berkebun di bulan ramadhan
Alhamdulillah, bulan ramadhan tahun 1436H tiba lagi. Pada bulan ini, amalan amalan membina kerohanian insyaAllah akan cuba ditambah. Disamping itu, kerja kerja harian juga akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin.
Untuk bulan ramadhan ini, diantara aktiviti berkebun yang boleh dilakukan ialah seperti menyemai benih benih baru, mengemas persekitaran dan menuai hasil hasil kebun dari penanaman yang terdahulu.
Ramadhan tahun ini dijangkakan panas terik. Jadi, pokok pokok harus disiram pada awal pagi dan lewat petang. Penghujung ramadhan akan penuh dengan aktiviti terutama membersih kawasan kampung.
Semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik dari segi ibadah kepada Allah SWT disamping kita memenuhi keperluan harian kita.

Ulasan
Catat Ulasan