Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

buah nam nam

Imej
buah nam nam mempunyai rasa masam manis. Buah boleh dipetik semasa masih keras dan dibiarkan masak. Buah mempunyai rasa masam manis. Kalau ada kuah rojak memang kena dengan buah ini. buah nam nam, sedap dimakan bersama kuah rojak Di Pulau Pinang, buah ini boleh diperolehi di Balik Pulau. Tanaman diusahakan secara kecil kecilan.  Ayah tanam pokok ini bertahun tahun sebelum ianya mula mengeluarkan buah. Pokok ini tahan banjir yang selalu terjadi di kampung.

anak ikan keli dalam sistem penapis

Imej
anak ikan keli sekecil dua inci dijumpai dalam bekas sebelah kiri sistem penapis semalam semasa memerhati ikan ikan keli didalam kolam, ternampak seekor anak ikan keli didalam sistem penapis. Agak terkejut kerana sudah lama tidak membeli anak ikan keli. Tak pasti bagaimana ada anak ikan keli didalam sistem penapis. Kali terakhir membeli anak ikan keli ialah tiga bulan lalu. Saiz pun sudah menjangkau sejengkal. Sedangkan anak ikan keli didalam sistem penapis baru dua inci sahaja. Jangkaannya ialah ikan ikan keli yang matang didalam kolam simen berjaya menghasilkan ditelur dan disenyawakan. Kemudian anak ikan keli yang berjaya menetas telah disedut sistem pam ke dalam sistem penapisan. InsyaAllah akan membeli sedikit cacing halus untuk menjadi makanan anak ikan keli tunggal ini.

bunga telang tepi laut

Imej
kebetulan ada program di padang kota, di sebelah gerai gerai yang menjual makanan laut terdapat titi ke kawasan terbuka. bunga telang yang tumbuh ditepi laut bunga telang yang mekar ( ada kota rokok yang dibuang  di belakang ) Disana terdapat pokok bunga telang yang liar tumbuh subur. Jika ada yang melawat mungkin boleh mengutip bunga telang disana. 

kohlrabi mula berisi

Imej
kohlrabi mula berisi dan sedikit gemuk, cuma sayang tak dapat letakkan diluar lagi untuk mendapat cahaya matahari yang sepenuhnya. Ini untuk mengelakkan kohlrabi kekeringan jika tidak ada hujan diluar sana. Tak sempat menguruskan sesi siram pokok kerana kesibukan tugas. umbisi kohlrabi semakin berisi

bunga lobak putih

Imej
lobak putih yang ditanam sudahpun mula berbunga. Umbisi tidak dapat dituai kerana sudah keras. InsyaAllah akan tanam lobak putih didalam bekas bulat pula. Satu bonus jika bunga ini menjadi biji benih :)

benih baru bendi emas tersedia

Imej
bendi emas yang ditanam dahulu disimpan beberapa buah untuk tujuan dijadikan benih. menarik penanaman bendi ini kerana tidak begitu tinggi dan sesuai ditanam dalam pasu. Saat awal penanaman kritikal untuk pertumbuhan pokok bendi. Jika tidak pokok akan terbantut dan kecil. Tips: 1. semai di tempat teduh sebiji satu lubang. 2. apabila sudah semakin membesar, letakkan ditempat terang dan banyakkan baja. Boleh cuba baja organik :) pod mengandungi benih bendi semakin kering dan merekah dua pod disimpan untuk dijadikan benih

pod benih kangkung

Imej
Alhamdulillah, kangkung yang ditanam menghasilkan benih. Benih akan kering ditangkal, pokok, kemudian patah dan jatuh ke tanah. benih kankung yang dikutip dan sedia disemai semula. benih yang tumbuh apabila mendapat tanah. Seeloknya, pod benih kangkung dipecahkan. Jika tidak jadi seperti benih sebelah kanan Benih kangkung lasak dan cepat bercambah.

tuaian minggu lepas

Imej
Alhamdulillah minggu lepas berjaya menuai beberapa sayuran untuk dijadikan makan tengah hari. cili, remayung, kailan dan sawi Sayur sayur ini ditukar menjadi sayur ikan masin lumek bersama cendawan tiram yang dibeli.

terung bulat kecil

Imej
baru balik dari Pendang kenduri Mak Cik di sana. Hanya balik jumpa mak dan ayah disana sahaja. Tak sempat balik kampung. bunga terung berwarna ungu buah saiz bola pingpong gambaran pokok, buah dan bunga Sempat merakam gambar terung saiz bola pingpong. Pokok ditanam ditepi tali air. Pokok terung ini kelihatan sudah tahan cuaca yang panas terik di musim yang mulai timur ini. Mungkin sedap dibuat ulam. Pokok terung pendek yang ditanam dirumah masih kecil. Harap akan mengeluarkan hasil.

tanah kosong tepi sungai

kebetulan sungai di tanah kampung baru sahaja di perdalamkan dengan jentera pengorek oleh pihak Mada. Tanah selut dari dasar sungai dilonggok dan diratakan disepanjang tebing sungai. Penduduk kampung memang tidak menanam tanaman kekal ditebing sungai kerana tahu kerja mengorek sungai dilakukan secara berkala. kebiasaannya ditanam dengan tanaman tidak kekal seperti pisang dan ubi kayu. Dalam perancangan, kemungkinan akan menanam ubi kayu sahaja sebab sudah banyak pisang yang ditanam. Penjagaan pun kurang diperlukan. Jadi lebih sesuai dengan masa yang ada dan fokus kepada tanaman padi.

benih kangkung

sayur kangkung yang ditanam dulu sudah menghasilkan buah yang matang. Secera semula jadi, buah kering dan tunduk ketanah. Buah muda berwarna hijau. Setiap buah ada 3 anak benih. Bila terkena hujan, anak benih mula bercambah dan mencari tanah. InsyaAllah akan memulakan penanaman baru kangkung. tanah akan diperkayakan balik dengan baja sebelum penanaman seterusnya.

perkembangan kohlrabi

Imej
sayuran kohlrabi semakin membesar, cuma bahagian umbisi agak kecil

pokok ulam bebuas

Imej
pokok ulam bebuas sangat sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal. InsyaAllah akan cuba dipindahkan anak anak pokok. Pokok ini biasa tumbuh pada ketinggian satu hingga dua meter, semakin dipangkas semakin banyak pucuk yang tumbuh. bunga pokok bebuas Anak pokok yang sebelum ini dipindah, entah hilang kemana. 

projek cendawan telinga kera

Imej
setelah melihat satu dokumentari tentang cendawan telinga kera yang dihasilkan menggunakan batang kayu di taiwan. Terpanggil untuk mencari cendawan telinga kera yang hidup diatas tunggul kayu. Sedang dalam usaha mengumpulkan kayu pohon mempelam yang mempunya benih cendawan telinga kera. 

sepat dalam kolam kampung

3 kolam dihadapan rumah dikampung berpotensi untuk diternak ikan sepat. InsyaAllah kolam akan dipertingkatkan kandungan nutrien dahulu. Tepi tebing perlu semak sedikit supaya ikan sepat dapat membuat sarang. InsyaAllah akan cuba dapatkan hasil sebelum bulan April 2013. Mungkin cucu cucu tok lebih seronok untuk memancing nanti bila mereka balik kampung.

kacang kelisa mula berbuah

Imej
Alhamdulillah, kacang kelisa dikampung sudah berbuah setelah hampir 7 bulan proses menanam. Antara tips penanaman kacang kelisa yang boleh dikongsi: 1. tanam satu lubang sebiji sahaja, atau pisahkan pokok. Moga cepat mendapat tuaian kacang kelisa. bunga kacang kelisa yang berjaya menjadi buah alhamdulillah, pokok semakin segar kacang kelisa yang semakin membesar