Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

perkembangan kebun perumahan Bela Ikan Hibrid Lampam Kerai

Alhamdulillah, kebun perumahan dapat dipulihkan sedikit untuk tujuan membela ikan. Nostalgia membela ikan di taman perumahan selama lebih kurang lima tahun. Ikan kaloi dan ikan keli yang dibela dari kecil sehingga menjadi besar. Sayang sekali kesemua ikan tersebut mati atas sebab yang tidak pasti. Didalam kolam hanya tinggal ikan patin yang masih bertahan. Terkejut juga masih terdapat ikan patin didalam kolam kerana saya menyangka kesemua ikan sudah mati. Kini, saya cuba memulakan kembali projek membela ikan didalam kolam. Sebagai permulaan, saya cuba untuk membela ikan hibrid Kerai Lampam. Mengikut info yang saya baca, ikan lampam kerai lebih cepat membesar berbanding ikan kerai. Harga ikan kerai lebih mahal sekitar rm15-30 seekor. Ikan dibeli melalui tempahan online. Benih ikan dihantar dari Selangor ke Pulau Pinang menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Saya terpaksa bersengkang mata untuk menunggu bas ekspress yang tiba pada jam 4 pagi. Ikan dibungkus didalam plastik tebal se