Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

balik kampung 19 Ogos 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Masa suntuk juga pada kali ini kerana urusan jemputan kenduri dan singgah sana sini sebelum sampai ke kampung. Misi untuk balik menjenguk keluarga mentua juga berjaya dilaksanakan. Kebun Pisang Alhamdulillah kebun pisang dapat dijenguk untuk lebih kurang sejam. Buah pisang yang masak dibawa balik ke rumah. Hasil begitu baik pada masa ini. Terdapat juga tandan pisang yang terbiar dan akhirnya kesemua buah dimakan burung. Tidak mengapalah kerana menjadi rezeki burung burung dan haiwan liar. Bendi Benih bendi yang disemai secara tabur suka suka dikebun pisang sudah mula bercambah. Pertumbuhan tidaklah begitu baik. Harap harap pokok bendi akan berjaya membesar. Benih baru bendi juga ditabur bagi tempat yang tidak bercambah. Bendi dikawasan belakang rumah pula diserang oleh serangga pengorek batang. Habis pucuk pucuk baru bendi layu. Buat masa ini, tidak pasti serangga yang merosak tanaman bendi. Semaian benih sayur Nampaknya

cabai jeruk

Alhamdulillah pokok cabai yang ditanam mengeluarkan hasil yang memberangsangkan. Pokok yang ditanam di kawasan teduhan pada perumahan tingkat tujuh. Sebahagian ranting pokok cabai telah keluar dari teduhan dan berbuah dengan lebat. Nampaknya pokok cabai memerlukan kawasan yang terang untuk berbuah dengan lebat. InsyaAllah buah buah yang  masih hijau akan dituai dan dijadikan cabai jeruk. Jika dibiarkan masak dipokok, buah akan menjadi kering kerana cabai yang ditanam dari benih cabai kering. gambar akan diletakkan kemudian

balik kampung 13 Ogos 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada hari ahad 13 Ogos 2017. Masa separuh hari sahaja yang dapat diluangkan balik ke kampung. Sekurang kurangnya dapat meluangkan masa berharga bersama mak dan ayah dikampung. Disamping itu, dapat melihat keadaan kebun yang sudah lama memerlukan perhatian dan penjagaan. Pokok mulberi Pokok mulberi yang ada di kebun perumahan dibawa balik ke kampung. Harap harap pokok akan terus membesar dengan lebih baik dikampung. Semaian benih terbaru Benih kailan dan benih pokok bunga cuba disemai. Benih benih yang ada adalah benih lama. Harap harap benih masih boleh bercambah. Kebetulan, sekarang musim hujan. Patin Ikan patin didalam kolam nampaknya sudah agak besar. Kemungkinan boleh ditangkap dan dijadikan masakan. Bendi Pokok bendi di kebun kampung masih lagi membuahkan hasil. Setiap dua minggu beberapa biji buah bendi dapat dituai. Pisang Alhamdulilah kali ini dapat menuai tandan pisang yang sangat besar. Buah dibawa balik ke Pulau Pinang untuk diberi ke

balik kampung akhir Julai 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini Padi Padi sudah mula di tuai dikawasan kampung. Air bendang sudah mula dilepaskan kerana padi sudah mulai menguning dan masak. Jentera menuai padi sudah mulai kelihatan di petak petang sawah. Hasil pak tani mengerjakan sawah selama lebih kurang tiga bulan setengah akhirnya dapat dituai. Seperti kebiasaan hasil tidak menentu bergantung kepada pelbagai keadaan. Harap harap tuaian padi kali ini memberansangkan. Pisang Pisang yang ditanam dituai dan dibawa balik ke Pulau Pinang. Sebahagian lagi disedekahkan kepada jiran dan keluarga sekampung. Ada juga tandan yang sudah habis dimakan burung. InsyaAllah jadi sebahagian pahala sedekah walaupun tidak dapat merasai. Terdapat juga tandan yang akan masak dalam masa beberap minggu lagi. Harap harap dapat menuai kerana tandan terletak berhampiran jalan raya. Bendi Benih bendi yang ditanam dikebun pisang sudah ada yang masak. Jadi, biji benih diambil dan disemai ke tempat baru berhamp