Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel panggang

8 jam di kampung, 30 September 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Masa di kampung tidak lama dari waktu tengah hari sehingga waktu Isya' sahaja. Namun, kesempatan ini digunakan sebaiknya. Kali ini, perjalanan balik ke Alor Setar melalui jalan lama iaitu dari Sungai Petani, seterusnya melalui Merbok dan Yan sebelum sampai ke Alor Setar. Mata air di Singkir Laut Perjalanan dari Merbok ke Yan akan melalui kawasan tepi laut yang berbukit. Terdapat lokasi mata air yang bersih. Pengunjung boleh berhenti untuk mengambil air dari mata air. Pengamatan saya mendapati tempat yang disediakan cukup baik. Cuma, pengunjung pengunjung harus menjaga kebersihan tempat ini untuk mengelakkan sumber air tercemar. Gulai Ikan Alor Pear Perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar melalui daerah Yan mengambil masa yang panjang. Kami bertolak sekitar jam 9.30 pagi. Jadi, apabila sampai di Alor Setar sudah hampir waktu tengah hari. Juadah makan tengah hari dibeli dari kedai nasi campur berhampiran Alor Pear. Keda...

balik kampung: panggang ikan guna sabut

Imej
Alhamdulillah balik kampung pada minggu lepas bersempena hari raya cina. Melawat mak cik Mah di Pendang. Mak Tam dan Pak Tam balik cuti dengan saudara dari Johor satu bas ke Langkawi. Begitu juga dengan kak Chak, Bang Chak dan Haikal yang balik bercuti. Aktiviti yang sempat dibuat ialah panggang ikan. Stok ikan diambil dari kuala perlis. Ikan yang dipilih kali ini ialah ikan siakap. Disebabkan pemanggang kecil. Maka terpaksa dipotong dua ikan. Daun pisang dari lebihan daun membalut lopis digunakan untuk mengelakkan ikan rentung. ikan yang dipanggang menggunakan sabut mempunyai aroma yang tersendiri. Ikan dipanggang menggunakan sabut kelapa kering.  Petua memanggang menggunakan sabut kelapa: 1. himpun sabut kelapa membentuk unggun. Kemudian nyalakan sabut kelapa dengan kertas surat khabar. 2. Apabila api sudah tiada dan tinggal bara, maka bolehlah diletakkan ikan. 3. Tambah sabut dari masa ke semasa sehingga ikan masak. Keadaan kampung di belakang. Ayah dengan ...