Alhamdulillah, dapat juga balik ke kampung, setelah hampir 3 bulan menunggu untuk balik ke kampung. Perasaan teruja untuk menjenguk kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Bagaimana keadaan rumah, pokok pokok, ayam dan ikan yang ditinggalkan. Perjalanan balik ke kampung lancar dan lebuh raya juga tidak sesak. Misi balik kampung kali ini adalah untuk mengemas rumah dikampung dan menziarah kak Chik. Mak dan ayah masih lagi berada di Selangor dan akan pulang pertengahan minggu. Jadi, sedikit kerja mengemas rumah perlu dilakukan sebelum mak dan ayah balik ke kampung. Musim buah mempelam Tahun ini, kami terlepas untuk merasa buah mempelam bagi musim kali ini. Bila balik ke kampung, hanya tinggal biji biji buah mempelam diatas tanah. Hanya dimakan oleh ayam dan adik beradik yang sempat balik ke kampung. Tiada rezeki untuk merasa buah mempelam kali ini. Pokok mempelam harum manis yang baru hendak mula berbunga diluar musim. Harap harap ada rezeki untuk merasa buah harum manis dari
Alhamdulillah, dapat belajar cara memasak lemang semasa hadir ke perhimpunan warisan haji din di Asun. Tenaga pengajar ialah seorang pengusaha lemang di Changloon yang sudah sepuluh tahun pengalaman membuat dan menjual lemang. Sedikit catatan sebagai memori untuk dicuba pada masa depan. Buluh Buluh yang dipilih ialah buluh lemang yang mempunyai ketebalan yang nipis. Setakat ini tidak jumpa buluh ini dikawasan bendang. Jadi, untuk membuat lemang pada masa depan, kemungkinan perlu memesan dari kawasan yang mempunyai buluh lemang. Daun pisang Daun pisang yang sesuai ialah daun pisang hutan. Ini kerana, pisang hutan mempunyai daun yang nipis. Jika daun pisang awak yang digunakan, daun perlu dilayur dahulu untuk melembutkan daun. Pulut Pulut yang sesuai digunakan ialah pulut susu gred 2. Ini kerana pulut susu gred 2 tidak terlalu mengembang. Pulut susu dengan gred 1 lebih sesuai untuk dijadikan ketupat. Beras pulut dibilas sekitar 4-5 kali. Beras pulut tidak perlu direndam semalaman.
Alhamdulillah ikan kaloi dalam kolam nampak semakin besar dan sihat. Kedalaman kolam cuma dua kaki. Terdapat tempat untuk ikan berteduh dibawah para kayu. Jadi mungkin ikan lebih kurang stress. Ikan kaloi ini hanya jinak jinak merpati. Selalu menunggu makanan ditabur ke dalam kolam. Untuk mengambil gambar terpaksa umpan dengan dedak ikan. Ikan kaloi tidak memerlukan pam oksigen untuk bernafas. Sebaliknya memerlukan ruang terbuka untuk menyedut udara. Pam digunakan untuk mengalirkan bahan kumuhan ikan keluar dari kolam. Jika tidak kolam akan menjadi hijau. Antara makanan yang boleh diberi selain dedak ikan ialah lebihan nasi, buah dan kangkung. Untuk menjimatkan kos, kangkung yang tumbuh meliar boleh dijadikan sebagai makanan ikan kaloi. Selain itu, ikan kaloi mudah dijaga tetapi tidak mudah berkawan dengan ikan ikan yang lain.
Ulasan
Catat Ulasan