perkembangan kebun kampung Oktober 2019

Alhamdulillah kebun perumahan dapat dikemas kini setelah hampir dua bulan tidak ada posting terbaru. Banyak gambar baru yang diambil dari kebun. Cuma tidak sempat hendak disiarkan dalam laman blog.

Kebun pisang

Kebun pisang sudah hampir 80% bersih dan kemas. Rumput rumput dan semak samun sudah di potong dan dicerahkan. Rumput di potong pendek menggunakan mesin rumput. Tiada penggunaan racun rumput digunakan di kawasan kebun. Setiap dua minggu, rumput perlu di potong untuk mengelakkan kebun menjadi semak. Tempoh memotong rumput mengambil masa sekitar sejam. Selepas rumput dipotong, saya akan lakukan kerja kerja lain di kebun seperti mengambil buah pisang yang masak dan memangkas perdu lama.

Pokok pokok pisang yang sakit sudah berkurangan berbanding masa yang dulu. Kawasan pokok pisang perlu dipastikan mempunyai pengairan yang baik dan memastikan tiada tempat air bertakung.


Ubi kayu

Beberapa batang ubi kayu di ambi dari rumah mak mentua dan ditanam di kawasan kebun pisang. Terdapat kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari sepanjang siang. Harap harap dalam tempoh tiga bulan lagi akan dapat menuai hasil ubi kayu.


Keladi

Keladi sayur yang ditanam dikawasan kebun pisang sudah matang dan mula berbunga. Saya mengambil ubi keladi sayur yang belum berbunga untuk dijadikan hidangan sayur keladi. Kemungkinan perlu mencari vareiti keladi lain untuk tujuan mendapatkan ubi keladi.

Projek sebelum hujung tahun 2019

InsyaAllah sebelum hujung tahun, saya akan cuba membersihkan kawasan kebun kelapa pula. Kebun kelapa sudah setahun lebih tidak dibersihkan. Ada potensi untuk ditanam dengan keladi dan ubi kayu. Disamping itu, kawasan paya berhampiran kebun kelapa boleh ditanam dengan ulam ulaman seperti daun kesum dan daun selom.

Ulasan

  1. rajinnya .. semoga semuanya memberi hasil yang bagus dan baik2 sekali

    BalasPadam
  2. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus