aktiviti hujung minggu 22-23 Jun 2019
Alhamdulillah, perancangan untuk ke Kuala Kangsar pada 22 Jun 2019 dan balik kampung pada 23 Jun 2019 berjalan dengan baik. Beberapa aktiviti ziarah dapat dilaksanakan di Kuala Kangsar. Ziarah Kuala Kangsar Perancangan awal ialah untuk menziarah rakan di kuala kangsar seawal jam 9 pagi. Namun, perancangan tergendala sedikit. Kami hanya keluar dari rumah jam 9.30 pagi dari Pulau Pinang. Perjalanan kesama nemgambil masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit. Trafik lancar sepanjang perjalanan. Cuaca juga hanya redup redup tanpa hujan. Apabila kami sampai ke dataran kuala kangsar, pasar pagi sudah hampir tutup. Kebanyakan peniaga sudah mulai mengemas. Jadi, kami segera melalui pasar pagi untuk melihat barang yang masih boleh dibeli. Diantara barang yang dibeli ialah kerepek pisang yang baru dibuat, buah buahan untuk dijadikan buah tangan bila berkunjung ke rumah rakan. Saya juga sempat membeli beberapa batang anak pokok pisang tanduk. Setelah singgah di pasar pagi dataran kuala ka