Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel masjid zahir

pokok putat masjid zahir

Imej
ketika bulan ramadhan yang lepas, sempat juga beriktikaf di masjid zahir. Kedudukan masjid zahir ditepi sungai kedah sesuai dengan sejarah pengangkutan pada masa dahulu. Kini sungai kedah mengalir lesu kerana kawalan pintu air yang menyekat pergerakan air. Jika mengikut cerita ayah, dahulu sungai kedah mengalir dengan lebih laju terutama ketika air laut pasang penuh. Dikawasan tepi sungai masih lagi banyak pokok pokok liar yang tumbuh. Diantaranya ialah pokok putat. Daun putat boleh dibuat ulam. Diseberang sungai kedah terdapat semak samun yang  menjadi tempat burung burung liar bersembunyi. Harap harap kawasan tebing sungai kedah dibiarkan dengan pokok pokok besar dan hijau.