bunga telang dan cili
Alhamdulillah selepas selesai beriadah dihujung minggu,
sempat ke tepi sungai utk mencari kangkung utk makanan ikan kaloi. Dapat juga memetik bunga telang yang tumbuh liar.
Seeloknya bunga telang direndam dahulu sebelum diguna, kerana kadang kadang ada ulat yang tinggal didalam kelopak bunga dan menjadikan bunga telang sebagai makanan. Agak susah untuk melihat ulat ini pada mula mengutip bunga telang.
Bunga telang boleh direndam semalaman utk mendapatkan warna birunya dan dicampur dengan perahan limau kasturi untuk dijadikan minuman.
Kemudian lebihan bunga dijadikan makanan ikan kaloi.
bunga telang direndam dalam air utk memastikan bebas ulat sebelum diguna |
Seeloknya bunga telang direndam dahulu sebelum diguna, kerana kadang kadang ada ulat yang tinggal didalam kelopak bunga dan menjadikan bunga telang sebagai makanan. Agak susah untuk melihat ulat ini pada mula mengutip bunga telang.
Bunga telang boleh direndam semalaman utk mendapatkan warna birunya dan dicampur dengan perahan limau kasturi untuk dijadikan minuman.
Kemudian lebihan bunga dijadikan makanan ikan kaloi.
Ulasan
Catat Ulasan