Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

30 minit sehari untuk berkebun

Alhamdulillah, untuk menjayakan misi berkebun dan lebih banyak sayur dapat dihasilkan, inisiatif meluangkan sedikit masa awal pagi untuk berkebun akan dilakukan. Masa sebanyak 30 minit sehari akan digunakan terutama selepas aktiviti riadah awal pagi. Masa terluang untuk menyejukkan badan digunakan untuk mengurus tanaman, mengubah anak benih, menambah baja, menyediakan kompos dan aktiviti aktiviti lain berkebun. Itu sahajalah masa yang ada dengan segala jadual tugas yang ada, insyaAllah usaha yang sedikit secara konsisten akan menghasilkan kepuasan dalam aktiviti berkebun. Selain itu, disiplin juga harus ditekankan didalam memastikan aspek kekemasan kebun. Ini bertujuan memastikan keadaan sentiada kemas dan cantik dipandang. Aktiviti aktiviti rutin seperti menyiram akan cuba dibuat automasi dengan menggunakan pam yang dipasang "timer". Alat alat tambahan seperti "sprinkler" akan dibeli.

kemas kebun perumahan, 25 Jan 2015

Imej
Alhamdulillah, hujung minggu lepas dapat juga melakukan sedikit projek mengemas kebun perumahan. Walaupun masih banyak perkara yang perlu dilakukan, namun sedikit sebanyak kebun perumahan ada perubahan. 1. Pokok tin Pokok tin masih belum berbuah, sebaliknya banyak pucuk baru yang keluar. Akan cuba letakkan baja dan nutrient untuk menggalakkan pokok tin berbuah. 2. Daun belalai gajah Daun belalai gajah di pangkas supaya nampak lebih kemas. InsyaAllah akan menyemai keratan yang dipangkas. 3. Tomato ceri Beberapa anak benih tomato ceri dipindahkan ke bekas pasu panjang yang kosong dihadapan rumah. Ini juga bertujuan mengelakkan kucing menjadikan bekas pasu kosong sebagai tandas. Kotak polisterin kosong diisi dengan tanah dan diisi dengan beberapa anak benih tomato ceri. 4. Terung Anak benih terung dipindahkan ke dalam bekas pasu yang kosong. 5. Ulam raja anak benih ulam raja yang tercabut semasa mencabut rumput rampai di pindahkan ke bekas pasu pangjang yang masih ko

perkembangan kebun perumahan, 23 Jan 15

Imej
Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan 1. Tomato ceri Alhamdulillah tomato ceri mula lekat buah. Namun, terdapat serangga pula yang menyerang bahagian akar pokok. Akan cuba kawal dengan cara manual dan pindah pokok tomato ceri ke pasu yang lebih besar. 2. Petola bantal Tuaian petola bantal ke 4 di laman depan rumah. Tuaian dibuat ditengah malam selepas balik dari kerja. 3. Terung Kemungkinan tuaian kali ini adalah tuaian terakhir. Pokok terung sudah nampak kurang sihat. Buah yang tinggal akan dibiarkan masak dan dijadikan stok benih. Akan cuba tambah tanam pokok terung yang baru

anak anak belalang kunyit

Imej
Belalang kunyit sudah menjadi sebahagian daripada serangga tetap di kebun perumahan. Malah semakin membiak. Habis daun daun sayur dan daun ulam di makan oleh belalang kunyit. Kehadiran belalang banyak terdapat apabila musim hujan. Belalang yang bersaiz kecil tidak ditangkap, manakala yang bersaiz sederhana ditangkap dan dijadikan makanan ikan kaloi.

balik kampung 18 Jan 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas. Cuaca sudah masuk fasa angin timur, hujan sudah beberapa hari tidak turun dan langit sangat cerah. Diantara aktiviti minggu lepas: 1. Pancing haruan Alhamdulillah dapat memancing ikan haruan di kampung. Walaupun kecil, dapat juga dijadikan masakan pindang. 2. Nyior, pisang dan putat Buah nyior dibelakang rumah diambil sebelum inya diambil oleh pencuri. Pisang dibelakang rumah juga dapat diambil beberapa tandan. Begitu juga dengan jantung pisang yang dijadikan ulam dan kerabu. Terdapat juga pucuk putat yang dapat diambil untuk dijadikan ulam. InsyaAllah akan cuba pindahkan anak pokok putat ke dalam pasu untuk dibawa balik ke Pulau Pinang. 3. Petola bantal Buah petola bantal banyak yang bergantung di atas ranting pokok mati. Buah buah yang kering menjadi sasaran tupai yang memakan biji benih buah petola. Mungkin kekurangan makanan di waktu timur memaksa tupai tupai memakan biji benih petola. Beberapa biji peto

cara meyimpan ulaman untuk lebih tahan lama

Alhamdulillah, baru baru ini ulaman daun selasih thai dan daun bebuas untuk dijadikan ulaman hidangan makan tengah hari. Diantara kesukaran menyimpan ulaman ialah ulaman cepat layu. Ulam daun bebuas pula cepat rosak jika terkena bahang matahari. Diantara cadangan yang boleh dilakukan. 1. Tuai ulaman awal pagi 2. Masukkan cepat kedalam bekas plastik lutsinar 3. Simpan di tempat yang teduh dan jauh daripada bahang InsyaAllah dengan cara ini ulaman dapat disimpan dan kekal segar selama beberapa hari walaupun tidak disimpan didalam peti sejuk.

musim memancing ikan darat sudah tiba

Imej
Alhamdulillah cuaca sekarang menuju kearah musim timur. Hujan akan berkurangan dan padi mulai masak. Ikan ikan didalam bendang akan mula mencari jalan untuk masuk ke tali air dan sungai untuk mengelakkan daripada bendang yang semakin kering. InsyaAllah akan cuba memancing ikan darat seperti ikan puyu, haruan dan keli. Boleh menggunakan joran teleskopik beserta umpan cengkerik untuk memancing ikan darat. Disamping itu, kebun di kampung juga akan cuba diuruskan kembali kerana banyak anak benih sayuran yang menanti untuk ditanam dan membesar.

perkembangan kebun perumahan 13 Jan 2015

Alhamdulillah dapat mengemas sedikit kebun perumahan. Diantara perkembangan terbaru Tomato ceri Pokok tomato ceri sudah mula berbunga. Harap harap bunga akan lekat. Pokok tomato agak tahan lasak dan boleh dipindahkan dari tempat cambahan ke pasu yang lebih besar tanpa banyak masalah. Petola bantal Semakin banyak buah petola bantal terhasil dari pokok depan rumah. InsyaAllah akan cuba sedekahkan kepada jiran jiran. Namun, buah petola bantal harus disediakan cepat untuk mengelakkan buah daripada menjadi berserat. Buah petola bantal yang lama juga dituai dan percubaan menanam daripada biji benih sedang diusahakan. Jika bercambah, benih bolehlah di kongsi atau dijual kepada rakan rakan yang berminat. Pokok tin Pokok tin belum lagi menunjukkan tanda tanda hendak berbuah. Sebaliknya, semakin banyak cabang yang terhasil. Mungkin pokok tin memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. InsyaAllah akan ditambah baja untuk menggalakkan penghasilan buah. Ulam ulaman Pada masa ini, ulam dau

tuaian awal januari 2015

Imej
Alhamdulillah dapat menuai sedikit hasil dari kebun perumahan. Pokok petola bantal terus mengeluarkan hasil. Kali ini buat sedikit tua dan mula berserat.