masak sendiri di rumah
Alhamdulillah sejak kebelakangan ini minat untuk masak sendiri terutama untuk hidangan makan tengah hari.
Diantara kelebihan masak sendiri ialah kebersihan makanan terjamin. Kebanyakan kedai agak diragui dari segi kebersihan kerana tempat penyediaan makanan yang terdedah dan tidak bersih. Kepuasan dalam masak sendiri ialah anda yakin dengan masakan anda.
Selain itu kos makan juga semakin berkurang kerana tidak perlu membayar upah penyediaan makanan. Sekurang kurangnya kos makan sehari diluar dapat mampu menampung kos belanja dapur selama beberapa hari.
Masak sendiri juga mengajar supaya cermat dalam mengurus dan menggunakan bahan makanan dirumah. Kadang kadang makanan dirumah masih banyak, namun tidak digunakan akibat banyak makan diluar. Akhirnya, makanan di rumah menjadi basi atau tamat tarikh luput. Makanan makanan ini dibuang begitu sahaja, sedangkan ramai lagi yang tidak dapat menikmati makanan yang sempurna diluar sana.
Penyediaan makanan boleh dibuat pada awal pagi atau pada malam hari sebelum pergi kerja. Untuk makanan yang memerlukan masa yang panjang untuk disediakan, makanan boleh disediakan secara banyak dan disimpan didalam peti sejuk supaya dapat dimakan beberapa hari.
Masakan dirumah juga boleh disediakan dengan ringkas. Cukuplah sekadar lengkap dengan sayur dan lauk yang ringkas.

Ulasan
Catat Ulasan