tuaian petola bantal sebelum hari raya korban 2014

Alhamdulillah, berjaya menuai petola bantal setelah beberapa cabaran menuai petola bantal diatasi. Kedudukan buah petola yang tinggi di atas talian telefon menyukarkan proses menuai. Selain itu, ketiadaan alat yang sesuai juga menjadi halangan untuk menuai.



Akhirnya, empat biji petola bantal telah dituai. Manakala ada lagi empat buah petola masih belum dituai kerana faktor terlalu tinggi dan sudah nampak terlalu tua untuk dijadikan sayur. Ada buah yang dituai pecah apabila terjatuh keatas permukaan jalan.

Semasa menuai petola, kelihatan lebah tukang menjalankan proses pendebugaan pada bunga bunga petola. Saiz lebah tukang yang besar memang sesuai sebagai agen pendebungaan bunga petola.

Ulasan

  1. Assalam
    Kulitnya tidak bersegi macam petola biasa ya?. Adakah Rasanya sama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam, betul kulit tidak sama seperti petola biasa. Buah petola ini tidak ada segi.

      Rasa lebih kurang sama dengan petola biasa, cuma tekstur lebih halus pada pendapat saya.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

ikan kaloi dalam kolam