balik kampung 2 Mei 2016
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas. Cuti hari buruh ini menyaksikan lebuh raya utara selatan penuh dengan kenderaan. Jadi, jalan biasa digunakan untuk balik ke Alor Setar selepas keluar daripada tol Sungai Petani Utara. Perjalanan diteruskan melalui Merbok, Singkir, Yan sebelum sampai ke Alor Setar. Sempat berhenti rehat di Yan untuk makan pasembor di Pasar Yan. Pagar ayam Aktiviti dikampung minggu ini tertumpu kepada menyiapkan tiang tiang pagar dibelakang rumah ayah untuk dijadikan kawasan membela ayam. Disamping itu, bumbung bangsal dibelakang rumah juga diganti untuk mengelakkan kayu yang disimpan menjadi basah. Bersih halaman rumah Disamping itu, kerja mengumpul daun daun pokok mempelam pauh yang luruh ketanah dihadapan rumah tok. Harap harap banyak hasil mempelam dari pokok yang berumur lebih 40 tahun ini. Tuaian minggu ini Alhamdulilah pada balik kali ini beberapa tuaian dapat dilakukan seperti buah mempelam, terung dan rebung. Buah b...