Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

musim durian Wang Tepus 2019

Alhamdulillah tahun ini dapat merasa musim durian yang baik di kebun abang yang terletak di kawasan Wang Tepus, Kedah. Sudah lama tidak masuk ke kebun durian. Kali terakhir hampir kira kira lapan tahun yang lepas bersama mak, ayah, isteri dan arwah kak Chak. Masih lagi teringat kenangan sama sama mencari buah buahan didalam dusun dan berehat di pondok. Durian, rambutan dan buah buah kayu Pokok pokok durian yang satu ketika dahulu hanya setinggi 2 meter sudah menjadi sangat tinggi. Musim buah buahan kali ini sangat menjadi. Buah buah seperti durian, dokong, cempedak, petai, rambutan dan pulasan sangat banyak. Kawasan dusun terdiri daripada sedikit kawasan lapang dan kawasan berbukit. Kawasan lapang ditanam dengan pokok durian, dokong, cempedak dan rambutan. Kawasan paling atas ditanam dengan pokok pokok petai. Terdapat pelbagai vareiti durian yang ditanam di dusun termasuk udang merah dan musang king. Tahun ini durian musang king masih belum menjadi. Menurut Bang Lazim yang menjaga