asam pedas ikan cencaru

Alhamdulillah, hasil memancing di laut setiap beberapa bulan memberi stok ikan cencaru untuk dimakan dirumah. Diantara resepi biasa yang disediakan daripada ikan cencaru ialah ikan cencaru belah belakang dan ikan cencaru goreng sambal.

Saiz ikan cencaru yang di pancing biasanya saiz kecil atau sederhana. Jarang sekali mendapat saiz yang besar kerana ikan cencaru diantara ikan yang popular ditangkap oleh nelayan. Jika membeli ikan cencaru saiz yang besar, perlu berhati hati kerana sesetengah ikan cencaru saiz besar mempunyai bau hanyir yang sangat kuat.

Cara menyimpan ikan cencaru yang dipancing ialah dengan membungkus 5-6 ekor ikan cencaru didalam beg plastik sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. Ikan tidak perlu disiang. Kebiasaannya apabila sampai rumah selepas balik daripada memancing. Ikan terus diasing asingkan kedalam beg plastik dan dimasukkan kedalam bahagian sejuk beku. Dengan cara ini, hanya ikan cencaru yang hendak digunakan sahaja yang akan dinyah beku. Selebihnya masih kekal beku dan boleh dinyah beku bila perlu.



Kebelakangan ini, saya jarang memakan ikan cencaru belah belakang kerana penggunaan minyak yang banyak. Resepi pilihan pada masa sekarang ialah asam pedas ikan cencaru. Penyediaan asam pedas juga lebih mudah dan cepat. Bahan asas seperti bawang, cabai kering, belacan, garam, gula, asam keping sudah cukup untuk menyediakan asam pedas yang sedap.

Asam pedas boleh disediakan didalam kuantiti yang agak banyak untuk dimakan beberapa hari. Disamping asam pedas digandingkan dengan nasi putih. Saya juga makan ikan cencaru bersama pulut yang ditanak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus