balik kampung 27-28 Jun 2015
Alhamdulillah dapat balik kampung untuk berbuka puasa di rumah lagi. Banyak aktiviti dikampung yang perlu dilakukan. Namun, kekangan tugas begitu banyak. Diantara aktiviti di kampung.
Berbuka puasa di rumah tuk timah
Alhamdulillah sempat sampai di susur keluar tol Alor Setar ketika azan maghrib. Sempat juga berbuka puasa di rumah tuk timah. Juadah berbuka puasa kali ini ialah kepah masak rempah bersama daun kaduk. Hidangan berbuka ini mengingatkan tentang rumah lama yang telah ditinggalkan dua tahun lalu. Disamping itu, air kelapa dan air jus buah buahan segar membantu mengekalkan kesegaran selepas berbuka sehingga selesai solat terawih.
Membaiki kolam simen
Kolam simen di rumah telah retak dan tidak boleh menampung air yang banyak. Jadi, kerja membancuh simen dan pasir untuk menampal kolam simen dilakukan. Kerja ini agak berat dan memerlukan tenaga yang banyak. Berpeluh peluh badan pada bulan puasa. Alhamdulillah, kerja membaiki berjaya diselasaikan sebelum waktu tengah hari.
Tuaian petola segi
Alhamdulillah tiga buah petola berjaya dituai. Buah petola hibrid ini lebih panjang dan kecil. Buah mencapai panjang lebih kurang satu 80 sentimeter. Sesuai rasanya untuk dijadikan juadah berbuka ataupun bersahur.
Memancing haruan
Nasib masih belum menyebelahi kerana masih tiada hasil walaupun pelbagai jenis umpan tiruan digunakan. InsyaAllah akan cuba membersih parit sedikit supaya mudah memancing haruan.

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
BalasPadamFadoExpress là má»™t trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hà ng đầu chuyên váºn chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc Ä‘i khắp thế giá»›i, nổi báºt là dịch vụ gá»i hà ng Ä‘i nháºt và gá»i hà ng Ä‘i pháp uy tÃn, giá rẻ