Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Ikan lumek penang

Imej
Ikan lumek atau bombay duck popular di sabah dan sarawak. Ikan ini biasanya dijual secara kering seperti di pangkor. Mengikut maklumat internet ikan ini adalah ikan laut dalam yang datang bermusim ke muara ketika musim hujan untuk membiak dan mencari makan. Ikan ini pelik kerana berbadan lembik dan kelihatan hodoh. Minggu lepas sempat melihat ikan ini yang baru ditangkap. Dijual pada harga tiga ringgit sekilo. Kami beli tiga ekor bersama beberapa ekor ikan kembong. Alhamdulillah dapat buat kenduri kecil antara kami berdua. Cubaan untuk masak ikan lumek secara goreng tepung kurang berjaya jika digoreng seekor seekor. Rasanya lebih sesuai dipotong menjadi ketul ketul dan dibuat cucur.

Musim baru menanam padi di kampung

Imej
Alhamdulillah kerja menanam padi peringkat awal sudah selesai di kawasan kampung. Seperti kebiasaan ayah akan mengupah orang untuk menabur padi benih. Padi benih perlu direndam dahulu untuk semalaman. Selepas itu padi benih akan diangkat dari kolam rendaman dan dibiarkan supaya bercambah. Kampit padi benih akan menjadi suam akibat haba dari proses percambahan dan berbau masam. Padi benih yang mula bernas akan dibawa ke petak sawah menggunakan motosikal. Di sawah, alat penabur benih padi akab digunakan. Timba dan kampit padi benih juga boleh diguna untuk menabur padi secara manual. Dalam masa sebulan dari sekarang padi akan ditabur baja dan air didalam petak sawah perlu dijaga. Semoga kurang serangan penyakit dan lebih hasil kali ini insyaAllah

Projek labu kampung

Imej
Alhamdulillah balik kampung minggu lepas sempat juga melawat kebun di kampung. Antara tugasan kali ini ialah membantu ayah menyiapkan parit. Tanah diambil dari tepi sungai untuk di tambun di tepi parit yang dibina dari simen. Kawasan lapang yang terang ditepi sungai rasanya sangat sesuai untuk tanaman labu, timun dan ubi kayu. Biji benih labu pun masih belum digunakan. Beberapa varieti ada dalam simpanan. InsyaAllah akan menyemai beberapa benih. Kangkung yang tumbuh liar didalam sungai mungkin boleh dijadikan bahan sungkupan. Rasanya mungkin perlu mencari sedikit tanah pasu bagi membolehkan tanaman membesar dengan baik. Terdapat juga terung pipit dan cabai yang tumbuh sendiri di sekitar tepi sungai.

Musim mempelam di kampung

Imej
Alhamdulillah sempat balik kampung minggu lepas. Sekarang musim mempelam. Banyak jenis mempelam yang ditanam termasuk varieti komersial. Dulu dulu ayah banyak menanam banyak varieti mempelam. Ada yang sedap di buat cicah garam belacan seperti mempelam epal. Ada yang berisi warna putih. Baka baka ini ayah ambil dari siam semasa ayah kerja memborong buah dari siam. Antara varieti umum di kampung  ialah mempelam pauh telur. Pokok paling tua menjangkau umur 40 tahun. Semasa kecil dahulu buah selalu dikutip awal pagi. Zaman kanak kanak dahulu kulit dan isi mempelam di makan begitu sahaja. Pokok mempelam yang paling baik ialah sebatang pokok di depan rumah. Buahnya sangat manis dan beraroma seperti vanilla. InsyaAllah akan post lagi berkaitan buah mempelam di kampung.

Semaian baru sayur roket arugula

Alhamdulillah dapat menyemai sayur roket arugula. Kalau mengikut deskripsi sayur ini mempunyai rasa pedas. InsyaAllah akan cuba pastikan sayur ini membesar dengan baik. Sayur ini boleh dikira sayur yang global diguna di banyak negara. Benih didapati dari blog jualjualbenih

Projek homestay kampung

Alhamdulillah ahad lepas sempat meninjau kebun kampung, dan berbincang projek yang boleh dilaksanakan di kampung. Antara cadangan ialah projek homestay di kampung. Rumah homestay akan di bina dengan senibina rumah kampung. Antara tarikan ialah sawah padi, jalan jalan kampung menggunakan basikal, memancing di bendang dan lain lain aktiviti kampung yang menarik. Turut di bincang tentang projek salasilah keluarga yang memang menarik untuk disiapkan. Pelbagai cerita keluarga yang menarik untuk di kongsi bersama ahli keluarga. Semoga projek projek ini dapat berjalan dan diselesaikan.

Tempat terbaik beli pasu, pasaraya atau kedai nurseri

Setelah meninjau beberapa pasaraya dan kedai nurseri, barang barang seperti pasu lebih baik di beli di kedai nurseri bunga berbanding pasaraya. Harga di pasaraya hampir sekali ganda lebih mahal atau lebih. Sebagai contoh, pasu panjang di jual pada harga RM 28 berbanding harga di nurseri cuma RM 15. 

Gambar kemusnahan semaian oleh arnab

Imej
Antara semaian yang rosak dikerjakan arnab tanpa rasa bersalah. Sebab arnab tak boleh buka sendiri selak kunci sangkar. Memang sudah tabiat arnab, jadi jangan biarkan arnab peliharaan terlepas.

arnab kerjakan kebun

Alhamdulillah dapat balik ke rumah setelah hampir sejam  setengah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Namun, terkejut apabila melihat sangkar arnab terbuka. Arnab entah ke mana. Antara kerosakan yang arnab telah lakukan ialah. 1. semaian terung. daripada 50 bekas tinggal satu sahaja 2. semaian bunga tongkeng, habis dimakan sekali dengan batang 3. pokok tin, batang habis dirobek 4. kailan, habis tinggal batang 5. kohlrabi, habis diratah 6. anak pokok markisa, tinggal tunggul Memang kecewa juga melihat kerosakan, namun sejauh mana nak kecewa, banyak kerja lain nak kena buat. Arnab arnab ini mungkin akan dipindah ke tempat lain atau disembelih sahaja.

Anak ikan keli

Minggu lepas beberapa ekor anak ikan keli muncul didalam sistem penapisan. Ini menunjukkkan ikan keli dalam kolam simen berjaya membiak walaupun dibela dalam tempat sejuk dan agak sesak. Namun, setelah beberapa hari anak ikan keli sudah hilang. Kemungkinan anak ikan ini melompat ke kolam utama. Peluang untuk hidup sangat tipis kerana kolam utama banyak ikan besar dan tiada tempat berlindung. InsyaAllah akan cuba menyediakan kolam sesuai membiak ikan keli secara semula jadi

Tuaian sawi menang tunggal

Imej
Alhamdulillah dapat menuai satu sawi menang. Sawi menang ini dikerat agar masih ada bahagian batang yg keras. Sawi menang ini tidak disimpan di dalam peti sejuk, sebaliknya batang sawi direndam didalam mug. Pemerhatian selepas empat hari sawi masih segar. Mungkin teknik ini boleh diguna untuk menyimpan sawi yang sedia dituai di dalam rumah. Disamping mengelak kerugian apabila sawi sedia tuai rosak akibat faktor cuaca seperti ketiadaan hujan.

semaian kailan OP berjaya

Alhamdulillah, berjaya mendapat percambahan yang baik kailan OP dari tanamsendiri, semaian benih yang lain sebelum ini kurang berjaya, semaian dilakukan didalam bekas sawi menang yang gagal dituai akibat sawi layu kekeringan akibat tidak disiram. Cara semaian dibuat, 1. Ratakan tanah didalam pasu. 2. tabur biji benih ( guna setengah paket sahaja ) 3. letak tanah gembur diatas pada kedalaman 1 inci. 4. siram setiap pagi sehingga biji benih bercambah. 5. jika jarang ada masa menyiram, letak pasu ditempat yang teduh, jauh daripada cahaya matahari untuk mengelakkan anak benih mati kekeringan. ( pemerhatian menunjukkan cambahan tahan sinaran matahari yang terik jika air mencukupi) Gambar akan dimasukkan kemudian insyaAllah.

Benih bunga tongkeng dari jualjualbenih

Alhamdulillah benih keratan bunga tongkeng dari blog jualjualbenih sudah pun sampai. Keratan sudahpun mula berakar apabila sampai di rumah. Selain itu beberapa benih sayur lain juga dipesan.

Cambahan anak terung

Imej
Alhamdulillah benih terung dari buah terung yang masak bercambah dengan baik. Benih terung sebenarnya jatuh ke tanah sebab tak sempat hendak dikutip. Sangkaan awal benih benih tidak akan bercambah dengan cepat. Mungkin disebabkan terkena hujan,benih terung bercambah. Terpaksalah mengurus anak anak terung untuk dipindah kedalam bekas yang sesuai. Created by PhotoGrid. https://market.android.com/details?id=com.roidapp.photogrid

Tuaian minggu ini

Imej
Alhamdulillah dapat menuai terung dan sawi minggu ini. Sawi yang ditanam di kawasan teduh sedikit lambat membesar dan ramping ramping sahaja. Cukuplah untuk dibuat sayur makan dua orang.