Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ciku

tuaian dari kampung, awal januari 2017

Imej
Alhamdulillah sedikit hasil dari kebun kampung. Ada yang dibawa balik ke Pulau Pinang. Diantaranya ciku, pisang dan juga telur itik. Tuaian kacang bendi dan terung telunjuk dari pokok. Puas hati walaupun sedikit kerana hasil usaha sendiri. Ulam putat diambil dari bahagian belakang kebun. Terdapat juga pisang yang mulai masak di belakang kebun. Harap harap masih bertahan dan tidak dicuri orang. Mak cerita bagaimana tok nyang Kama dulu dulu suka buat cucur buah ciku. Tak pernah cuba lagi merasa cucur buah ciku. Buah ciku yang masak dipotong dan dicelup tepung sebelum goreng. InsyaAllah kalau ada masa boleh cuba. Terdapat juga petola bantal yang berbuah. Namun, sudah terlambat untuk dituai kerana buah sudah berserat. InsyaAllah akan tunggu hasil yang seterusnya.

balik kampung 13 Disember 2015

Alhamdulillah didalam penghujung tahun 2015 ini, masih berkesempatan untuk balik ke kampung. Kekangan kerja semakin berkurangan sedikit. Cuma seminggu dua sahaja lagi perlu fokus menyiapkan kerja kerja utama. Selepas itu, boleh mula bantu ayah di bendang dan kebun kampung. Minggu ini berkesempatan menjenguk kebun dan memancing sekejap di kampung. Keadaan hujung minggu hujan lebat pada sebelah malam. Petola ular Buah petola ular begi cepat menghasilkan buah. Pada minggu lepas, buah hanya sebesar jari telunjung, tetapi pada minggu ini sudah mencapai saiz sekaki dan sedia untuk dituai. Makhluk perosak juga menjadi ancaman kepada buah petola ular dengan menebuk buah yang masak. Bahagian bawah petola akan menjadi lembik dan rosak. Memancing Alhamdulillah dapat memancing lagi pada hari minggu ini. Nasib kali ini lebih baik dengan dua ekor ikan haruan berjaya dipancing. Harap harap dapat memancing dengan lebih meriah apabila musim menuai padi tiba nanti. Ciku Buah ciku juga sedang leb...