Ikan lumek penang
Ikan lumek atau bombay duck popular di sabah dan sarawak. Ikan ini biasanya dijual secara kering seperti di pangkor. Mengikut maklumat internet ikan ini adalah ikan laut dalam yang datang bermusim ke muara ketika musim hujan untuk membiak dan mencari makan.
Ikan ini pelik kerana berbadan lembik dan kelihatan hodoh.
Minggu lepas sempat melihat ikan ini yang baru ditangkap. Dijual pada harga tiga ringgit sekilo. Kami beli tiga ekor bersama beberapa ekor ikan kembong. Alhamdulillah dapat buat kenduri kecil antara kami berdua.
Cubaan untuk masak ikan lumek secara goreng tepung kurang berjaya jika digoreng seekor seekor. Rasanya lebih sesuai dipotong menjadi ketul ketul dan dibuat cucur.
wow...skerinye muka dia.
BalasPadam