Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel arnab

perkembangan kebun perumahan, awal disember 2014

Alhamdulillah, nampaknya cuaca seminggu ini sangat sesuai untuk pertumbuhan sayuran. Beberapa hari sayuran di perumah tidak perlu disiram. Hujan di waktu malam dan awal pagi menyejukkan suasana. Diantara perkembangan Arnab Arnab berbulu gebu yang sakit akhirnya mati. Arnab melompat keluar sangkar dan apabila balik ke rumah sudah mati. Tidak pasti apa yang sebenarnya yang berlaku, terdapat juga kesan arnab memakan anak anak benih cabai, tomato dan terung. Arnab arnab yang lain akan diberikan kepada seorang rakan yang sudah bersetuju untuk mengambil. Terung Terung minggu ini sangat produktif, sebanyak sembilan biji terung kecil dituai. InsyaAllah akan dijadikan ulam untuk makan minggu depan. Gambar akan diletakkan kemudian

perkembangan kebun perumahan 29 Mei 2014

Alhamdulillah dapat menjenguk sedikit kebun perumahan. Kesibukan tugas menyebabkan aktiviti menjenguk kebun terhad kepada tengah malam dan juga awal pagi. Antara perkembangan Arnab Arnab telah terlepas sekali lagi daripada kandang. Bila balik kerja ternampak objek kecil dihadapan pintu, rupanya arnab telah terlepas. Habis barisan anak anak terung dimakan oleh arnab. Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali menangkap arnab dan pastikan pintu sangkar tertutup. Benih bendi dan timun terselamat daripada dimakan oleh arnab. Ulam raja Ulam raja terus produktif walaupun  sudah hampir setengah tahun tumbuh didalam pasu. Setakat ini tidak pernah berbunga kerana pucuk ulam selalu dijadikan ulam makan tengah hari pada hujung minggu. Bayam Bayam sudah tua tetapi pucuk masih boleh dituai. Banyak anak anak belalang yang berlindung dibawah rimbunan bayam tua. Timun jepun Alhamdulillah tuaian timun jepun terakhir dapat dibuat pada hari ini. InsyaAllah akan dijadikan sayur dalam sandwic

rumput israel kering untuk arnab

Alhamdulillah, ketika memancing minggu lepas terjumpa banyak rumput israel di kawasan tempat memancing. Disebabkan bekas plastik yang sepatutnya diisi ikan masih kosong. Jadi rumput rumput dikutip dan dibawa balik. Rumput yang masih basah dibiarkan kering tanpa dijemur dibawah cahaya matahari. Sekadar diletak ditempat terbuka. Cuaca kering sekarang mempercepatkan proses pengeringan. Arnab arnab dapat menerima makanan baru ini sebagai ganti rumput timothy import yang mahal harganya. Rumput israel berbatang liat berbanding timothy. Jadi dapatlah mengurangkan belanja menjaga arnab. InsyaAllah dengan ini boleh menambah stok arnab dari baka giant pula jika ada rezeki. Gambar akan diletak kemudian kerana kamera masuk bengkel.

Gambar kemusnahan semaian oleh arnab

Imej
Antara semaian yang rosak dikerjakan arnab tanpa rasa bersalah. Sebab arnab tak boleh buka sendiri selak kunci sangkar. Memang sudah tabiat arnab, jadi jangan biarkan arnab peliharaan terlepas.

arnab kerjakan kebun

Alhamdulillah dapat balik ke rumah setelah hampir sejam  setengah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Namun, terkejut apabila melihat sangkar arnab terbuka. Arnab entah ke mana. Antara kerosakan yang arnab telah lakukan ialah. 1. semaian terung. daripada 50 bekas tinggal satu sahaja 2. semaian bunga tongkeng, habis dimakan sekali dengan batang 3. pokok tin, batang habis dirobek 4. kailan, habis tinggal batang 5. kohlrabi, habis diratah 6. anak pokok markisa, tinggal tunggul Memang kecewa juga melihat kerosakan, namun sejauh mana nak kecewa, banyak kerja lain nak kena buat. Arnab arnab ini mungkin akan dipindah ke tempat lain atau disembelih sahaja.