balik kampung raya 2019
Alhamdulillah dapat balik kekampung hampir 7 hari lebih bersempena cuti hari raya AidilFitri 2019/1440H. Kesempatan cuti panjang digunakan untuk melakukan aktiviti aktiviti berkebun di kampung dan juga mengemas kawasan rumah.
Baiki kolam ikan
Alhamdulillah kolam ikan berjaya dibaiki. Dinding kolam yang bocor berjaya ditampung sepenuhnya. Proses membaiki memakan masa lebih kurang empat hari. Hari pertama, kolam simen ditakung air untuk mengesan kawasan yang masih bocor. Punca utama kebocoran dikenalpasti daripada satu lubang yang mempunyai bata yang sudah lama. Air kolam keluar dengan banyak melalui lubang bata tersebut. Lokasi kebocoran dapat disahkan dengan menggunakan tanah liat. Tanah liat diletakkan pada kawasan yang disyaki bocor. Jika kebocoran berhenti apabila lubang dipalam dengan tanah liat. Maka, kawasan tersebut perlu disimen semula.
Air kolam dikeringkan semula dan kerja menampal simen dilakukan sebanyak dua kali kerana kawasan yang bocor membentuk lubang didalam dinding simen. Simen perlu dibiarkan kering dengan baik selama dua hari sebelum air ditakung semula.
Mesin rumput
Kawasan halaman rumah sebahagiannya sudah di tebas beberapa minggu lalu. Ada sebahagian lagi yang belum ditebas. Jadi, rumput rumput yang panjang ditebas pada petang isnin dua hari sebelum hari raya. Keadaan laman lebih kemas selepas rumput di potong. Nampak lebih sesuai dengan suasana hari raya.
Pada hari raya kedua, tiada tetamu yang bertandang kerumah pada sesi pagi. Jadi, masa tersebut digunakan untuk menebas lagi rumput dikawasan belakang rumah pula. Keadaan belakang rumah menjadi lebih lapang dan lebih mudah dan selamat untuk mak mencari buah mempelam yang luruh pada awal pagi.
Buah buah mempelam
Alhamdulillah buah buah mempelam disekeliling rumah mulai masak dengan banyak. Terdapat pelbagai vareiti. Ada vareiti yang isi berwarna kuning susu dan mempunyai rasa lemak manis. Vareiti mangga epal pula terdapat dalam bentuk kulit berwarna hijau dan merah jambu. Kedua dua vareiti mangga epal sedap dimakan semasa sebelum masak.
Vareiti yang paling saya gemari ialah buah mempelam saiz tapak tangan. Saiznya kecil berbanding mempelam chokanan dan harumanis. Rasanya sangat manis. Buah mempelam yang luruh perlu dikutip awal awal pagi sebelum ayam ayam yang dibela memakan buah buah yang luruh. InsyaAllah akan cuba membiakkan vareiti vareiti yang unik ini.
Terdapat juga beberapa pohon mempelam harumanis. Namun, masih belum mula berbuah. Harap harap setahun dua lagi, pohon mempelam harumanis pula akan berbuah.
Memancing
Alhamdulillah aktiviti memancing berjaya dilaksanakan pada cuti kali ini. Sasaran kali ini ialah ikan dikawasan tasik. Aktiviti memancing dilakukan bersama sama anak anak saudara yang balik beraya ke kampung. Banyak ikan tilapia dan lampam yang berjaya dipancing. InsyaAllah lain kali saya akan kongsi cara memancing ikan tilapia dan lampam.

Ulasan
Catat Ulasan