Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Penutup tahun 2014

Alhamdulillah tahun 2014 sudah tiba ke penghujungnya, dan tahun 2015 akan menjelma. Diantara tanaman yang berjaya di kebun tahun ini 1. Terung pendek hijau 2. Petola bantal 3. Cekur hitam 4. Daun kaduk 5. Limau purut 6. Timun 7. Selasih 8. Bayam hijau/ merah 9. Lobak putih 10. Terung sarawak 11. Pecah kaca 12. Daun belalai gajah 13. Daun sambung nyawa Tanaman yang tidak berjaya tahun ini 1. Zucchini tidak sesuai untuk tanah rendah 2. Kacang panjang perlu pasu yang lebih besar 3. Cili Pokok cili banyak yang terbantut tumbesaran 4. Putat merah Tanaman dikampung kerap diganggu makhluk perosak 5. Labu Pokok mati akibat banjir 6. Peria Pokok mati dimakan siput 7. Daun kari Pokok hidup segan mati tak mahu Harapan tahun depan 1. Tomato ceri 2. Pokok tin 3. Pokok lemak ketam 4. Kacang buncis 5. Petola segi Kenangan manis tahun ini Terlibat didalam Makefaire Penang Jangan lupa untuk terus berdoa dan membantu saudara kita di pantai timur yang terjej

doa untuk mangsa banjir di pantai timur

Imej
InsyaAllah sama sama kita berdoa untuk mangsa banjir di Pantai Timur. Semoga keadaan cepat reda insyaAllah. Bantuan boleh disampaikan melalui fb: https://www.facebook.com/pages/Khidmat-Masyarakat-IKRAM-i-Bantu/608796332500301 Banjir juga pernah berlaku di kampung pada awal tahun 90an, sehingga terputus laluan jalan darat. Abang Tam terpaksa kayuh basikal ke Alor Setar dalam keadaan jalan digenangi air untuk membeli sedikit makanan. Akhirnya makanan pun habis dan terpaksa memasang jaring untuk mencari ikan untuk makanan. Pada masa itu, ikan kecil pun dijadikan makanan kerana sudah tidak ada lagi makanan dirumah.

tuaian hujung minggu 22 Disember 2014

Imej
Alhamdulillah selasih, kaduk, pucuk cekur hitam, terung dan juga petola dapat dituai dari kebun perumahan. Masa masih lagi terhad untuk merasa hasil tuaian. InsyaAllah cuti semester ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menanam dan mengurus kebun perumahan dan kebun di kampung.

balik kampung 21 Disember 2014

Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini. Minggu peperiksaan sudah tamat. Jadi ada sedikit masa untuk aktiviti aktiviti sebelum semester bermula kembali. Diantara perkembangan: Ulam lemak ketam Kebetulan, di RTC Pekan Napoh ada jualan pokok pokok benih. Kali ini, jumlah kedai lebih banyak. Ada yang menjual pokok bunga hiasan seperti orkid dan ada juga penjual pokok pokok buah buahan. Ada penjual yang menjual pokok pokok benih ulaman seperti tenggek burung, putat dan ulam lemak ketam. Jadi. disebebkan ulam lemak ketam belum ada, dua pokok berharga RM 18 dibeli. Kebun di kampung Rupa rupanya, pokok terung dari varieti terung ungu masih lagi bertahan daripada kesan banjir. Manakala terung jenis sarawak dan belang hijau tidak bertahan. Kesan banjir juga menyebabkan pokok belimbing buluh yang berusia lebih setahun mati. Pokok pokok labu juga habis mati disebabkan air banjir. InsyaAllah "raised bed" akan dibuat di kebun kampung supaya dapat menahan kesan air

perkembangan kebun perumahan 19 Disember 2014

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan, dalam waktu waktu cuti untuk mengulangkaji subjek subjek peperiksaan. Zucchini Alhamdulillah zucchini sudah mula menunjukkan tanda tanda hendak mengeluarkan bunga betina. Sudah banyak bunga jantan yang keluar. Saiz pokok tidaklah sebesar pokok yang tumbuh di negara beriklim sejuk. Petola bantal Petola bantal dibelakang rumah sedia untuk dituai. Petola yang dituai sebelum ini sudah tidak elok untuk dimakan apabila disimpan lama didalam peti sejuk. InsyaAllah akan dijadikan kompos. Masih adal lagi yang baru membesar di atas tiang telefon. Kadar tumbesaran buah sangat cepat dan pokok sudah berusia hampir satu tahun. Ulam ulaman Selasih thai berkembang dan daun semakin besar apabila banyak hujan yang turun beberapa hari ini. Semaian baru Semaian stok benih bendi lama dibuat. Harap harap masih lagi dapat tumbuh. Begitu juga dengan semaian stok benih lama selasih thai. Kadar percambahan cuma 60 peratus bagi selasih thai m

perancangan mengubah suai laman perumahan hadapan untuk optima hasil kebun perumahan

Alhamdulillah, dapat melihat latihan bagaimana konsep penanaman untuk memaksimakan hasil dikawasan yang terhad. Diantara caranya ialah dengan menggunakan konsep "raised bed". Konsep ini boleh menggunakan batu bata untuk mengepung satu kawasan tanah untuk dijadikan kawasan penanaman. Kelebihan cara ini ialah, tanah lebih banyak menyimpan air dan harga untuk memulakan teknik ini lebih murah berbanding membeli pasu panjang. InsyaAllah akan mencuba teknik ini tidak lama lagi. Dengan teknik ini, lama juga akan nampak lebih kemas dan cantik di pandang. Konsep yang sama akan diaplikasi untuk kebun di kampung.

lebah tukang dan petola bantal

Imej
Alhamdulillah petola bantal banyak mengeluarkan hasil. Cuma tidak sempat untuk dituai dan ada yang menjadi kering di tangkai. Petola bantal akan cuba memanjat setinggi mungkin. Apabila dirasakan tempat tinggi sudah dicapai, pokok petola akan mengeluarkan bunga jantan diikuti dengan bunga betina. Dikawasan perumahan, agen utama pendebungaan bunga petola bantal ialah lebah tukang. Sebelum ini, berdasarkan pemerhatian pokok petola yang ditanam di belakang rumah. Lebah tukang hanya datang pada waktu tengah hari. Namun, rupa rupanya lebah tukang memulakan operasi pendebungaan sejak awal pagi. Sebelum ke tempat kerja awal pagi, akan kelihat lebah tukang datang melawat bunga bunga petola bantal yang sedang berkembang.

tanam tomato ceri di apartment

InsyaAllah akan cuba menanam pokok tomato ceri di apartment. Ruang ampaian menyidai baju tidak digunakan. Anak pokok sudah tersedia untuk dibesarkan. Baja akan cuba menggunakan air basuhan beras dan air basuhan ikan sebagai eksperimen. Rasanya buah tomato ceri tidak akan mendatangkan kerosakan dan bahaya kepada orang orang dibawah apartment jika jatuh ke bawah. Selain daripada itu, herba herba seperti pudina dan selasih boleh ditanam bersama untuk mewujudkan laman herba di apartment.

perancangan kemas kebun perumahan akhir Disember 2014

InsyaAllah jika masa mengizinkan, akhir Disember 2014 akan digunakan untuk mengemas kebun perumahan. Antara kerja yang akan dilakukan. 1. Tukar bumbung lutsinar Bumbung plastik lutsinar sekarang sedang mereput dan pecah. Kemungkinan akan ditukarkan dengan bumbung lutsisar baru. Alternatif lain ialah bumbung kaca yang tidak akan reput. 2. Kebun bahagian depan perlu dikemaskan. Pasu pasu panjang yang tidak digunakan akan di simpan atau disemai dengan benih baru. Pokok pokok herba perlu di pangkas supaya nampak lebih kemas dan cantik dipandang. 3. Sistem pengairan tanaman akan cuba di buat automasi. Buat masa ini, masih mencari alternatif terbaik. Cuaca sudah semakin menuju ke musim kering. Permukaan tanah didalam pasu besar mungkin boleh dilitupi dengan plastik untuk mengurangkan kesan penyejatan air.

jalan jalan perlis, 14 Disember 2014

Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini dan berjalan jalan ke Perlis. Cuaca sekarang sudah hampir memasuki fasa musim timur. Padi padi sepanjang lebuh raya Changlun ke Kuala Perlis dalam fasa using dua bulan. Dalam tempoh sebulan lebih lagi insyaAllah dapat melihat sawah padi mula menguning. Waktu malam dan pagi cuaca menjadi berangin dan dingin. Biasanya musim ini akan berlanjutan sehingga bulan tiga. Bang Cik Man menanam bendi di belakang rumah. Walaupun sedikit sahaja ruang tanah, bendi yang tumbuh begitu subur. Bendi elok ditanam terus ke tanah daripada di biarkan didalam bekas benih.

azam masak sendiri untuk tahun baru

insyaAllah untuk tahun baru akan merancang untuk lebih masak sendiri di rumah berbanding makan di luar. Diantara sebab ialah soal kebersihan, pemakanan yang lebih sihat dan mengurangkan kos belanja dapur. Sisa dapur akan dijadikan kompos. Teknik masak yang cepat akan dicuba supaya hidangan yang sihat dapat disediakan dengan cepat.

perkembangan kebun perumahan, Disember 2014

Alhamdulilah dapat mengurus kebun perumahan sedikit. Antara perkembangan terbaru Petola bantal Petola bantal dibelakang rumah nampaknya tidal lagi banyak menjalar ke atas. Sebalik mengeluarkan sulur tepi pula dan mula berbuah. Zucchini Zucchini masih lagi mengeluarkan banyak bunga jantan, namun tidak berkembang. Zucchini di belakang rumah juga mula berbunga dan bunga jantan berkembang. Terung Benih benih terung baru sudah semakin membesar, sangat sesuai untuk dipindahkan ke petak tanaman. InsyaAllah akan cuba beri kepada rakan rakan dan cuba buat penghantaran melalui khidmat pos. Tuaian sebelum ini dijadikan terung goreng dan juga dimasukkan kedalam kari kepala ikan. Benih tanaman baru Masih lagi menunggu pesanan benih tanaman baru. Harap harap akan tiba dengan selamat. Sangat sangat berharap benih benih cili akan diba. Pudina InsyaAllaha kan cuba biakkan keratan pudina untuk ditanam bersama sayuran lain.

perkembangan kebun kampung, 7 Disember 2014

Alhamdulillah, minggu ini perjalanan membawa ke negeri kedah dan perlis. Musim hujan masih berada di kemuncak. Pokok hujan kelihatan dan cuaca sentiasa mendung. Air didalam sungai sungai utama di Kedah dan Perlis penuh. Di kampung, air sungai kembali naik dan banjir mula terjadi. Pokok pokok terung di belakang rumah sudah tidak dapat diselamatkan. Pokok petola bantal masih lagi bertahan dan tidak layu. Harap harap pokok ini akan terus bertahan sehingga banjir kali ini surut. InsyaAllah selepas ini akan membuat batas kebun supaya kebun lebih kalis banjir.

perkembangan kebun perumahan, awal disember 2014

Alhamdulillah, nampaknya cuaca seminggu ini sangat sesuai untuk pertumbuhan sayuran. Beberapa hari sayuran di perumah tidak perlu disiram. Hujan di waktu malam dan awal pagi menyejukkan suasana. Diantara perkembangan Arnab Arnab berbulu gebu yang sakit akhirnya mati. Arnab melompat keluar sangkar dan apabila balik ke rumah sudah mati. Tidak pasti apa yang sebenarnya yang berlaku, terdapat juga kesan arnab memakan anak anak benih cabai, tomato dan terung. Arnab arnab yang lain akan diberikan kepada seorang rakan yang sudah bersetuju untuk mengambil. Terung Terung minggu ini sangat produktif, sebanyak sembilan biji terung kecil dituai. InsyaAllah akan dijadikan ulam untuk makan minggu depan. Gambar akan diletakkan kemudian

serangga serangga biasa di kebun perumahan

Imej
Terdapat dua jenis serangga yang biasa terdapat di kebun perumahan. Salah satu merupakan perosak dan satu lagi merupakan sahabat tanaman. Belalang Belalang selalu singgah di kebun perumahan dan memakan daun daun herba dan sayuran. Serangan sangat minima buat masa ini. Belalang akan dijadikan makanan ikan kaloi jika ada yang dapat ditangkap. Pepatung Beberapa spesis pepatung didapati sering mengunjungi kebun perumahan. Rasanya, pepatung membiak didalam longkang perparitan. Pepatung didapati berehat di kebun perumahan di awal pagi. Rasanya pepatung mengawal serangga serangga perosak dengan menjadikan serangga perosak sebagai makanan.

masakan dari kebun perumahan, 3 Disember 2014

Imej
Alhamdulillah semalam dapat merasa masakan daripada kebun perumahan. Herba herba seperti daun bebuas, daun sambung nyawa, daun belalai gajah di tuai awal pagi untuk dijadikan ulam. Manakala daun kari digunakan didalam gulai ikan rambai yang baru dipancing. Tekstur isi ikan rambai lembut dan sesuai dijadikan gulai ikan. Buah terung yang dituai sebelum ini dibakar dan dijadikan sebahagian daripada ulam. Ada sedikit yang disimpan untuk kegunaan masakan hari lain. Seronok dapat makan makanan sebegini, lebih rasa kepuasan makanan yang dimasak sendiri berbanding yang di masak di kedai. Berbaloi rasanya bersengkang mata selepas waktu kerja untuk menyediakan masakan sendiri. InsyaAllah jika umur panjang, akan pergi berkelah di tepi pantai untuk makan tengah hari. Harap harap awal tahun ini kurang jumlah kerja yang hendak dilakukan. Gambar akan diletak kemudian.

tuaian kebun perumahan 2 Disember 2014

Imej
Alhamdulillah dapat membuat tuaian ringkas terung sebelum ke tempat kerja. Tujuh biji terung kecil dituai, muat muat tangan sahaja. Tuaian dibuat dengan menggunakan gunting dapur. Buah terung digunting rapat ke hujung dahan. Buah yang masih mudah lebih mudah dituai manakala buah yang lebih tua agak susah untuk dituan kerana tangkal sudah mulai berserat keras. Masih ada lagi buah yang tidak dituai kerana terlindung. Warna buah terung juga yang hampir sama dengan warna daun. InsyaAllah terung terung ini akan dijadikan hidangan untuk esok. Petola Namun, petola bantal yang diharap daripada pokok petola depan rumah tidak kesampaian kerana bunga betina tidak didebunga. Bagaimanapun, pokok petola nampaknya sudah mula mengeluarkan lebih banyak bunga jantan. Harap harap akan menarik perhatian lebah tukang untuk menjadikan halaman depan rumah sebagai tempat persinggahan insyaAllah. Ikan kaloi & ikan keli Hari ini juga, makanan ikan masih belum dibeli, harap harap ikan dapat bertah

perkembangan kebun perumahan 1 Disember 2014

Alhamdulillah, dapat membuat sedikit kerja untuk kebun perumahan. Diantara perkembangan terbaru. Cili solok Alhamdulillah cili solok yang disemai seminggu lalu sudah bercambah. Ini kali pertama percambahan berjaya dilakukan. Sebelum ini benih benih yang dibeli langsung tidak bercambah. Zucchini Pertumbuhan zucchini masih pelbagai, nampaknya memang betul benih zucchini lebih sesuai ditabur terus dan tidak dipindahkan. Zucchini yang ditanam dalam polibeg dan ditempatkan ditempat sedikit redup paling cepat membesar dan sudah mengeluarkan bunga jantan. Timun panjang armenian Timun panjang armenian sudah mula mengeluarkan bunga jantan walaupun saiz pokok tidak sampai saiz lidi penyapu. Membeli perkakasan kebun InsyaAllah akan membeli satu tangga bagi memudahkan urusan memangkas pokok petola bantal supaya tidak mengganggu jiran perumahan. Terung Hujan yang konsisten menghasilkan buah terung yang besar dan banyak. InsyaAllah akan dituai beberapa hari lagi. Tomato dan arnab