Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

balik kampung ramadhan 2019

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada pertengahan bulan Ramadhan. Kebetulan cuti nuzul Quran dan cuti ganti hari Wesak jatuh pada minggu yang sama. Masa yang ada diluangkan untuk melakukan kerja kerja kampung. Baiki mesin rumput Mesin rumput yang baru dipakai beberapa bulan telah rosak. "Bearing" pada bahagian pemutar mata bilah sudah berbunyi dan mata bilah sudah tidak berpusing dengan laju. Kerja membaiki dilakukan di kedai menjual mesin rumput. Kos membaiki mesin rumput sebanyak RM 100.00. Baiki kolam ikan Kolam ikan yang sudah dikeringkan beberapa minggu sebelumnya di baiki dengan menggunakan simen khas. Harga simen ini agak mahal sekitar rm 80 bagi pek seberat 20 kilogram. Kerja membaiki kolam dilakukan pada secara berperingkat peringkat kerana memerlukan tenaga kudrat empat kerat di waktu bulan puasa ini. Cuci akuarium Akuarium besar di depan rumah agak terbiar sekarang ini. Lumut tumbuh pada dinding. Cubaan menggunakan berus biasa untuk membuang lumut t

perkembangan kebun kampung awal Mei 2019

Alhamdulillah posting baru di blog kebun kampung muncul kembali. Kesibukan tugas menyebabkan aktiviti berkebun tidak banyak dijalankan. InsyaAllah ada beberapa misi di kebun kampung untuk dilaksakan menjelang hujung tahun. tanam mempelam harum manis InsyaAllah tahun ini akan cuba menambah benih pokok harum manis di kawasan kebun pisang. Jika ada rezeki, bolehlah menuai hasil dalam beberapa tahun akan datang. Disamping itu, pokok pokok mempelam pauh yang sudah lama di kawasan kampung akan cuba di tut dengan tut harum manis. Kaedah ini dikatakan menhasilkan buah dengan lebih cepat. bersih kebun pisang Alhamdulillah, kebun pisang sudah berjaya dicuci beberapa kali semaasa musim kering yang lalu. Kini, tugas membersihkan kebun pisang lebih mudah. Terdapat beberapa lagi pokok yang tumbuh liar yang perlu ditebang. Pisang yang dituai dikebun akan cuba di jadikan kek pisang sebagai produk sampingan kerana sayang pisang yang selalu dituai tidak sempat digoreng. Disamping itu, saya