Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

balik kampung 27 September 2014

Imej
Alhamdulillah, dapat balik kampung lagi minggu ini. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan kerana jadual padat. Pokok timun sedang membesar, cuma tidaklah begitu menarik tumbesarannya. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan baja pada peringkat awal pertumbuhan. Minggu depan, akan cuti hari raya aidil adha. InsyaAllah akan digunakan sebaiknya untuk aktiviti kebunkampung. Diantara perancangan hujung minggu ini. 1. Siapkan bekas kompos Bekas tangki air lama akan dijadikan sebagai tempat untuk kompos di kampung. 2. Buat tempat menanam labu Beberapa tempat menanam labu sudah dikenal pasti. Sebanyak mungkin labu akan disemai dan harap harap ada yang akan membesar dan berbuah. 3. Pembajaan terung dan timun. Timun dan terung perlukan lebih banyak pembajaan. 4. Memancing Jika berkesempatan, waktu petang akan digunakan untuk memancing ikan didalam bendang. 5. Tanam daun kesum, pokok pandan dan bunga kantan. Kawasan berhampiran parit dan lembap sesuai untuk ditanam dengan

perkembangan kebun perumahan 25 September 2014

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan Diantara perkembangan Tuai terung Terung dikutip dahulu, insyaAllah akan digunakan dalam masakan kemudian Limau purut Dimusim hujan ini, banyak pucuk baru limau purut disamping buah limau purut. Semaian Semaian markisa, kacang kelisa dan kailan dibuat. InsyaAllah akan menambah lagi semaian sayuran jenis daun untuk mengambil kesempatan musim hujan sekarang. Anak anak semaian labu terpaksa menunggu seminggu lagi untuk dipindahkan ke kebun kampung kerana minggu ini jadual padat.

perkembangan kebun perumahan 22 September 2014

Imej
Alhamdulillah, hujan yang konsisten sepanjang hujung minggu menjadikan tugasan mengurus kebun perumaha lebih mudah. Antara perkembangan Terung Empat biji terung sedia untuk dituai. InsyaAllah akan dijadikan ulam ataupun dijadikan bahan didalam dalca. Anak labu Anak pokok labu semakin membesar dan sedia untuk dipindahkan ke kawasan tanaman. Petola bantal Alhamdulillah, petola bantal banyak berbuah di atas tiang telefon. Buah perlu dituai cepat sebelum isinya menjadi berserat.

balik kampung 21 September 2014

Imej
Alhamdulillah, dapat balik kampung minggu lepas, Antara aktiviti minggu ini Peria Daun pokok peria habis diratah siput. Nampaknya, mungkin terpaksa menyemai lagi benih peria. Mungkin kali ini peria akan dibiarkan merimbun didalam bekas polibeg sebelum dipindahkan ke tapak semaian. Petola bantal Alhamdulillah petola bantal semaking membesar dan sudah memanjat ke atas pokok besar. InsyaAllah akan dapat merasa buah petola dalam sebulan dua lagi. Markisa Alhamdulillah, markisa sudah mengeluarkan buah buah. InsyaAllah akan cuba diberi baja supaya lebih banyak berbuah. Terung Terung sarawak sudah mula lekat buah. Hanya sepokok terung sarawak yang hidup. Manakala terung terung varieti lain perlu dibaja supaya lebih banyak berbuah. Survey tempat untuk tanam labu Anak benih labu akan di semai dibeberapa tempat berpotensi. Harus dielakkan daripada ditanam dikawasan yang rendah dan selalu ditakung air. Memancing Waktu singkat sebelum balik semula ke Pulau

perancangan kebun kampung bulan oktober 2014

InsyaAllah jika ada rezeki dan umur yang panjang. Beberapa perancangan akan dijayakan untuk kebun kampung. 1. Tanam pokok pecah beling & kaduk Pokok pecah beling akan disemai dan dijadikan sebahagian rimbunan pagar belakang rumah. Disamping itu, daun kaduk juga akan cuba disemai lagi. InsyaAllah daun pecah beling boleh dijadikan jus dan diguna sebagai makanan tambahan ayam. 2. Tanam pokok bunga kantan Pokok bunga kantan banyak di rumah tuk timah. Tapi ruang perumahan yang sempit menyebabkan tidak banyak yang dapat ditanam. InsyaAllah benih pokok bunga kantan akan di ubah. Semasa di rumah tuk timah yang lama, pokok bunga kantan amat senang berbunga. Selalu mengutip hampir sepuluh bunga kantan. 3. Buat persediaan pameran tanaman InsyaAllah akan menyertai pameran tanaman yang menunjukkan teknologi ringkas penanaman di kawasan kebun perumahan dan bagaimana menggunakan ruang yang ada. 4. Semaian biji benih Beberapa biji benih akan dipilih untuk disemai. Kemungkinan beberapa

aktiviti kampung cuti hari Malaysia 2014

Imej
Alhamdulillah cuti hari Malaysia tahun ini dapat berjalan jalan ke Baling. Antara aktiviti yang dijalankan. Mandi air panas Ulu Legong Ramai pengunjung di air panas ulu legong, waktu yang terbaik untuk mengelakkan kesesakan ialah awal pagi sekitar jam 9 pagi. Matahari masih belum naik dan udara masih lagi sejuk. Jika boleh, sewa dahulu inap desa sekitar kawasan air panas. Dulu dulu kawasan air panas ini adalah kawasan sawah. Kawasan air panas ini sebenarnya tidak jauh dari sempadan siam. Singgah rumah tok yam Alhamdulillah singgah rumah tok yam untuk ziarah. Disamping itu, dapat melakukan aktiviti panjat pokok rambai dan mengutip buah dokong. ibu ayam di kampung tok yam mampu membela sehingga sepuluh ekor anak ayam. Mungkin banyak sumber makanan Di rumah tok yam juga ada pokok beka yang besar. Buah beka sedap dibuat ulam. Sebelum balik, kami dapat singgah di kenduri kahwin di Baling. Alhamdulillah dapat sampai dengan selamat ke Pulau Pinang. Terima kasih pada ka

tuaian hujung minggu 13 September 2014

Imej
Alhamdulillah, hujung minggu ini dapat lagi menuai terung. Dapat juga digunakan didalam masakan dalca dan nasi tomato. Selain itu, benih terung vareiti panjang juga sudah ada yang bercambah. Jadi benih benih dipindahkan ke dalam bekas semaian untuk membesar. Benih benih labu pula semakin membesar. Penyediaan tempat membesar labu perlu disegerakan. Tanah dikampung perlu dibaja dan digembur. Disamping itu, air juga perlu mencukupi. 

balik kampung 6 September 2014

Alhamdulillah, dapat balik ke kampung minggu lepas tengok mak dan ayah di kampung. Padi sudah diambil dan adalah sedikit masa mak dan ayah untuk berjalan jalan sementara menunggu musim penanaman padi yang baru. Masa begitu singkat kali ini di kampung. Tak sempat hendak menjenguk jauh di dalam kampung. Antara aktiviti kali ini. Perkembangan kebun kampung Terung varieti lonjong sedia untuk dituai, rasanya sudah terjadi kacukan benih benih terung yang disemai sebelum ini. Buah dibiarkan dahulu dipokok. Peria dan timun yang disemai minggu lepas nampaknya masih bertahan. Harap harap akan terus membesar. Haruan masak pindang Alhamdulilah mak masak haruan yang dipancing beberapa bulan lepas. Rupa rupanya haruan ini ada telur. Jadi bolehlah mencari lagi ikan haruan dan ikan darat yang lain kerana sekarang musim menuai padi. InsyaAllah akan balik kampung lagi dalam seminggu dua lagi untuk projek kebun kampung.

perkembangan semain labu, 8 Sep 2014

Imej
Alhamdulillah semaian benih labu kali ini berjaya. Benih labu dari vareiti kulit hijau disemai didalam kompos Freepeat. Selepas seminggu semaian, benih mulai bercambah. Cambahan tidak serentak. Ada yang bercambah selepas beberapa hari. Jadi pelbagai peringkat pertumbuhan dapat dirakam. Kini selepas hampir seminggu, daun sebenar labu sudah mula keluar. Jadi perlu di pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar. Jika perancangan menjadi, benih benih ini akan di bawa balik ke kampung. Dengan ruang yang besar, insyaAllah akan merasa hasil daripada labu pula.

buah perah dari kampung

Imej
Alhamdulillah buah perah dari kampung Cik Man di Baling. Tak pernah tengok rupa paras pokok buah perah. Sudah lama tidak merasa buah ini. Cara menyediakan buah ini untuk dimakan ialah dengan merebus dahulu buah ini. Kemudian keringkan air dan taburkan garam. Simpan di dalam peti sejuk selama beberapa hari sebelum dimakan.

tuaian petola bantal hujung minggu lepas, 30 Ogos 2014

Imej
Alhamdulillah petola bantal yang tergantung di wayar telefon di belakang rumah akhirnya berjaya di tuai. Memang menjadi cabaran untuk menuai buah petola bantal kerana kedudukannya yang tinggi. Disamping itu, kerengga pula sudah mula membuat sarat. Digagahi juga usaha untuk menuai petola ketika hari semakin panas. Cermin mata hitam terpaksa dipakai untuk mengelak sinar matahari. Akhirnya, Dua biji buah petola dituai. Saiz buah yang paling besar boleh mencecah 500g. Masih ada dua biji buah yang belum dipetik dan dibiarkan membesar lagi. Namun, sudah jadi rezeki orang, petola bantal yang belum dituai sudah diambil orang semasa balik ke kampung. Jadi diniatkan sedekah sahajalah. Masih ada lagi putik putik bunga yang insyaAllah akan menjadi buah buah petola yang baru. Dua biji buah petola dibawa balik ke kampung ke rumah tuk timah. Boleh nanti di buat petola masak air. Buah sesuai dituai selepas buah berhenti membesar. Ketika itu biji petola masih lembuh dan serat masih belum keras

balik kampung 31 Ogos 2014

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini setelah dua minggu tidak dapat balik ke kampung. Cuaca kebelakangan ini mendung dan hujan. Keadaan banjir berlaku beberapa hari di kampung sebelum surut pada hujung minggu. Antara aktiviti hujung minggu lepas di kampung 1. Tuai terung Terung dapat dituai beberapa biji kali ini. Ada empat vareiti terung di kampung. Tak sia sia pemindahan semaiaan dari kebun perumahan ke kebun kampung. 2. Tebang pokok pisang Pisang di belakang rumah pula banyak yang sedang masak. Jadi beberapa tandan pisang ditebang. Jantung pisang juga diambil dari pokok pisang untuk dibuat kerabu dan ulam. 3. Pindah semaian timun dan peria Alhamdulillah semaian timun dan peria berjaya dibawa balik ke kampung. Benih timun yang ditanam sebelum ini telah terbantut. Kemungkinan kerana kekurangan baja dan kondisi tanah yang tidak sesuai. 4. Petola bantal dan kundur Pokok petola bantal nampaknya berjaya hidup, kini sudah menjalar ke batang pokok yang mati.