perkembangan kebun perumahan 29 April 2015
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan awal pagi ini Beberapa perkembangan terbaru Ulam ulaman Hujan yang kerap hampir setiap hari menyebabkan banyak pucuk ulam ulaman yang keluar. Alhamdulillah dapat menuai pucuk belalai gajah, pucuk petola bantal, pucuk bebuas dan ulam raja. InsyaAllah akan dijadikan hidangan makan tengah hari jumaat. Pokok tin InsyaAllah akan cuba mengetut pokok tin untuk menghasilkan lebih banyak pokok baru. Jika berjaya, boleh dibawa balik ke kampung untuk tanaman percubaan. Tomato ceri Tomato ceri dapat dituai dua biji sahaja. Buah sudah ada yang merekah dan dijadikan makanan ikan kaloi sahaja. Terung Terung sudah mula hendak berbunga. Jadi bahan kompos ditambah sebagai baja. Salad Biji benih salad yang dibeli tahun lepas akan cuba di cambahkan. Jika berjaya, akan dicambahkan lebih banyak. Pokok moringa Alhamdulillah ada satu keratan pokok moringa yang nampak bertunas. Hara harap dapat membesar dengan baik.