bersama mak dan ayah di kampung. Cuaca sekarang mendung dan hujan sekejap sekejap. Perancangan awal untuk membantu ayah meracun bendang tidak kesampaian. Ayah dah buat dulu. Masa juga suntuk kerana hari ahad sudah bermula ibadah puasa. Bagaimanapun, terdapat beberapa aktiviti yang sempat dilakukan. Antara aktiviti kali ini 1. Pindah semaian labu air, kacang sepat dan petola Labu air, kacang sepat dan petola dipindah ke kawasan belakang rumah di kampung. Dekat sahaja dengan rumah untuk mak boleh tengok tengokkan. Petola dipindah berdekatan dengan reban ayam. Nanti boleh memanjat ke bahagian atas bumbung reban. Kacang sepat pula sudah lama tidak ditanam oleh mak. Dulu dulu mak ada benih kacang sepat, tapi sudah lama tiada benih untuk ditanam. 2. Kutip buah manggis depan rumah Buah manggis pokok depan rumah sedang berbuah. Pokok tidak tinggi hanya setinggi lebih kurang tiga meter dan berdaun j