Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Lawat kebun abang

Imej
Alhamdulillah ahad lepas dapat melawat kebun abang. Buah buah menjadi kali ini. Buah durian sudah habis tapi buah rambutan, pulasan dan petai tengah banyak. Musim ini kumpulan kera tidak masuk kebun. Jiran kebun abang juga ada membina ran diatas pokok durian untuk menjaga tanaman. Buah buah yang dihimpun dibawa balik dan dibahagikan kepada jiran. Sawah padi di sekitar kebun pun sudah semakin bunting. Rezeki buat pesawah tidak berapa lama lagi. Tapi pagar dan jaring untuk menghalau babi hutan perlu dipasang bila padi semakin masak.

Kailan dan kobis cina

Imej
Alhamdulillah, kailan yang di tanam beberapa bulan sudah semakin sedia untuk dituai. Syukur walaupun tidak segemuk sawi yang ada di jual di kedai. Kailan ini berbeza beza peringkat pembesaran mengikut pasu. Masih ada yang masih kecil. Faktor baja dan cahaya mungkin menyebabkan pembesaran yang pelbagai. Sawi pak choi pun masih ada tak sempat untuk dituai. Cambahan sawi cina sudah seminggu dan perlu dialih ke tempat yang lebih terbuka. Moga dapat merasa tuaian sawi cina bulan depan.

Balik kampung persediaan tabur baja kali kedua

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas untuk tolong ayah mengangkut baja ke bendang. Kak chak, bang chak dan haikal juga balik dari kl. Alhamdulillah kerja menanggung padi bermula selepas solat asar dan selesai 30 minit sebelum berbuka. Haikal pun membantu tok wan mengangkat baja. Semua masih keletihan dan selepas berbuka dan tarawikh. Jadi tidur awal kerana ada lagi kerja hendak di lakukan pada pagj ahad.

Anak benih tembikai susu

Imej
Benih tembikai susu dari biji benih yang tumbuh dari kompos ditanam sebagai percubaan. Benih membesar dengan cepat. Tali memanjat disediakan supaya pokok dapat memanjat sehingga ke bahagian bumbung. Sudah nampak ada tanda seperti hendak berbunga. InsyaAllah akan cuba jaga dan tengok hasilnya.

Daun sudu itik

Tiba tiba teringat daun sudu itik dalam menjalani ibadah puasa. Dulu dulu banyak di dalam kolam jiran di kampung. Tempat memancing semasa zaman sekolah. Daunnya sedap dibuat kerabu kerang dicampur taugeh. Akan cuba dapatkan daun ini mungkin di pekan ahad anak bukit.

Keriang dot dan keriang kecil

Alhamdulillah dapat balik terawih di kampung. Dapat berbuka bersama keluarga sebelah isteri. Berdekatan dengan masjid terdapat pokok keriang dot. Buahnya lebih kurang satu ruas jari kelinking. Banyak buah yang jatuh ke tanah. Kalau dulu haji hassan pak mertua selalu upah budak budak panjat dan kait buah. Satu lagi varieti ialah jenis keriang kecil. Buahnya saiz biji lada. Sangat sedap dimakan jika di cicah dengan air garam. Dahannya juga lebih kecil. Hanya budak budak yang sesuai untuk panjat pokok keriang. Rasa buah lebih kurang masam masam manis. Awas warna ungu buah boleh melekat pada baju. Pokok keriang tahan air dan dapat hidup di kawasan yang banyak digenangi air berhampiran sawah. InsyaAllah gambar akan diletakkan kemudian bila balik kampung.

Status arugula: tak sihat

Imej
Satu lagi tanaman percubaan yang tidak berjaya. Arugula dengan daun yang habis kerekot. Fikir dua kali hendak makan. Bau aromanya memang ada. Nasib sayur ini akan ditentukan kemudian.

Bunga telang diserang penyakit

Imej
Kali ini pokok bunga telang diserang teruk penyakit. Banyak serangga halus di pokok. Daun pokok habis layu dan kering. Beberapa minggu sebelumnya langsung tidak ada tanda tanda serangan. InsyaAllah akan cuba pangkas pokok bunga telang dan buang bahagian yang berpenyakit. Biji benih yang boleh diselamatkan akan disimpan.

Tuaian pak choi akhirnya

Imej
Masih lagi cerita pak choi. Alhamdulillah sempat menuai pak choi untuk berbuka puasa. Perancangan awal untuk tuai untuk juadah sahur tidak kesampaian. Semalam solat tarawikh dalam perjalanan sahaja. Selamat menjalani ibadah puasa semua blogger beragama Islam :-)

Pak choi selepas empat minggu

Imej
Alhamdulillah tanaman pak choi mencapai tahap yang boleh di tuai. InsyaAllah akan gunakan untuk sahur esok pagi jika masih panjang umur. Penanaman di kawasan taman akan ditumpukan kepada sayuran buat masa ini kerana pokok terung dan cili banyak diserang perosak.

Tumbangnya sarang tempua

Alhamdulillah sempat balik kampung sekejap kali ini. Tuk timah dan haji hassan buat kenduri untuk orang di masjid. Menu nasi rempah, daging kurma, dalca dan air asam disediakan. Di belakang rumah pula, kapal korek datang membersihkan parit belakang rumah. Habis pokok berduri yang menjadi sarang burung tempua dan sarang tebuan. Pandai burung tempua memilih sarang berhampiran sarang tebuan. Banyak juga pokok tanaman yang musnah dalam kerja membersih parit. Antaranya pokok kuinin, mempelam, kelapa dan ulaman putat. Tak pasti nasib burung tempua, harap masih belun sempat bertelur dan dapat buat sarang ditempat yang lain.

Tumbangnya sarang tempua

Alhamdulillah sempat balik kampung sekejap kali ini. Tuk timah dan haji hassan buat kenduri untuk orang di masjid. Menu nasi rempah, daging kurma, dalca dan air asam disediakan. Di belakang rumah pula, kapal korek datang membersihkan parit belakang rumah. Habis pokok berduri yang menjadi sarang burung tempua dan sarang tebuan. Pandai burung tempua memilih sarang berhampiran sarang tebuan. Banyak juga pokok tanaman yang musnah dalam kerja membersih parit. Antaranya pokok kuinin, mempelam, kelapa dan ulaman putat. Tak pasti nasib burung tempua, harap masih belun sempat bertelur dan dapat buat sarang ditempat yang lain.

Ekspo penternak dan peladang serta koperasi pulau pinang 2013

Imej
Alhamdulillah sempat melawat sekejap ke ekspo pertanian yang menarik ini. Antara tarikan kali ini ialah konsep pertanian organik. Ada beberapa pameran oleh agensi kerajaan dan swasta. Dibahagian pameran ternakan terdapat pameran pelbagai jenis kambing termasuk jenis kibas dan barbados. Terdapat pameran rumah cendawan dan proses pembesaran cendawan Pelbagai jenis pokok dijual untuk pengunjung membawa pulang. Pameran akan berlansung sehingga hari ahad.

Bunga telang tempat kerja

Berhampiran dengan tempat kerja terdapat pokok bunga telang liar diantara rimbunan lalang.  Bunganya cantik cantik. Tidak pasti bagaimana boleh tumbuh. InsyaAllah boleh diambil jika hendak diguna dalam masakan bila diperlukan.

Tanam dan tinggal pak choi

Imej
Alhamdulillah tanaman pak choi semakin subur. InsyaAllah boleh dituai sedikit masa lagi. Benih pak choi disemai terus kedalam pasu yang sebelum ini ditanam lobak kampung. Tiada penjarangan dilakukan. Ada tips yang dibaca tentang tuaian awal untuk baby pak choi secara tidak langsung menjadi aktiviti penjarangan. Benih tahan cuaca panas dan perlukan sinaran cahaya matahari penuh untuk tumbesaran optimum. Pastikan juga air cukup. Pembajaan dan pengawalan rumpai secara manual boleh dilakukan seminggu sekali. Selebihnya pak choi ditinggalkan untuk membesar sendiri.

Tuaian sawi lambat

Imej
Alhamdulillah dapat menuai sawi untuk kegunaan memasak dalam kesibukan kerja. Cuaca yang baik dan hujan yang kerap menjadikan sawi tumbuh galak dan hijau. Disebabkan rumah sewa tiada peti sejuk. Sawi di bungkus longgar dengan plastik supaya kekal segar untuk sehari dua sebelum di masak.

Balik kampung 29 jun

Kali ini balik kampung dengan tujuan hendak pergi ke dusun buah. Namun ayah beritahu buah tak banyak yang turun. Disamping itu, kurma yang ditempah dari pemborong juga dibawa balik dari penang untuk diedar kepada saudara mara. Pada petang sabtu ayah ajak ke bendang untuk membawa baja ke bendang. Padi yang ditabur dulu sudah berusia lebih kurang sebulan dan perlu dibaja buat kali pertama. Baja yang digunakan ialah baja campuran. 20 kampit baja diangkat ke tengah bendang untuk di tabur pada waktu pagi. Setiap kampit akan diangkut dengan mengimbang dibelakang badan sambil melalui batas bendang yang sempit.Memang memerlukan banyak tenaga untuk mengangkat baja kerana keseluruhan berat baja hampir 300 kilogram.