Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Pameran hari penternak dan peladang P. PINANG 2013

Hari penternak dan peladang peringkat pulau pinang akan berlangsung lagi pada 3-7 julai 2013 di tapak ekspo seberang jaya. Jangan lepaskan peluang ke sana.

Ikan tememung perap asam

Ikan Temenung @ kembung dan tenggiri sesuai di perap asam. Tujuannya ialah supaya ikan tahan lama. Cara orang lama lama memanjangkan hayat makanan. Kalau pancing dapat ikan tenggiri selalu mak akan buat goreng selepas di perap asam. Caranya ialah ikan direndam campuran asam dan garam selama beberapa ketika supaya asam meresap dalam ikan. Boleh digoreng atau direbus. Berguna cara memasak begini terutama rumah yang tiada peti sejuk.

Kisah kebun nako nambua

Ayah dulu pernah cerita bagaimana ayah dan tok wan membuka tanah di kampung nako nambua. Naik basikal tua dari alor setar ke sana. Bekalan yang dibawa ialah nasi, ikan kering tamban kiat dan cabai kicap masin cair. Itu saja yang ada pada masa tersebut. Kali terakhir pergi melihat tanah tersebut ialah ketika zaman remaja. Itupun sebab ayah nak membayar cukai tanah. Diusahakan dengan tanaman tebu. Banyak juga ulaman pucuk cemumar yang tumbuh. Mak ambil untuk dibawa balik. Walaupun tak melalui zaman tersebut namun bila nak makan cabai kicap akan teringat cerita ayah.

Kebun untuk gaza

Imej
Bagi rakan rakan pekebun, tanah syam dan sekitarnya seperti di gaza sangat sesuai untuk penanaman sayur sayuran dan buah buahan. Seperti yang dipelajari dalam ilmu geografi dahulu iklim di gaza ialah iklim meditreanean. Keadaan yang berdekatan dengan laut menstabilkan suhu kawasan disana. Namun seperti yang kita ketahui, gaza bukanlah kawasan yang bebas ketika ini. Ianya dibawah pengawasan ketat rejim yahudi. Ada peluang untuk kita membantu masyarakat pekebun disana dengan menghulurkan bantuan menjayakan projek pertanian bersama Aqsa Syarif. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Musim durian di kampung

Imej
Alhamdulillah musim durian datang lagi. Buah jenuh makan kali ini. Buah di wang tepus menjadi. Begitu juga buah dari kebun di Baling. Selain dari buah di kebun, dapat juga merasa buah durian dari balik pulau seperti udang merah dan horlor. InsyaAllah jika tiada aral akan ke kebun wang tepus hujung minggu ini untuk mengutip buah rambutan, manggis dan pulasan pula. Teringat lagi pengalaman menanam benih pokok durian ini hampir sepuluh tahun yang lepas. Ada yang hidup dan ada yang mati terutama ketika musim kering. Pokok yang mati akan diganti/sulam bila mula musim hujan. Cepatnya masa berlalu menjadi kenangan duduk di kampung.

Semaian arugula dan pak choi

Imej
Alhamdulillah semaianbunga arugula dan pak choi semakin subur. Hujan yang turun hampir setiap hari menggalakkan lagi pertumbuhan. Kucing juga sudah tidak mengganggu kawasan tanaman pak choi. Pemerhatian mendapati anak benih yang agak terlindung kurang membesar walaupun berada didalam pasu. InsyaAllah akan cuba alihkan anak benih yang kurang membesar.

Misi mencari si tenggek burung

Ulaman tenggek burung menjadi antara ulaman yang sedap dimakan. Jika dapat mencari benih anak pokok bolehlah ditanam dalam pasu besar. Setakat ini sudah menjumpai induk pokok di suatu kawasan riadah. Namun pokok induk sudah dicantas. Bertambah malang lagi apabila penggemar ulam ini mengambil habis pucuk yang tumbuh. Hanya tinggal tunggul yang masih bernyawa dan berusaha melepaskan pucuk baru. Tinjauan juga mendapati ada anak anak pokok yang baru sejengkal tinggi. Harap dibiarkan tumbuh dan membesar. Sudah tidak sesuai untuk diambil. Namun kawasan riadah ini juga dalam proses dibangunkan semula. Jentera berat sudah memulakan operasi di kawasan sebelah sehingga membentuk kawah besar. Kemungkinan koridor ini akan digali dan diratakan. InsyaAllah akan mencari lagi anak tenggek burung kalau bernasib baik. InsyaAllah gambar akan diambil bila berkesempatan lagi ke sana.

Kucing kucing yang mengganggu kebun

Kebun dihadapan dan dibelakang rumah nampaknya diganggu kucing. Tanah tanah yang kering dan gembur dalam pasu menjadi tandas yang sesuai bagi kucing kucing. Kucing ini ada yang dipelihara dan juga luar. Kesan gangguan kucing menyebabkan semaian pak choi terganggu dan patah. Sebagai pencegahan jaring dawai akan dibeli.

Pokok terung diserang perosak

Imej
Pokok terung sekarang ini teruk diserang kekabuh. Larva dan juga serangga dewasa memakan daun terung. Kesemua pokok diserang dan habis daun berlubang lubang. Kerja kerja mencari dan memusnahkan kumbang kumbang ini akan dijalankan secepat mungkin.

Kegunaan keli dan kaloi dalam membantu kebun

Alhamdulillah ikan keli dan kaloi yang dibela ada kegunaan dalam mengurangkan masalah pembuangan sayur sayur dan makanan yang masih elok. 1. Ikan kaloi boleh diberi makan nasi nasi yang tak habis, tomato, daun kaduk, lebihan kobis dan sayuran jenis daun yang lain. 2. Ikan keli boleh habiskan lebihan sisa sisa daging ayam dan perut ikan. Kedua dua jenis ikan ini tidal memerlukan bekalan pam oksigen. Tetapi satu unit pam kuasa rendah diperlukan untuk menapis sisa kumbahan ikan dan boleh diguna sebagai baja pada tanaman.

Gambar pokok Bunga telang tiga sekawan

Imej
Alhamdulillah pokok bunga telang subur dibelakang rumah tanpa perlu banyak penjagaan. Siraman adalah minima sekurang kurang seminggu sekali. Bunga yang dituai perlu dibasuh bersih bersih kerana ada anak anak serangga didalam kelopak bunga. Setakat ini sudah dijadikan ulam dan minuman.

Pindahan semaian kailan op

Imej
Alhdulillah minggu ini dapat buat pindahan semaian kailan op. Cambahan disemai dalam pasu panjang. Kemudian dipindah kedalam pasu pasu kecil. Diharap dapat membesar dengan baik seperti satu kebun kailan di satu perumahan berdekatan bulatan ke bukit mertajam/ bukit minyak.

Semaian bunga tongkeng yang terselamat

Imej
Alhamdulillah semaian bunga tongkeng bertunas kembali selepas tunas pertama habis diratah si Barney arnab perang. Semoga semakin membesar. Semaian diletak ditempat tinggi untuk mengelakkan tragedi diratah arnab berulang.

Tuaian bunga telang multi layer

Imej
Alhamdulillah bunga telang dalam tiga pasu di belakang rumah hidup subur. Penjagaan dan siraman kurang perlu dilakukan. Sebelum ini pokok bunga telang agak terbantut pertumbuhan dan diserang hama merah. Semburan racun serangga kurang berkesan. Jadi dibiarkan sahaja pokok ini mengurus secara alami. Pokok kelihatan kuning. Hama merah masih ada cuma terkawal dengan sendiri tanpa semburan racun. Mungkin sudah ada pemangsa yang dapat mengawal populasi perosak. Banyak juga biji benih yang terhasil Benih asal diambil dari taman awam. Setiap pagi ada pejalan kaki yang datang awal pagi untuk mengutip bunga. Tapi kini pokok asal sudah dibuang apabila majlis perbandaran melakukan pembersihan pagar. Harap ada benih yang terselamat.

Tuaian sawi kurus dan sawi gemuk

Imej
Alhamdulillah dapat menuai sawi untuk dibuat sayur untuk kegunaan masak bihun minggu ini. Sawi yang disemai pada masa yang sama. Satu kelompok sawi ditanam dalam bekas pasu bulat dan dibiar ditempat terbuka. Satu kelompok sawi lagi di tanam dalam bekas panjang dan di besarkan dalam tempat tertutup. Hasil di tempat terbuka lebih baik dan lebih gemuk.