perkembangan kebun perumahan 25 Jan 2017
Alhamdulillah beberapa projek kebun perumahan sedang berjalan Akuaponic InsyaAllah akan membeli satu akuarium untuk menyimpan ikan di kebun perumahan. Kangkung Benih kangkung yang bercambah tidak begitu membesar dengan baik. Kemungkinan kurang nutrien didalam tanah. Tanah didalam bekas polisterin didapati cepat kering. InsyaAllah akan cuba tambah lapisan tanah baru dan tambah baja yang bersesuaian. Ketumbar jawa Benih ketumbar jawa yang dibeli dari pasar akan cuba disemai. Sekurang kurangnya akan ada bekalan herba segar dari kebun perumahan. Cambahan benih lama Alhamdulillah benih sawi hongkong yang sudah hampir 3 tahun masih lagi bercambah. Benih disemai begitu sahaja didalam bekas polisterin cabai. Pada hujung minggu lepas, hujan lebat turun dikawasan perumahan. Didapati benih benih mulai bercambah. Harap harap benih akan berjaya membesar. Dahan pokok belinjau Kebetulan terlibat dengan aktiviti gotong royong. Terdapat pokok belinjau yang sangat besar telah tumba