Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

teringin nak upgrade camera

buat masa ini, masih pakai kamera kompak Olympus, kualitinya kurang memuaskan berbanding model sebelumnya, pendapat peribadi.. teringin nak pakai Digital SLR, setakat ini masih belum ada bajet, mudah mudahan dapat membeli nanti supaya lebih senang buat dokumentasi untuk blog
Imej

hari raya 2009 20 September 2009

Imej
hari raya tahun ni biasa sahaja, tak banyak aktiviti, berulang alik antara sungai baru dan mergong, hari raya kedua sakit perut seperti raya tahun tahun yang lepas, hari raya pertama, kami pergi ziarah kubur tok Langgar di Langgar, singgah di rumah Pak Ngah, Pak Cik dan Bang Long Din, - Tashien, isteri ku Aslinda tercinta, Mia, dan mak tersayang gembira di hari raya - beraya di rumah Pak Cik - beraya di rumah Pak Ngah - beraya di rumah, Ayah sedang sibuk layan saudara mara - main bunga api di rumah kak As dan bg Mie hari raya ke tiga, melawat tok teh, long hari raya ke empat, pergi ke laut, kononnya nak tangkap ikan banyak, tetapi hasilnya tak seberapa sangat, insyaAllah ada rezeki pergi lagi, sempat juga menziarah Tok Lang di sungai baru hilir, masa kami sampai, Mak Teh tengah suapkan makanan pada Tok Lang, semasa nak balik, Mak Teh bagi anak kacang kelisa dan pokok senduduk putih

balik kampung

Imej
balik kampung selama dua hari, 10-11 October, tapi tak sempat nak tolong ayah tabur benih di padang, mulanya nak bertolak balik jumaat malam, tapi sebab letih, tertunda ke pagi esok, bg tam balik dari KL tolong ayah tabur padi, tuk timah bagi pisang udang dan pisang toman, mak pesan keladi sayur, dapat juga mak buat keladi sayur untuk makan tengah hari Keladi sayur yang sedap dibuat masak sayur pisang udang, lain daripada yang lain Subhanallah warnanya hitam kemerahan, dari jauh susah nak tahu masak atau tidak