cencaru teluk bahang, 17 Julai 2018

Alhamdulillah urusan kerja di kawasan teluk bahang minggu ini tidak pulang dengan tangan kosong.

Ikan cencaru di teluk bahang dapat dipancing dari kawasan pantai sahaja. Kebiasaannya ikan cencaru dipancing dikawasan unjam dan berstruktur seperti jambatan. Kebetulan rakan pemancing memberi tahu sekarang musim memancing ikan cencaru. Umpan yang digunakan ialah umpan matakail apollo berangkai yang di ikat dengan cebisan plastik agar menyerupai anak ikan.

Waktu yang sesuai untuk memancing ikan cencaru ialah pada waktu air laut pasang besar. Ini kerana pada masa ini, air laut akan naik dan menarik perhatian ikan cencaru untuk rapat ke pantai. Disamping itu, faktor cuaca yang baik dan tidak hujan menyebabkan ikan ikan yang laut lebih suka rapat ke pantai. Sekiranya hujan lebat, ikan laut akan lari ke tengah laut untuk mengelak air tawar yang mengalir disekitar pantai selepas hujan lebat.

Diantara kawasan yang boleh dicuba untuk memancing ikan cencaru dari kawasan pantai ialah jeti JPS di kawasan Hotel Hard Rock.

Selain ikan cencaru, anak ikan alu alu juga boleh dipancing dari tepi pantai.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus