perkembangan kebun perumahan 27 Julai 2016

Sistem pengairan

Alhamdulillah, sistem pengairan yang dibeli awal bulan ini akhirnya sudah hampir selesai dipasang.



Kerja kerja akhir penyambungan sistem pengairan akan dilakukan hujung minggu ini.

InsyaAllah kerja kerja menyiram pokok akan menjadi lebih mudah dan tidak perlu risau keadaan cuaca yang panas.

Sudah menerima tempahan dari jiran untuk mendapatkan set pengairan yang sama.

Semaian benih baru

InsyaAllah akan cuba menyemai beberapa jenis benih lagi untuk kegunaan sendiri. Banyak lagi benih sayur yang akan cuba disemai untuk beberapa projek kebun perumahan. Antara cadangan semaian ialah kailan, timun, basil, labu, kekacang, jagung dan terung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cara buat lemang

balik kampung, 14 Jun 2020

ikan kaloi dalam kolam