tag:blogger.com,1999:blog-26697027637550402552024-03-05T17:18:15.671+08:00kebunkampungblog tentang kebun dan kampungUnknownnoreply@blogger.comBlogger788125tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-64605394763874878882020-06-18T11:31:00.002+08:002020-06-18T11:31:29.156+08:00balik kampung, 14 Jun 2020Alhamdulillah, dapat juga balik ke kampung, setelah hampir 3 bulan menunggu untuk balik ke kampung. Perasaan teruja untuk menjenguk kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Bagaimana keadaan rumah, pokok pokok, ayam dan ikan yang ditinggalkan. Perjalanan balik ke kampung lancar dan lebuh raya juga tidak sesak.
Misi balik kampung kali ini adalah untuk mengemas rumah dikampung dan menziarah kak Chik. Mak dan ayah masih lagi berada di Selangor dan akan pulang pertengahan minggu. Jadi, sedikit kerja mengemas rumah perlu dilakukan sebelum mak dan ayah balik ke kampung.
Musim buah mempelam
Tahun ini, kami terlepas untuk merasa buah mempelam bagi musim kali ini. Bila balik ke kampung, hanya tinggal biji biji buah mempelam diatas tanah. Hanya dimakan oleh ayam dan adik beradik yang sempat balik ke kampung. Tiada rezeki untuk merasa buah mempelam kali ini. Pokok mempelam harum manis yang baru hendak mula berbunga diluar musim. Harap harap ada rezeki untuk merasa buah harum manis dari pokok di kampung.
Kebun kelapa dan kebun pisang
Kebun kebun di kampung hanya dapat dijenguk sepintas lalu. Tak sempat hendak masuk kedalam kebuh. Pokok pokok liar sudah mula membesar dan menyebabkan kebun semakin kelam dan semak. InsyaAllah akan cuba untuk menebas semak samun bila ada kesempatan. Pokok pisang yang ditanam sebelum ini masih lagi bertahan walaupun pertumbuhan agak perlahan.
Kebun pisang menunjukkan tanda tanda buah diambil orang. Saya tidak dapat berbuat apa apa kerana tidak sempat hendak memantau kebun akibat perintah PKP.
Ayam ayam mak
Ayam ayam mak masih ada, cuma jumlahnya semakin berkurangan. InsyaAllah akan cuba menambah anak ayam baru supaya mak dalam membela nanti. Ayam belanda juga tinggal induk sahaja. Anak anak ayam belanda yang berusia sekitar tiga bulan sebelum ini hilang entah kemana.
Akuarium ayah
Akuarium besar ayah masih lagi bertahan. Ikan ikan didalam akuarium masih lagi sihat walaupun air didalam kotor kerana pam air rosak. Nasib baik, ada pam oksigen yang dipasang berasingan masih lagi berfungsi. Sebelum ini, pengudaraan akuarium bergantung sepenuhnya kepada sistem pam air. Pada akhir bulan Februari sebelum PKP bermula, saya sempat memasang sistem pam oksigen. Jadi ikan ikan masih lagi mendapat bekalan oksigen walaupun sistem pam rosak. Kali ini, saya tukar pam kepada pam yang baru bagi menggantikan pam lama yang sudah berusia lebih sepuluh tahun.
Sesi balik kampung kali ini sangat singkat. Tidak banyak kerja yang dapat dilakukan. InsyaAllah akan cuba luangkan masa lebih lagi di kampung pada masa akan datang.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-8928304155486240172020-05-20T13:15:00.000+08:002020-05-20T13:15:05.606+08:00perancangan tanaman musim hari raya 2020InsyaAllah tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Walaupun sambutan tahun ini sangat berbeza dengan tahun tahun sebelumnya. Tidak ada ziarah menziarah dan kunjung mengunjung. Hati teringin untuk balik ke kampung. Namun, apakan daya, perintah kawalan masih lagi berlangsung. Saya akan cuba isi masa yang ada dengan beberapa aktiviti berkebun dikawasan perumahan yang banyak tertunda.
Sayur sayuran
Alhamdulillah cuaca sekarang sangat sesuai untuk menanam sayur sayuran. Hujan yang kerap menjadikan sayur sayuran jenis daun dapat tumbuh dengan baik. InsyaAllah akan cuba menyemai benih benih sayuran yang mudah tumbuh dan dijaga seperti kangkung dan bayam. InsyaAllah saya akan cuba menanam benih lobak putih juga. Sudah lama saya tidak menanam sayur sayuran jenis lobak putih. Lobak putih mudah ditanama dan dapat dituai dalam tempoh yang cepat.
Ikan kaloi
InsyaAllah saya juga akan mencari benih ikan kaloi untuk dbela didalam kolam. Ikan kaloi yang saya pernah bela sebelum ini telah lama mati. Saya akan cuba mencari benih ikan kaloi sabah dan juga ikan kaloi merah. Ikan kaloi mudah dibela dan tahan lasak. Saya juga akan cuba untuk membaiki sistem feeder makanan ikan. Jika berjaya, saya akan tambah beberapa jenis ikan lagi seperti tilapia dan patin. Kawasan sekitar kolam juga perlu disusun semula agar nampak lebih kemas.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-51387949941824796142020-05-13T13:44:00.001+08:002020-05-13T13:44:32.479+08:00bayam brazil di kebun perumahanAlhamdulillah percubaan menanam bayam brazil di kebun perumahan sudah berhasil. Apa yang membanggakan saya ialah bukan saya yang menanam. Tetapi isteri yang beriya iya untuk menanam bayam brazil. Perbagai bentuk pasu dibuat daripada barang barang terpakai untuk dijadikan sebagai medium tanaman.
Penanaman bayam brazil adalah mudah. Hanya perlu cucuk keratan bayam brazil ke dalam tanah. Tanah disiram supaya lembab untuk menggalakkan akar baru keluar. Selepas lebih kurang sebulan, pucuk pucuk bayam brazil sudah sedia untuk dituai. Bayam brazil sesuai dijadikan tanaman bagi mereka yang baru hendak berjinak jinak berkebun.
Penggunaan bayam brazil dalam sajian boleh dipelbagaikan. Isteri saya suka bayam brazil yang direbus atau dimasak sup sebagai ganti bayam biasa.
Gambar akan diletakkan kemudianUnknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-86992055094450035542020-05-05T13:31:00.002+08:002020-05-05T13:31:45.274+08:00perkembangan kebun kampung di akhir PKP fasa 4, tikus selongkar rumahPerintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan menyebabkan saya masih tidak dapat balik ke kampung. Terdapat berita yang mengatakan kejadian ribut dan hujan lebat di kampung sehingga menyebabkan kejadian bumbung rumah tercabut, banjir dan pokok tumbang disesetengah tempat di Kedah.
Alhamdulilllah keadaan rumah di kampung masih baik dan tiada kejadian pokok tumbang dikawasan rumah kampung. Namun, abang ipar sempat singgah sekejap ke rumah dikampung semasa tempoh PKP kerana ada tugasan. Keadaan didalam ruang dapur rumah menjadi berselerak. Disebabkan tiada penghuni dan tiada kucing, tikus didalam rumah bermaharajalela mencari makanan dan membongkar kawasan dapur.
Diantara sebab banyak tikus dirumah kampung ialah banyak tempat untuk tikus bersembunyi. Terdapat ruang persembunyian diantara lantai kayu rumah dibahagian atas. Dulu dulu ayah menambah kepingan asbestos untuk menutup ruang ruang lantai kayu. Pada siang hari, tikus akan bersembunyi disitu dan mula keluar mencari makan apabila menjelang malam.
Saya sendiri pernah ada pengalaman bagaimana keadaan dapur rumah taman apabila ada seekor tikus yang berjaya menyelinap masuk kedalam rumah perumahan sebelum ini. Habis barang dapur rosak akibat digigit tikus. Setelah beberapa hari mencari, akhirnya tempat persembunyian tikus berjaya dijumpai dan tikus tersebut dimusnahkan. Seekor tikus sudah cukup untuk menyebabkan kerosakan besar.
Makanan makanan yang masih elok dalam bungkusan diberi kepada jiran manakala yang selebihnya dibuang untuk mengelakkan tikus terus menyelongkar ruang dapur.
InsyaAllah, bila dapat balik ke kampung selepas ini, akan pasang perangkap tikus dan cari kucing supaya tikus tidak bermaharaja lela. Buat masa ini, hanya mampu berharap rumah kampung akan terus terjaga. Nampaknya harapan untuk menjenguk kampung dan menikmati buah buah di kampung dan suasana kampung terpaksa ditunda buat masa ini.
Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-67676139007332423932020-04-06T17:27:00.001+08:002020-04-06T17:27:33.809+08:00kebun kampung di kala covid19Buat masa ini, kebun kampung terpaksa ditinggalkan sekejap kerana perintah pergerakan terhad. Jadi, hajat untuk balik ke kampung dan menjenguk mak ayah tidak kesampaian. Alhamdulillah mak dan ayah masih sihat. Mujur abang long bawa mak ayah tinggal sekali sepanjang tempoh berkurung. Lebih mudah untuk diuruskan jika ada sakit dan demam.
Musim panas terik sudah mula berakhir dengan kedatangan peralihan monsun. Hujan lebat mulai turun. Petani insyaAllah akan memulakan sesi menanam padi tidak lama lagi.
Nasib ayam ayam dikampung.
Ayam di kampung terpaksa ditinggalkan dahulu. Hanya harap kepada jiran untuk memberi makan. Dedak ayam kampung memang tersedia dibeli pada cuti hari raya cina yang lepas. Moga ayam ayam dapat bertahan dan masih sihat bila dapat balik ke kampung semula.
Ubi kayu
Ubi kayu yang ditanam di kampung pun rasanya sudah sesuai untuk dituai. Kedatangan musim hujan juga boleh merosakkan ubi kayu. Harap harap dapat dituai.
Ikan ikan dalam kolam
Satu lagi kerisauan ialah ikan yang dibela didalam kolam. Harap sepupu dapat memberi makan kepada ikan didalam kolam. Disamping itu, menambah air didalam kolam jika berkurangan. Saya tidak berkesampatan untuk membuat timer makanan ikan kerana kesuntukan masa. Sebelum ini, timer sudah dipasang, namun jumlah makanan ikan yang dikeluarkan mesin timer makanan ikan tidak betul. Ini menyebabkan terlalu banyak makanan dikeluarkan mesin. Air kolam menjadi busuk dan kotor kerana makanan ikan yang mereput. Harap harap ikan akan dapat bertahan.
Kucing dan tikus
Pada masa ini, rumah dikampung tidak mempunyai kucing. Sejak kucing yang dibela sudah tiada dirumah, tidak ada kucing baru yang bertandang untuk dibela. Usaha mencari kucing baru terjejas kerana mak dan ayah tak ada dirumah. Bila tiada orang yang beri makan, kucing akan berpindah ke tempat lain. Rumah kampung mempunyai banyak juga tikus yang selalu masuk ke dapur dan mengigit wayar dan merosakkan makanan.
Pokok lemak ketam
Pokok lemak ketam yang tumbuh rendang di rumah dipotong kerana hendak memasang bumbung baru. Namun, usaha memasang bumbung baru terbantut kerana perintah kawalan pergerakan menyebabkan atap tidak dapat dibeli dari kedai perkakasan yang tutup. Dahan pokok ditebang dan dipotong lebih kurang sekaki. Keratan yang siap dipotong direndam didalam air. Alhamdulillah keratan ini sudah mula mengeluarkan pucuk. Harap harap dapat menanam lagi pokok lemak ketam dikampung. Musim sekarang sesuai untuk penananam kerana kerap hujan.
Sarang burung
Pada dahan terakhir pokok lemak ketam yang saya hendak tebang, terdapat sarang burung pada dahan pokok yang ditebang. Menyesal rasanya terpaksa tebang pokok untuk projek yang tidak berjaya disiapkan. Didalam sarang tersebut terdapat dua biji telur. Jika menetas kemungkinan saya tidak akan meneruskan hasrat menebang dahan tersebut. Dahan terakhir tersebut sudah tidak memberikan perlindungan kepada induk burung dan anak burung jika dibiarkan.
Walaubagaimanapun, kita berharap semoga wabak covid19 ini akan segera berakhir. Semoga kita patuh dengan arahan arahan dan melakukan penjarakan bagi membendung wabak ini.
Unknownnoreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-7132897752404399512020-01-30T16:47:00.000+08:002020-01-30T16:47:08.667+08:00balik kampung raya cina 2020Alhamdulillah dapat balik kampung pada cuti hari raya cina tahun ini. Cuaca di kampung panas terik seiring dengan musim timur sekarang.
Pokok mempelam berbunga
Pokok pokok mempelam di kawasan sekitar rumah sudah mula berbunga. Pokok mempelam tidak berbunga serentak. Ada pokok yang mengeluarkan bunga secara beberapa berperingkat. Jadi, diatas pokok terdapat buah yang sudah terbentuk dan ada bahagian yang baru mengeluarkan bunga. Paling menarik pada tahun ini, pokok mempelam harum manis mulai berbunga. Harap harap dapat merasa buah mempelam harum manis dari pokok sendiri tahun ini insyaAllah.
Pokok pisang
Alhamdulillah pokok pisang disekitar rumah masih lagi bertahan dimusim timur ini. Cuaca panas terik. Pokok pokok pisang tanduk sudah hampir enam bulan ditanam, namum saiznya masih kecil. Pokok pisang memerlukan bekalan air yang banyak. Kekurangan bekalan air menyebabkan pembesaran pokok pisang terbantut.
Terdapat pokok pisang awak yang sudah masak dan ditebang untuk dibawa balik ke Pulau Pinang.
Jalan jalan cari dedak ayam
Awal pagi isnin, ayah mengajak saya mencari dedak makanan ayam. Kali ini ayah hendak beli dalam kuantiti yang banyak. Jadi, kami bergerak awal pagi ke Tunjang untuk ke kedai menjual makanan ternakan. Namun, kedai tersebut tutup kerana taukenya masih bercuti hari raya cina. Jadi, saya memandu kereta ke pekan Jitra sambil berharap dapat berjumpa kedai yang menjual makanan ternakan. Namun hampa kerana kami tidak menjumpai sebarang kedai.
Saya teringat sebuah kedai menjual makanan ternakan yang diusahakan orang melayu di Taman Nuri. Jadi, kami bergerak dari Jitra ke Alor Setar melalui Hutan Kampung untuk sampai ke Taman Nuri. Alhamdulillah kedai tersebut beroperasi dan terdapat pasar tani setiap hari isnin di taman Nuri.
Di kedai tersebut terdapat juga anak anak ayam, itik dan angsa yang dijual. Harga sepasang angsa hampir seratus ringgit. Kami tak jadi beli anak angsa kali ini walaupun ayah agak berkenan untuk mendapatkan benih anak angsa. Kami bawa balik ke rumah dengan membeli dedak ayam seberat 25 kilogram.
Pokok betik
Anak pokok betik yang dibawa balik dari Pulau Pinang telah ditanam di kawasan belakang rumah. Harap harap anak pokok betik dari vareiti betik sekaki akan tumbuh dengan baik. InsyaAllah pokok akan dibaja sebaik mungkin. Untuk membantu pokok betik hidup di musim timur ini, teduhan daripada daun kelapa dibuat disekeliling pokok betik untuk mengurangkan terik matahari.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-3484526197563058672020-01-22T16:58:00.002+08:002020-01-22T16:58:53.754+08:00perkembangan kebun kampung Januari 2020Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun kampung yang saya boleh kongsikan
Tanaman ubi kayu
Tanaman ubi kayu sudah mencapai tempoh tiga bulan. Pokok sudah mencapai tinggi lebih kurang dua meter. InsyaAllah perlu tunggu selama tiga bulan lagi sebelum dapat dituai.
Pisang tanduk dan pisang udang merah
Buat masa ini tumbesaran pisang tanduk dan pisang udang merah masih belum memuaskan. Sebagai langkah membantu tumbesaran, saya sudah tambun sedikit tanah disekitar pangkal pokok untuk membantu pokok menyimpan lebih air. Keadaan musim kering sekarang menyebabkan banyak pokok yang terbantut.
Kebun mempelam belakang rumah
Kebun mempelam dibelakang rumah telah tiada lagi untuk memberi laluan kepada pembinaan rumah mak saudara. Jentera jentera berat sudah membersihkan tanah dan meratakan tanah. Tanah merah sudah dibawa masuk menggunakan lori untuk membina tapak rumah. Banyak nostalgia dulu dulu bermain dikawasan kebun mempelam. InsyaAllah ada rezeki buka kebun di kawasan lain pula.
Didalam kebun mempelam terdapat banyak anak benih lengkuas kampung. Sayang sekali saya tak sempat mengambil benih dari kebun mempelam. Namun, hati saya terubat kerana terjumpa beberapa anak benih lengkuas setelah saya mencari dikawasan berdekatan kebun. InsyaAllah anak benih akan dipindahkan ke tempat yang lain.
Ikan tilapia merah
Sudah lama saya berangan untuk mencari benih ikan tilapia merah bagi menggantikan benih ikan tilapia merah yang habis mati. Hanya tinggal beberapa ekor ikan tilapia merah didalam kolam simen. Kebetulan semasa saya memancing di sebuah kolam, terdapat banyak anak ikan tilapia merah. Jadi, saya telah menjala anak anak ikan tersebut untuk dijadikan stok benih di kolam simen.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-55417077542154831172019-12-06T11:08:00.002+08:002019-12-06T11:08:48.876+08:00perkembangan kebun perumahan Bela Ikan Hibrid Lampam KeraiAlhamdulillah, kebun perumahan dapat dipulihkan sedikit untuk tujuan membela ikan. Nostalgia membela ikan di taman perumahan selama lebih kurang lima tahun. Ikan kaloi dan ikan keli yang dibela dari kecil sehingga menjadi besar. Sayang sekali kesemua ikan tersebut mati atas sebab yang tidak pasti. Didalam kolam hanya tinggal ikan patin yang masih bertahan. Terkejut juga masih terdapat ikan patin didalam kolam kerana saya menyangka kesemua ikan sudah mati.
Kini, saya cuba memulakan kembali projek membela ikan didalam kolam. Sebagai permulaan, saya cuba untuk membela ikan hibrid Kerai Lampam. Mengikut info yang saya baca, ikan lampam kerai lebih cepat membesar berbanding ikan kerai. Harga ikan kerai lebih mahal sekitar rm15-30 seekor.
Ikan dibeli melalui tempahan online. Benih ikan dihantar dari Selangor ke Pulau Pinang menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Saya terpaksa bersengkang mata untuk menunggu bas ekspress yang tiba pada jam 4 pagi.
Ikan dibungkus didalam plastik tebal sebanyak dua lapis dan diisi oksigen. Plastik ini diletakkan didalam bekas polisterin dan diisi dengan botol air sejuk. Kemungkinan botol air sejuk ini menurunkan suhu didalam bekas polisterin sepanjang perjalanan didalam perut bas ekspress. Sebanyak 150 ekor anak ikan lampam kerai tiba dengan selamat ke Pulau Pinang. Saiz ikan tidak sekata kerana benih yang dibeli adalah benih akhir untuk tujuan penghabisan stok dari pembekal benih ikan.
Jika mengikut info dari pembekal. Ikan perlu diberi makan tiga kali sehari untuk memastikan pertumbuhan yang optimum.
Kini sudah hampir sebulan ikan lampam kerai dibela dan perkembangan ikan memuaskan. Saya perlu membeli peranti "fish feeder" untuk memudahkan urusan membeli ikan makan. Selain itu, perlu ada sistem penapis dan juga bekalan oksigen yang mencukupi.
InsyaAllah saya akan kemas kini perkembangan ikan hibrid lampam kerai.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-20146626481157547312019-10-16T10:51:00.001+08:002019-10-16T10:51:39.625+08:00perkembangan kebun kampung Oktober 2019Alhamdulillah kebun perumahan dapat dikemas kini setelah hampir dua bulan tidak ada posting terbaru. Banyak gambar baru yang diambil dari kebun. Cuma tidak sempat hendak disiarkan dalam laman blog.
Kebun pisang
Kebun pisang sudah hampir 80% bersih dan kemas. Rumput rumput dan semak samun sudah di potong dan dicerahkan. Rumput di potong pendek menggunakan mesin rumput. Tiada penggunaan racun rumput digunakan di kawasan kebun. Setiap dua minggu, rumput perlu di potong untuk mengelakkan kebun menjadi semak. Tempoh memotong rumput mengambil masa sekitar sejam. Selepas rumput dipotong, saya akan lakukan kerja kerja lain di kebun seperti mengambil buah pisang yang masak dan memangkas perdu lama.
Pokok pokok pisang yang sakit sudah berkurangan berbanding masa yang dulu. Kawasan pokok pisang perlu dipastikan mempunyai pengairan yang baik dan memastikan tiada tempat air bertakung.
Ubi kayu
Beberapa batang ubi kayu di ambi dari rumah mak mentua dan ditanam di kawasan kebun pisang. Terdapat kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari sepanjang siang. Harap harap dalam tempoh tiga bulan lagi akan dapat menuai hasil ubi kayu.
Keladi
Keladi sayur yang ditanam dikawasan kebun pisang sudah matang dan mula berbunga. Saya mengambil ubi keladi sayur yang belum berbunga untuk dijadikan hidangan sayur keladi. Kemungkinan perlu mencari vareiti keladi lain untuk tujuan mendapatkan ubi keladi.
Projek sebelum hujung tahun 2019
InsyaAllah sebelum hujung tahun, saya akan cuba membersihkan kawasan kebun kelapa pula. Kebun kelapa sudah setahun lebih tidak dibersihkan. Ada potensi untuk ditanam dengan keladi dan ubi kayu. Disamping itu, kawasan paya berhampiran kebun kelapa boleh ditanam dengan ulam ulaman seperti daun kesum dan daun selom.Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-82457864032998926112019-08-08T11:25:00.003+08:002019-08-08T11:25:43.197+08:00musim durian Wang Tepus 2019Alhamdulillah tahun ini dapat merasa musim durian yang baik di kebun abang yang terletak di kawasan Wang Tepus, Kedah.
Sudah lama tidak masuk ke kebun durian. Kali terakhir hampir kira kira lapan tahun yang lepas bersama mak, ayah, isteri dan arwah kak Chak. Masih lagi teringat kenangan sama sama mencari buah buahan didalam dusun dan berehat di pondok.
Durian, rambutan dan buah buah kayu
Pokok pokok durian yang satu ketika dahulu hanya setinggi 2 meter sudah menjadi sangat tinggi. Musim buah buahan kali ini sangat menjadi. Buah buah seperti durian, dokong, cempedak, petai, rambutan dan pulasan sangat banyak.
Kawasan dusun terdiri daripada sedikit kawasan lapang dan kawasan berbukit. Kawasan lapang ditanam dengan pokok durian, dokong, cempedak dan rambutan. Kawasan paling atas ditanam dengan pokok pokok petai.
Terdapat pelbagai vareiti durian yang ditanam di dusun termasuk udang merah dan musang king. Tahun ini durian musang king masih belum menjadi. Menurut Bang Lazim yang menjaga dusun, buah musang king dari kawasan Wang Tepus akan mulai banyak dihasilkan dalam tempoh 5 tahun lagi. Ini kerana pekebun durian dikawasan Wang Tepus sudah mula menanam vareiti musang king.
Anak sungai dan kolam
Terdapat anak sungai yang melalui kawasan tengah kawasan dusun. Terdapat juga beberapa buah kolam bagi memudahkan kerja menyiram anak pokok dan bagi mengelakkan kawasan yang rendah menjadi lecak.
Sebuah bangsal rehat sudah didirikan oleh abang. Bangsal yang didirikan luas dan selesa. Rasanya boleh menampung lebih sepuluh orang. InsyaAllah jika ada kelapangan boleh datang bermalam bagi merasa suasana didalam dusun terutama ketika musim durian.
Babi hutan, tupai dan kera
Bersempadan dusun terdapat tanah yang masih bersemak samun yang menjadi tempat persembunyian perosak tanaman seperti babi hutan, kera dan tupai. Tupai menjadi musuh utama untuk buah durian. Banyak buah durian yang ditebuk oleh tupai. Babi hutan pula berupa merosakkan anak pokok yang baru ditanam.
Ungka
Di kawasan dusun masih lagi terdengar sayup sayup bunyi ungka. Rasa gembira bila dapat mendengar bunyi ungka kerana ini menandakan kawasan atas bukit masih lagi terjaga dan tidak diteroka. Harap harap keadaan ini akan kekal kerana haiwan juga memerlukan kawasan untuk mencari makanan dan ungka tidak merosakkan tanaman.
Pertandingan durian kedah
Rupa rupanya durian dari kawasan Wang Tepus telah memenangi tempat kedua didalam pertandingan durian peringkat negeri Kedah pada tahun 2019. Abang Lazim yang menjaga kebun telah mempertaruhkan durian Wang Tepus untuk pertandingan yang diadakan di Kulim. Ada pegawai jabatan pertanian yang datang melawat ke kebun. Terasa gembira kerana durian kawasan Wang Tepus mempunyai rasa dan kualiti yang baik.
Gambar akan diletakkan kemudian.Unknownnoreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-16775339325061424932019-06-25T16:52:00.001+08:002019-06-25T16:52:04.670+08:00aktiviti hujung minggu 22-23 Jun 2019Alhamdulillah, perancangan untuk ke Kuala Kangsar pada 22 Jun 2019 dan balik kampung pada 23 Jun 2019 berjalan dengan baik. Beberapa aktiviti ziarah dapat dilaksanakan di Kuala Kangsar.
Ziarah Kuala Kangsar
Perancangan awal ialah untuk menziarah rakan di kuala kangsar seawal jam 9 pagi. Namun, perancangan tergendala sedikit. Kami hanya keluar dari rumah jam 9.30 pagi dari Pulau Pinang. Perjalanan kesama nemgambil masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit. Trafik lancar sepanjang perjalanan. Cuaca juga hanya redup redup tanpa hujan. Apabila kami sampai ke dataran kuala kangsar, pasar pagi sudah hampir tutup. Kebanyakan peniaga sudah mulai mengemas. Jadi, kami segera melalui pasar pagi untuk melihat barang yang masih boleh dibeli. Diantara barang yang dibeli ialah kerepek pisang yang baru dibuat, buah buahan untuk dijadikan buah tangan bila berkunjung ke rumah rakan. Saya juga sempat membeli beberapa batang anak pokok pisang tanduk.
Setelah singgah di pasar pagi dataran kuala kangsar, kami singgah sebentar ke gerai laksa. Tekstur bihun laksa kuala kangsar berlainan berbanding bihun laksa utara. Rasanya bihun laksa kuala kangsar dibuat segar berbanding bihun laksa utara yang lebih menggunakan bihun laksa rendam. Saya menggemari kedua dua jenis laksa. Kuah laksa tidak banyak berbeza dari segi rasa.
Ziarah sahabat di Kuala Kangsar berjalan lancar. Rakan saya juga mempunyai chalet berhampiran sungai perak yang sesuai untuk di jadikan tempat aktiviti bersama keluarga. InsyaAllah akan datang untuk sesi ziarah lain pada masa depan.
Balik kampung
Pada keesokan harinya, saya dan isteri balik ke kampung. Kebetulan berlaku ribut yang kuat di Alor Setar. Pokok mempelam di belakang rumah telah tumpang. Nasib baik pokok yang tumbang tidak mengenai bahagian rumah. Pokok tumbang dikawasan lapang belakang rumah. Ayah sudah memanggil Pak Abu untuk memotong pokok yang tumbang. Jadi, kepulangan saya memang dinantikan untuk membersihkan pokok pokok yang ditebang kerana ayah sudah tidak larat lagi untuk membuat kerja kerja berat.
Kerja kerja pembersihan pokok mempelam yang tumbang mengambil masa kira kira dua jam setengah. Alhamdulillah isteri dan mak sama sama membantu.
Wan Che Anna pula menggantikan bahagian bumbung atas rumah yang tercabut. Nasib baik kerja membaiki bumbung sempat dilakukan sebelum hujan turun semula.
Anak anak pokok pisang tanduk yang dibeli di Kuala Kangsar saya bawa balik bersama. Alhamdulillah anak pokok piasng berjaya ditanam di belakang kawasan rumah. Harap harap dapat merasa pisang tanduk awal tahun hadapan.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-57315897187711625132019-06-14T16:27:00.001+08:002019-06-14T16:27:55.572+08:00nostalgia pokok limaubaru baru ini semasa balik ke kampung, mak bercerita tentang pokok limau yang pernah ditanam di sekitar kawasan rumah. Mengikut cerita mak, pokok limau mula di tanam oleh tok wan Darus. Berpuluh puluh pokok yang tok wan Darus tanam sehingga boleh dijual hasilnya. Rasanya sangat manis mengikut cerita mak. Mak terkenang rasa manis buah limau dan mengeluh bahawa sudah tidak ada lagi benih pokok. Berdasarkan penceritaan mak, pokok limau tersebut hidup subur dikawasan tanah sawah.
Kenangan buah limau tepi rumah.
Semasa saya remaja, terdapat sepohon pokok limau di tepi rumah. Buah buah limau tersebut tidak terlalu manis dan mempunyai rasa masam yang agak kuat. Saya tidak mengemari rasa limau tersebut. Banyak buah yang terbiar begitu sahaja tanpa dimakan. Apabila saya masuk asrama, pokok tersebut sudah tiada. Rasanya pokok tersebut mati. Saiz pokok limau tersebut sekitar 3 meter dan batang sebesar paha.
Limau manis vareiti siam
Terbaru, saya mendapat info dari internet bahawa terdapat vareiti limau dari Siam, limau chokun yang manis dan rajin berbuah. Mungkin inilah vareiti yang pernah di tanam di kawasan rumah dulu dulu. InsyaAllah akan cuba membeli beberapa anak benih untuk ditanam.
vareiti vareiti lain yang pernah ditanam
Vareiti lain seperti limau telur, limau purut dan limau bali pernah ditanam di sekitar kawasan rumah. Dulu dulu, buah limau vareiti ini sukar diperolehi dan harga agak mahal bagi orang kampung. Limau telur digunakan didalam proses membuat acar. Manakala limau purut diambil daunnya untuk kegunaan masakan. Limau bali pula dimakan secara mencicah bersama garam belacan.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-56080416737234830172019-06-10T11:39:00.000+08:002019-06-25T17:00:57.300+08:00balik kampung raya 2019Alhamdulillah dapat balik kekampung hampir 7 hari lebih bersempena cuti hari raya AidilFitri 2019/1440H. Kesempatan cuti panjang digunakan untuk melakukan aktiviti aktiviti berkebun di kampung dan juga mengemas kawasan rumah.
Baiki kolam ikan
Alhamdulillah kolam ikan berjaya dibaiki. Dinding kolam yang bocor berjaya ditampung sepenuhnya. Proses membaiki memakan masa lebih kurang empat hari. Hari pertama, kolam simen ditakung air untuk mengesan kawasan yang masih bocor. Punca utama kebocoran dikenalpasti daripada satu lubang yang mempunyai bata yang sudah lama. Air kolam keluar dengan banyak melalui lubang bata tersebut. Lokasi kebocoran dapat disahkan dengan menggunakan tanah liat. Tanah liat diletakkan pada kawasan yang disyaki bocor. Jika kebocoran berhenti apabila lubang dipalam dengan tanah liat. Maka, kawasan tersebut perlu disimen semula.
Air kolam dikeringkan semula dan kerja menampal simen dilakukan sebanyak dua kali kerana kawasan yang bocor membentuk lubang didalam dinding simen. Simen perlu dibiarkan kering dengan baik selama dua hari sebelum air ditakung semula.
Mesin rumput
Kawasan halaman rumah sebahagiannya sudah di tebas beberapa minggu lalu. Ada sebahagian lagi yang belum ditebas. Jadi, rumput rumput yang panjang ditebas pada petang isnin dua hari sebelum hari raya. Keadaan laman lebih kemas selepas rumput di potong. Nampak lebih sesuai dengan suasana hari raya.
Pada hari raya kedua, tiada tetamu yang bertandang kerumah pada sesi pagi. Jadi, masa tersebut digunakan untuk menebas lagi rumput dikawasan belakang rumah pula. Keadaan belakang rumah menjadi lebih lapang dan lebih mudah dan selamat untuk mak mencari buah mempelam yang luruh pada awal pagi.
Buah buah mempelam
Alhamdulillah buah buah mempelam disekeliling rumah mulai masak dengan banyak. Terdapat pelbagai vareiti. Ada vareiti yang isi berwarna kuning susu dan mempunyai rasa lemak manis. Vareiti mangga epal pula terdapat dalam bentuk kulit berwarna hijau dan merah jambu. Kedua dua vareiti mangga epal sedap dimakan semasa sebelum masak.
Vareiti yang paling saya gemari ialah buah mempelam saiz tapak tangan. Saiznya kecil berbanding mempelam chokanan dan harumanis. Rasanya sangat manis. Buah mempelam yang luruh perlu dikutip awal awal pagi sebelum ayam ayam yang dibela memakan buah buah yang luruh. InsyaAllah akan cuba membiakkan vareiti vareiti yang unik ini.
Terdapat juga beberapa pohon mempelam harumanis. Namun, masih belum mula berbuah. Harap harap setahun dua lagi, pohon mempelam harumanis pula akan berbuah.
Memancing
Alhamdulillah aktiviti memancing berjaya dilaksanakan pada cuti kali ini. Sasaran kali ini ialah ikan dikawasan tasik. Aktiviti memancing dilakukan bersama sama anak anak saudara yang balik beraya ke kampung. Banyak ikan tilapia dan lampam yang berjaya dipancing. InsyaAllah lain kali saya akan kongsi cara memancing ikan tilapia dan lampam.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-47996993562047084712019-05-30T16:11:00.001+08:002019-05-30T16:11:28.428+08:00balik kampung ramadhan 2019Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada pertengahan bulan Ramadhan. Kebetulan cuti nuzul Quran dan cuti ganti hari Wesak jatuh pada minggu yang sama. Masa yang ada diluangkan untuk melakukan kerja kerja kampung.
Baiki mesin rumput
Mesin rumput yang baru dipakai beberapa bulan telah rosak. "Bearing" pada bahagian pemutar mata bilah sudah berbunyi dan mata bilah sudah tidak berpusing dengan laju. Kerja membaiki dilakukan di kedai menjual mesin rumput. Kos membaiki mesin rumput sebanyak RM 100.00.
Baiki kolam ikan
Kolam ikan yang sudah dikeringkan beberapa minggu sebelumnya di baiki dengan menggunakan simen khas. Harga simen ini agak mahal sekitar rm 80 bagi pek seberat 20 kilogram. Kerja membaiki kolam dilakukan pada secara berperingkat peringkat kerana memerlukan tenaga kudrat empat kerat di waktu bulan puasa ini.
Cuci akuarium
Akuarium besar di depan rumah agak terbiar sekarang ini. Lumut tumbuh pada dinding. Cubaan menggunakan berus biasa untuk membuang lumut tidak berhasil. Akhirnya kerja mencuci lumut terpaksa dibuat menggunakan berus dawai. Buat masa ini, kolam agak kosong tanpa sebarang aksesori seperti tunggul kayu dan batu batan. InsyaAllah akan cuba hias akuarium sebelum akhir bulan puasa. Disamping itu, kualiti air juga harus diperbaiki kerana air akuarium nampak berkeladak. Kemungkinan besar, sistem penapisan perlu dipasang.
Buah mempelam
Alhamdulillah banyak buat mempelam yang masak. Tetapi disebabkan bulan puasa, buah buah mempelam tidak sempat hendak dimakan. Ada buah yang masak diatas pokok dan dimakan tupai dan burung. InsyaAllah apabila tiba syawal, lebih banyak buah yang akan masak dan dapat dimakan bersama sama saudara saudara yang balik beraya di kampung.
Memancing
Peluang balik ke kampung cuba digunakan untuk memancing. Namun, ikan sukar dipancing pada waktu ini kerana petak sawah digenangi air dan ikan berada di merata tempat. Air sungai juga keruh kerana aktiviti membajak sawah menyebabkan air yang masuk ke sungai menjadi sangat keruh. InsyaAllah akan cuba luangkan masa memancing di kawasan kolam pula apabila balik kampung sekali lagi.
Berita Kematian
Balik kampung kali ini juga, Tok Tam iaitu bapa saudara ayah telah meninggal dunia pada hari selasa 21 Mei 2019. Semoga arwah ditempatkan bersama sama orang yang soleh. Usia Tok Tam sekitar 90 tahun lebih. Teringat nostalgia beraya sewaktu kecil di rumah Tok Tam, Tok Njang, Tok Chik dan rumah sanak saudara di kampung. Tok Tam merupakan waris akhir anak Moyang Tok Kama. Al Fatihah buat Tok Tam.
InsyaAllah ada beberapa misi di kebun kampung untuk dilaksakan menjelang hujung tahun.
tanam mempelam harum manis
InsyaAllah tahun ini akan cuba menambah benih pokok harum manis di kawasan kebun pisang. Jika ada rezeki, bolehlah menuai hasil dalam beberapa tahun akan datang.
Disamping itu, pokok pokok mempelam pauh yang sudah lama di kawasan kampung akan cuba di tut dengan tut harum manis. Kaedah ini dikatakan menhasilkan buah dengan lebih cepat.
bersih kebun pisang
Alhamdulillah, kebun pisang sudah berjaya dicuci beberapa kali semaasa musim kering yang lalu. Kini, tugas membersihkan kebun pisang lebih mudah. Terdapat beberapa lagi pokok yang tumbuh liar yang perlu ditebang. Pisang yang dituai dikebun akan cuba di jadikan kek pisang sebagai produk sampingan kerana sayang pisang yang selalu dituai tidak sempat digoreng.
Disamping itu, saya akan cuba mendapatkan benih pisang tandun dan juga pisang nipah. Kebanyakan vareiti didalam kebun ketika ini ialah dari jenis pisang awak dan pisang berangan.
kolam ikan ayah
Kolam ikan tilapia ayah masih belum dapat dilakukan kerja baik pulih. Kolam utama kini tidak ada ikan kerana terdapat bahagian dinding yang bocor. Simen khas sudah dibeli untuk kerja kerja membaiki kolam. InsyaAllah akan cuba melakukan kerja baik pulih sebelum hari raya ini.
memancing
InsyaAllah akan cuba memancing ikan tilapia liar dikawasan terusan yang belum siap. Sebelum ini, ada pemancing yang mendapat ikan tilapia yang banyak dikawasan terusan.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-340585509774332832019-01-31T16:49:00.001+08:002019-01-31T16:49:52.546+08:00perancangan balik kampung raya cina 2019InsyaAllah dalam beberapa hari lagi, saya akan balik ke kampung halaman. Musim timur sudah sampai ke kemuncak pada pendapat saya. Padi di kampung sudah menguning.
InsyaAllah fokus balik kampung kali ini ialah untuk menyambung kerja kerja menebas kebun. Jentera baru mesin rumput sudah pun dibeli. InsyaAllah kali ini kerja kerja pembersihan akan dilakukan dengan lebih cepat.
Cuma, raya kali ini tidak ramai anak buah yang balik bercuti di kampung. Jadi, kurang kaki tangan untuk melakukan kerja kerja di kampung.
Diantara aktiviti lain yang akan dilakukan pada cuti kali ini ialah memancing, ziarah rakan rakan dan saudara serta berbasikal. Harap harap perancangan saya akan menjadi kenyataan insyaAllah.Unknownnoreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-59377910682384816442018-12-28T15:38:00.001+08:002018-12-28T15:38:20.767+08:00balik kampung cuti Krismas 2018Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti hari Krismas yang lepas. Musim angin timur sudah terasa dimana waktu siang langit sangat biru tanpa awan dan cuaca sangat panas. Namun, angin timur kali ini agak berbeza kerana hujan masih lagi turun sesekali dengan lebat.
Bersih kebun pisang
Hajat untuk membersihkan kebun pisang akhirnya dapat dimulakan. Rumput yang panjang di bahagian hadapan kebun dipotong pendek menggunakan mesin rumput. Namun, kerja kerja menebas rumput yang panjang dibahagian belakang kebun terpaksa dilupakan buat masa ini kerana masalah jentera mesin rumput. Nampaknya, kerja kerja menebas keseluruhan kebun terpaksa ditangguhkan dahulu.
Bahagian hadapan kebun juga perlu dipagar nampaknya untuk mengelakkan jiran jiran membuang sampah sarap didalam kawasan kebun. Sepatutnya sampah sarap termasuk sisa kebun diuruskan dikawasan masing masing. Bukannya dilonggokan kedalam kawasan jiran.
Saya cuba mencari anak pokok cabai burung yang tumbuh meliar didalam kawasan kebun. Namun, saya tidak berjaya menjumpai pokok cabai burung. Tidak pasti apakah nasib sebenar yang terjadi kepada pokok cabai burung.
Hasil daripada kebun kali ini ialah pisang awak, pisang nangka dan terung belanda. Cukup untuk diberi kepada jiran dan ahli keluarga.
Kenduri
Musim kenduri kahwin sudah bermula. Kebetulan ada jemputan kenduri kahwin di Simpang Tiga Kemboja. Suasana kenduri di kawasan kampung dan bersebelahan dengan sawah padi sangat mendamaikan. Teringat suasana rumah lama arwah pak mentua yang kini hanya tinggal kenangan akibat dirobohkan untuk tujuan pembangunan.
Kayuh basikal
Alhamdulillah balik kampung kali ini saya berjaya juga untuk kayuh basikal lebih 90 kilometer. Perjalanan merentasi dua negeri iaitu Kedah dan Perlis. Perjalanan berbasikal dimulakan sekitar jam 7.30 pagi apabila hari semakin cerah. Perjalanan berbasikal secara solo ini melalui pekan Air Hitam, Sanglang, Kangar dan Beseri. Sempat saya singgah di sekolah lama di Beseri untuk bergambar sebagai kenang kenangan. InsyaAllah aktiviti kayuhan akan diadakan lagi pada masa depan apabila padi mulai menguning.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-21359325297773475662018-12-13T10:58:00.003+08:002018-12-13T10:58:52.142+08:00balik kampung awal Disember 2018Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada awal Disember 2018. Jadual untuk bulan Disember agak padat untuk aktiviti hujung minggu. Peluang balik ke kampung juga digunakan untuk menziarahi cikgu yang terlantar sakit. Semoga cikgu semakin sembuh insyaAllah.
Musim timur sudah bermula. Pokok pokok mempelam mulai mengeluarkan bunga. Jika ada rezeki dapat merasa buah mempelam dalam beberapa bulan lagi. Pokok mempelam pada musim lepas tidak dipangkas.
Parit didepan rumah pula sudah tidak lagi dibersihkan secara meyeluruh. Ini kerana sebahagian daripada tanah dihadapan rumah akan diambil kerajaan untuk tujuan pembinaan jalan. Lagipun, masa dan tenaga tidak dapat diluangkan buat ketika ini untuk tujuan membersih parit.
Bersih belakang rumah
Kawasan belakang rumah yang sudah semak dan dipenuhi rumput rampai dibersihkan. Rumput di mesin pendek untuk memudahkan ayah menjenguk kawasan belakang rumah. Kawasan berhampiran parit belakang rumah juga sudah ditebas oleh pekerja jabatan saliran. Jadi, kawasan belakang rumah nampak lebih kemas buat masa ini.
Rumpun rumpun serai sudah sedia untuk dituai. InsyaAllaha kan dituai dan diedarkan kepada jiran jiran kampung.
Memancing
Alhamdulillah, setelah selesai membersih kawasan dibelakang rumah. ada rezeki memancing ikan haruan pada kunjungan ke kampung kali ini. Ikan yang dipancing dijadikan hidangan makan tengah hari.
Kebun pisang
Akhirnya ada kesempatan untuk menjenguk setelah berbulan bulan tidak menjenguk kebun pisang. Waktu yang ada sekitar setengah jam sahaja. Apabila sampai ke kebun pisang, terdapat orang kampung yang sedang mengambil daun pisang. Saya sempat bersembang dan membenarkan dia untuk mengambil daun pisang ditepi jalan. Dia menawarkan untuk mengambil upah membersih kebun pisang yang sudah naik semak samun. Namun, saya tangguh dulu tawaran untuk mengambil upah daripada dia kerana dia tidak ada alatan untuk melakukan kerja membersih kebun. Mungkin saya akan buat sendiri kerja membersih kebun.
Alhamdulillah ada juga beberapa tandan pisang yang boleh dibawa balik. Pisang awak yang sudah masak dan juga pisang nangka yang perlu diperam dahulu. Terdapat juga tandan tandan pisang yang sudah tiada kerana sudah diambil orang.
InsyaAllah sasaran hujung bulan ini pula untuk kerja kerja membersih kebun kampung.
Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-55223732334588101652018-11-30T15:30:00.001+08:002018-11-30T15:30:27.106+08:00balik kampung November 2018Alhamdulillah dapat balik ke kampung untuk ziarah mak dan ayah. Masa dikampung masih lagi terhad. Perancangan awal untuk balik bercuti di kampung selama empat hari tertangguh kerana faktor cuti pasangan berbeza. Jadi masa yang dapat diluang dikampung pada masa ini sekadar sehari setengah.
Masa yang ada digunakan untuk menyelesaikan perkara utama yang tertangguh dahulu seperti urusan cermin mata ayah, ambil ubat ubatan di klinik dan urusan pendaftaran bendang ayah untuk musim penanaman yang baru. Disamping itu, masa yang ada juga digunakan untuk bawa mak dan ayah berjalan jalan. Mak juga hendak melawat bendang milik mak di kawasan Air Hitam.
Kebun pisang
Kebun pisang sudah lama tidak dijenguk. Ada orang kampung yang datang mengambil pisang tetapi membayar pada harga yang rendah. Selain mengambil pisang, habis golok dan kasut but juga diambil dan tidak dipulangkan. Buah buahan seperti buah sawa(ciku) juga diambil sedangkan mak nak simpan untuk anak cucu yang hendak balik bercuti. Rasanya, perlu berjumpa untuk berbincang untuk dia berhenti mengambil hasil dari disekeliling rumah. Saya juga berpesan kepada emak untuk tidak membenarkan dia mengambil lagi pisang dan melawat kebun pisang kerana bayaran yang diberi tidak setimpal. Lebih baik dimakan sendiri daripada dijual. Kemungkinan kebun pisang perlu di pagar dengan duri kawat untuk mengelakkan orang masuk ke kebun tanpa kebenaran.
Suasana di kampung kini agak sunyi, kerana tinggal orang orang tua sahaja dikawasan kampung. Sudah kurang anak anak muda dan orang dewasa dikawasan kampung.
Memancing
Alhamdulillah masih ada hasil daripada memancing dikampung. Namun, ikan yang dipancing tidak sempat untuk disiang dan dijadikan hidangan. Masa terlalu suntuk dan kebiasaanya saya terpaksa bergegas pulang dari kampung pada waktu petang. Harap harap akan ada lebih banyak masa terluang.
Musim timur
Angin permulaan musim timur sudah mula terasa di kawasan kampung. Hujan sudah mulai jarang jarang turun. Umur padi di bendang sudah masuk sebulan. Urusan mengurus bendang sekarang ini diupah kepada orang kampung.
Harap harap pada bulan Disember dan Januari saya dapat meluangkan lebih banyak masa di kampung insyaAllah.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-84304033605512664882018-10-01T16:30:00.000+08:002018-10-01T16:30:32.896+08:008 jam di kampung, 30 September 2018Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Masa di kampung tidak lama dari waktu tengah hari sehingga waktu Isya' sahaja. Namun, kesempatan ini digunakan sebaiknya. Kali ini, perjalanan balik ke Alor Setar melalui jalan lama iaitu dari Sungai Petani, seterusnya melalui Merbok dan Yan sebelum sampai ke Alor Setar.
Mata air di Singkir Laut
Perjalanan dari Merbok ke Yan akan melalui kawasan tepi laut yang berbukit. Terdapat lokasi mata air yang bersih. Pengunjung boleh berhenti untuk mengambil air dari mata air. Pengamatan saya mendapati tempat yang disediakan cukup baik. Cuma, pengunjung pengunjung harus menjaga kebersihan tempat ini untuk mengelakkan sumber air tercemar.
Gulai Ikan Alor Pear
Perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar melalui daerah Yan mengambil masa yang panjang. Kami bertolak sekitar jam 9.30 pagi. Jadi, apabila sampai di Alor Setar sudah hampir waktu tengah hari. Juadah makan tengah hari dibeli dari kedai nasi campur berhampiran Alor Pear. Kedai nasi campur ini agak terkenal dikalangan orang kampung dengan gulai ikan citarasa orang kedah. Harga makanan juga berpatutan berbanding kedai kedai yang lebih popular berdasarkan pengalaman membeli lauk pauk juadah tengah hari di beberapa kedai yang lebih popular.
Bersih kebun kampung
Kampung di belakang rumah sedang dipasang jaring untuk tujuan membela ayam kampung. Pokok pokok mempelam terpaksa dipangkas untuk membolehkan jaring dipasang. Dahan dahan yang dipangkas dihimpun dan dilonggokkan untuk dibakar.
Ikan haruan panggang
Ikan haruan yang dipancing beberapa minggu dulu dibawa balik ke kampung. Anggaran saiz ikan sekitar satu kilo. Saiz sebegini sesuai untuk dijadikan juadah ikan haruan panggang. Ikan haruan dibelang belakang tanpa disiang sisik. Kemudian ikan dibersihkan dengan menggunakan garam dan daun kari untuk membuang hanyir ikan. Ikan dilumur dengan garam dan kunyit. Kelapa parut, bawang besar dan serai ditumbuk dan dimasukkan kedalam ikan. Ikan kemudian dibalut dengan daun pisang dan dimasukkan kedalam pemanggang.
Ikan dipanggang diatas bara sabut kelapa yang disediakan lebih awal. Selepas kira kira 20 minit, ikan akan masak dan sedia untuk dimakan. Alhamdulillah rasa ikan tidak hanyir dan sedap. Aroma ikan panggang juga sangat menyelerakan. InsyaAllah, akan cuba memancing lagi ikan haruan bersaiz sekilo keatas untuk dijadikan ikan panggang.
Unknownnoreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-17829545261580689752018-09-19T17:20:00.002+08:002018-09-19T17:20:52.028+08:00balik kampung cuti hari Malaysia 16 September 2018Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti hari Malaysia 16 September. Perancangan awal pada 15 September sepatutnya turun memancing di laut. Namun, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Kami terpaksa membatalkan rancangan memancing pada saat akhirt.
Bersih kebun belakang rumah
Perkara pertama yang ada diingatan apabila balik ke kampung ialah untuk menebas rumput dan semak samun dibelakang rumah yang sudah lama tertunggak. Rasanya sudah lama kebun belakang rumah terbiar. Buat masa ini rumput ditebas supaya laluan ke kawasan belakang rumah lebih terang. Kebetulan, kawasan parit dibelakang rumah juga sudah dibersihkan oleh pihak berwajib. Jadi, tugasan sekarang ialah memastikan rumput tidak lagi panjang dan menjadi semak samun kembali.
Kawasan belakang rumah akan ditanam dengan pokok pisang bagi menggantikan pokok pisang yang mati akibat masalah banjir sebelum ini. Kawasan yang akan ditanam akan ditambak sedikit bagi memastikan lebih tinggi dari paras air didalam parit. Pokok pisang tumbuh subur dan kurang diserang penyakit bila akarnya tidak terlalu basah.
Ikan tilapia
Alhamdulillah ikan tilapia didalam kolam sudah mula membiak kembali. Anak anak ikan tilapia kelihatan didalam kolam. Kadar kelansungan hidup anak ikan dapat ditingkatkan jika air didalam kolam dikurangkan. Ini kerana, ikan tilapia dewasa selalu memakan anak ikan tilapia. Apabila air didalam kolam dikurangkan. Anak anak ikan tilapia kurang dimakan oleh ikan tilapia dewasa.
Ada satu masalah baru didalam kolam ikan tilapia iaitu kehadiran ikan haruan. Ikan haruan juga memakan anak anak ikan tilapia. InsyaAllah ikan haruan akan cuba ditangkap dan dibuang daripada kolam ikan tilapia.
Pokok putat nasi
Pokok putat nasi dibelakang rumah sudah mencapai saiz yang besar. Pokok akan dicantas supaya tidak terlalu tinggi dan mengeluarkan pucuk baru yang mudah dikutip. InsyaAllah akan cuba menyemai benih pokok putat daripada keratan.
Kebun pisang
Kebun pisang perlu ditebas supaya lebih terang dan mudah untuk urusan menjaga kebun pisang. Dianggarkan sekurang kurangnya 3 hari diperlukan untuk menebas kebun pisang. InsyaAllah akan cuba mengatur masa pada bulan depan untuk membersihkan kebun pisang.
Memancing dan menjala
Buat masa ini, tiada hasil daripada aktiviti memancing. Sasaran utama ialah ikan haruan. Namun, nasib tidak menyebelahi saya kerana banyak ikan yang terlepas. Aktiviti menjala juga dilakukan untuk mendapatkan ikan seperti ikan sepat. Saya cuba untuk menjala ikan tilapia liar, namun masih belum berhasil.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-64642720912708872732018-08-20T11:35:00.003+08:002018-08-20T11:35:37.261+08:00balik kampung 18 Ogos 2018Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Masa yang diluangkan agak terbatas kerana terpaksa balik semula ke Pulau Pinang pada malam sabtu. Beberapa aktiviti sempat dijalankan di kampung dan banyak lagi kerja kerja di kampung yang tertangguh.
Bersih halaman dan belakang rumah
Rumput "kemucut" semakin panjang di belakang rumah. Jadi, mesin rumput digunakan untuk memotong rumput bagi memudahkan emak menyidai kain dan membuang sampah. Ayah pula mulai mengemas bahagian bangsal belakang rumah. Banyak kayu kayu lama yang dibuang dan dibakar.
Pancing
Aktiviti memancing sempat dijalankan, namun tidak sempat memancing lama. Alhamdulillah ada juga hasil. Aktiviti memancing di sungai besar terpaksa ditangguhkan dahulu kerana kekurangan masa. InsyaAllah balik kampung sekali lagi, saya akan cuba memancing ikan tilapia dan belida di sungai besar.
Kenduri
Banyak panggilan kenduri pada hari sabtu. Saya hanya makan nasi pada kenduri yang pertama. Kenduri kedua hanya sedikit ketupat dan yang ketiga hanya bubur pulut hitam. Kenduri di kampung memang meriah terutama pada musim cuti persekolahan. Keistimewaan kenduri di kawasan kampung ialah gulai daging yang baru dimasak. Rasanya sangat sedap dan menyelerakan bila dimakan bersama sama ulam ulaman dan sambal belacan serta lauk pauk yang lain.
Tukar motosikal
Kunci motosikal di kampung telah hilang hampir sebulan. Jadi, aktiviti ke kebun pisang tidak dapat dijalankan. Alhamdulillah kunci motosikal dapat ditukar setelah beberapa jam di tinggalkan dikedai.
Tuai pisang di kebun
Alhamdulillah dengan adanya motosikal, sempatlah saya melawat kebun pisang dihujung kampung. Banyak pisang yang masak dan dimakan burung. Ada juga yang diambil orang. Baki buah yang ada saya bawa balik. Kawasan kebun sudah mula dipenuhi semak samun. Pokok pokok liar yang mulai meninggi di tebang. InsyaAllah apabila balik sekali lagi ke kampung, saya akan menebas semak samun supaya kebun lebih lapang.
Pokok cabai burung yang ada di dalam kebun sudah mulai mengeluarkan buah. Namun, pokok tidaklah terlalu besar. Mungkin boleh ditambah dengan baja.
Selepas solat maghrib, saya bergegas pulang ke Pulau Pinang. Rasa tidak puas kerana tidak dapat meluangkan masa yang lama di kampung.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-27891772777564396402018-08-16T16:46:00.000+08:002018-08-16T16:46:02.593+08:00perkembangan kebun perumahan, 16 Ogos 2018Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan didalam kesibukan tugasan.
Bayam
Bayam yang disemai bulan lepas sudah bercambah. Namun, pertumbuhan benih bayam tidak memberansangkan. Selepas berminggu minggu, pertumbuhan masih lagi perlahan. Pokok bayam tidak sampai sejengkal. Tidak pasti mengapa terjadi begini. Kebiasaannya pertumbuhan bayam sangat cepat. Pokok disiram secara automatik setiap hari dan tiada tanda tanda tidak cukup air.
Pokok tebengau
Pokok tebengau yang ditanam di bahagian tengah laman semakin membesar dan merimbun. Keadaan halaman menjadi lebih teduh. Cuma, saya perlu pastikan akar akar pokok tidak akan merosakkan konkrit sekitar kolam ikan.
Cili padi
Cili padi masih lagi mengeluarkan hasil. Cuma sekarang saya kurang memetik dan membiarkan jiran jiran memetik cili padi. Terdapat serangan bena yang agak terkawal. InsyaAllah saya akan cuba menyemai lagi cili padi. Kali ini, buah yang masak akan dibiarkan kering dahulu sebelum direndam dan disemai.
InsyaAllah bulan september akan menjadi bulan yang menarik untuk penanaman di kebun perumahan kerana terdapat banyak masa cuti yang boleh dihabiskan untuk menyemai benih benih baharu. Benih yang paling menjadi ingatan ialah benih terung telunjuk. Sayang sekali kerana saya sudah tidak mempunyai benih terung telunjuk.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-410177884926927462018-07-25T15:07:00.000+08:002018-07-25T15:07:18.330+08:00memancing di Yan, 25 Julai 2018Alhamdulillah dapat memancing lagi di Yan, Kedah.
Aktiviti memancing kali ini memang di tunggu tunggu kerana stok ikan di rumah pun sudah berkurangan. Tarikh memancing di pilih ketika air laut pasang sederhana yang jatuh pada hari isnin. Kebetulan pada hujung minggu tersebut, cuaca tidak menentu dan berombak besar yang menyebabkan banyak bot memancing yang tidak keluar memancing.
Kali ini, kami memancing dengan menaiki bot dari Kuala Sungai Dulang Kecil. Perjalanan bot memakan masa lebih kurang sejam dari jeti. Apabila sampai ke tempat memancing, umpan ikan temenung yang dibawa dicangkuk pada matakail dan dilepaskas di belakang bot. Alhamdulillah ikan todak yang besar memakan umpan. Kemudian, ikan ikan lain seperti tenggiri dan ikan golok turut dapat dipancing.
Aktiviti memancing kali ini juga berjaya mendapat seekor ikan pari yang agak besar. Sudah ditakdirkan menjadi rezeki ikan pari berjaya dinaikkan walaupun menggunakan joran yang agak kecil.
Pada akhir sesi memancing. semua orang berpuas hati dengan hasil pancingan kali ini. InsyaAllah jika ada kelapangan, aktiviti memancing akan dilakukan lagi pada masa hadapan.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2669702763755040255.post-47709182795191873002018-07-20T11:04:00.000+08:002018-07-20T11:04:19.485+08:00perkembangan kebun perumahan, 20 Julai 2018Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Pokok cabai melaka masih lagi mengeluarkan hasil yang baik. Hasil yang banyak dikongsi dengan jiran jiran. Jika ada yang memerlukan cabai melaka, boleh datang dan petik sendiri cabai melaka di luar rumah.
Disamping itu, pokok pandan yang ditanam sejak November tahun lalu semakin membesar dan berkembang biak dengan baik. Sistem penyiraman automatik membolehkan pokok pandan mendapat air yang secukupnya secara konsisten. Sebelum ini, percubaan menanam pokok pandan tidak berhasil kerana pokok mati akibat kekurangan air.
Tanam bayam
Sudah lama pokok bayam tidak ditanam di kebun perumahan. Jadi, benih baru bayam dibeli dan di tabur didalam pasu pasu yang masih kosong. InsyaAllah jika benih bernas dan mendapat air yang cukup. Bolehlah merasa sayur bayam pada pertengahan bulan depan.
Thai basil
Pokok thai basil masih lagi bertahan dan tumbuh dengan sendiri di hadapan ruang rumah. Sebelum ini, pokok thai basil hanya disemai sekali. Kemudian benih benih mulai terhasil dan tidak perlu lagi semaian biji untuk kali seterusnya.
Pokok lemak ketam
Pokok lemak ketam dihadapan rumah sudah terlalu tinggi. InsyaAllah akan ditebang secepat mungkin supaya ruang halaman rumah lebih mendapat sinaran matahari dan mengurangkan kerja kerja menyapu daun daun kering.Unknownnoreply@blogger.com0