tuaian timun tiga varieti
Alhamdulillah hari ini dapat menuai timun tiga varieti. White wonder, timun jepun dan timun biasa.
Alhamdulillah sempat makan bersama nasi lemak yang dimasak dirumah bersama dengan ikan terubuk kering yang digoreng garing. Terima kasih kepada isteri yang memasak juadah sarapan pagi ini.
Tips penanaman timun
Para menanam timun cuba dihadapan rumah sebelum pintu pagar rumah. Para dibuat daripada tali nilon pancing. Pokok timun dibiarkan memanjat keatas sebelum dibuat satu para lintang untuk pokok timun menyulur keatas.
Baja dan tanah ditambah dari masa kesemasa supaya pokok kekal subur dan produktif. Buah timun harus selalu dituai untuk memberi peluang buah lain membesar. Pokok timun seperti mempunyai keupayaan untuk menghentikan tumbesaran buah timun yang kecil untuk memastikan buah yang paling besar untuk membesar.
Bekalan air juga harus sentiasa dijaga. Pokok timun masih mampu tahan seharian tanpa air. InsyaAllah daun yang layu akan kembali segar apabila disiram selepas beberapa jam.

Ulasan
Catat Ulasan