balik kampung 27-28 Jun 2015
Alhamdulillah dapat balik kampung untuk berbuka puasa di rumah lagi. Banyak aktiviti dikampung yang perlu dilakukan. Namun, kekangan tugas begitu banyak. Diantara aktiviti di kampung. Berbuka puasa di rumah tuk timah Alhamdulillah sempat sampai di susur keluar tol Alor Setar ketika azan maghrib. Sempat juga berbuka puasa di rumah tuk timah. Juadah berbuka puasa kali ini ialah kepah masak rempah bersama daun kaduk. Hidangan berbuka ini mengingatkan tentang rumah lama yang telah ditinggalkan dua tahun lalu. Disamping itu, air kelapa dan air jus buah buahan segar membantu mengekalkan kesegaran selepas berbuka sehingga selesai solat terawih. Membaiki kolam simen Kolam simen di rumah telah retak dan tidak boleh menampung air yang banyak. Jadi, kerja membancuh simen dan pasir untuk menampal kolam simen dilakukan. Kerja ini agak berat dan memerlukan tenaga yang banyak. Berpeluh peluh badan pada bulan puasa. Alhamdulillah, kerja membaiki berjaya diselasaikan sebelum waktu tengah hari.