Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

perancangan bulan mei 2017 di kebun kampung

InsyaAllah pada bulan mei akan cuba melaksanakan beberapa projek kebun kampung Semaian sayur daun Sayur seperti kangkung dan bayam akan cuba disemai untuk kegunaan dikampung. Memandangkan musim hujan sekarang. Benih akan disemai terus diantara batas batas pokok bendi dan terung. Akuarium untuk ikan ikan yang dipancing Akurium baru untuk menempatkan ikan ikan air tawar yang dipancing. Ini bertujuan menjadikan ruang depan rumah lebih kemas. Akuarium perlu ditutup dengan kemas memandangkan banyak ikan haruan yang mati akibat melompat keluar dari tempat simpanan sediaada ketika tiada dirumah. Sistem pengairan Sistem pengairan automatik dirumah akan cuba disambung lagi supaya dapat menampung lebih banyak pasu semaian. Jadi, semua pasu yang berada diluar akan disiram. Pokok tin Pokok tin rasanya perlu dipindahkan kebahagian luar rumah untuk tumbesaran maksimum dengan mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Semaian benih benih lama Benih benih lama akan cuba disemai. Harap harap ad

pokok mulberi di kebun perumahan April 2017

Imej
Pokok mulberi yang ada di kebun perumahan masih lagi bertahan. Sebelum ini pertumbuhan terjejas kerana pasu diangkat sehingga menyebabkan akar utama pokok mulberi terputus. Kemudian, musim panas dengan cuaca kering melanda awal tahun 2017 menyebabkan pokok kekeringan. Nasib baik sistem pengairan automatik dapat dihalakan kepada pokok ,mulberi sebelum pokok menjadi tenat. Alhamdulillah kini pokok mulai stabil dan mula mengeluarkan buah kembali. Terdapat jiran jiran yang menanam pokok mulberi juga. Seronok bila melihat pokok mulberi mereka mengeluarkan buah yang banyak. Petuanya ialah mencantas ranting ranting mulberi supay lebih banyak sulur baru yang keluar. Pucuk muda mulberi boleh dijadikan sayur didalam sup. Dulu dulu semasa ikan kaloi masih ada, pucuk muda mulberi sering dijadikan makanan ikan kaloi.

memancing ikan sembilang, 15 April 2017

Imej
Alhamdulillah pada hujung minggu dapat meluangkan sedikit masa memancing bersama rakan di kawasan pantai Bersih, Butterworth. Kali ini, ikan sembilang menjadi sasaran untuk dipancing. Bagi memancing ikan sembilang, umpan perumpun pasir dicari. Waktu terbaik mencari perumpun pasir ialah ketika air bergerak pasang. Perumpun pasir banyak terdapat dikawasan pasir dengan ombak bersaiz kecil. Roti digunakan untuk mengumpan perumpun pasir keluar dari persembunyian didalam pasir. Kepantasan tangan diperlukan untuk memegang kepala perumpun pasir dan menariknya keluar dari pasir. Jika lambat, perumpun pasir akan masuk kedalam pasir semula. Ikan sembilang aktif mencari makanan ketika air laut bergerak pasang. Tempat yang sesuai memancing ikan ini ialah dikawasan berbatu kerana terdapat banyak sumber makanan bagi ikan sembilang seperti kerang dan cacing dikawasan berbatu. Aktiviti memancing dimulakan kira kira jam 12 tengah hari apabila air laut mulai pasang penuh. Ketika ini, batu batua

balik kampung 16 April 2017

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi minggu ini. Masa sangat suntuk dan hanya beberapa jam sahaja dapat diluangkan untuk aktiviti berkebun. Bendi dan terung Benih bendi sudah mulai bercambah setelah disemai minggu lepas. Manakala pokok pokok terung sudah mulai mengeluarkan buah. Masalah sekarang ialah serangan bena yang menyebabkan pokok terung menjadi terbantut dan bunga gugur akibat serangan bena. Cabai melaka Anak benih cabai melaka diubah daripada pasu semaian ke kawasan tanaman bendi dan terung. Anak benih cabai ditanam dipinggiran sahaja kerana kawasan petak kebun sudah dipenuhi oleh bendi dan terung. Jika pokok cabai tumbuh dengan baik, insyaAllah banyak hasil yang akan dapat dikutip nanti. Selain itu, pokok cabai burung akan cuba ditanam dikawasan yang lebih redup. Pokok cabai burung biasanya tumbuh meliar didalam kawasan hutan dibawah pokok pokok yang besar. Buah mempelam pauh Buah mempelam pauh sudah banyak yang luruh di depan rumah tok. Mempelam pauh y

balik kampung 9 April 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas. Beberapa aktiviti ringkas sempat dilakukan memandangkan hanya waktu petang yang dapat diluangkan pada hari ahad untuk menjenguk kebun di kampung. Kebun pisang Pisang mula mengeluarkan jantung pisang. Kerja mengambil pisang yang tertangguh berjaya dilaksanakan. Satu tandan pisang berangan berjaya dibawa balik. Sebahagian tandan diberi kepada Bang Lie yang mengambil upah menguruskan bendang ayah. Kebetulan bertemu semasa dalam perjalanan pulang dari kebun pisang. Terdapat satu lagi tandan pisang ditepi jalan yang sudah sesuai untuk diambil. Disebabkan kedudukan tandan pisang ini yang jelas kelihatan dari tepi jalan. Tandan pisang ini perlu di ambil cepat bagi mengelakkan kes kecurian. Kebiasaanya tandan pisang diambil apabila tinggal daun pisang terakhir sudah hampir layu. Namun, semasa meneliti tandan pisang yang hendak diambil, kelihatan susunan ranting ranting pada atas tandan pisang. Rupa rupanya terdapat sarang burung teku

musim hujan di kebun kampung, 2 April 2017

Alhamdulillah musim hujan sudah bermula di kawasan utara tanah air. Cuaca cerah diwaktu pagi dan beransur mendung menjelang petang. Hujan lebat mulai turun menjelas waktu asar. Parit parit dan bendang mulai penuh dan digenangi air. Keadaan ini menjadi petunjuk musim baru penanaman padi akan bermula. Bagi musim ini, ayah akan menyerahkan urusan bendang kepada jiran di kampung. Senang urusan kerana jiran mengusahakan bendang bersebelahan dengan bendang ayah. Waktu dan jarak tidak mengizinkan anak anak untuk menguruskan bendang. InsyaAllah rezeki daripada bendang dikongsi kongsi. Bendi Alhamdulillah bendi sudah mulai membesar. Namun, kesibukan tugas menyebabkan benih benih bendi tidak dapat dipindahkan ke kawasan lain yang boleh ditanam seperti di tepi sungai. Ada anak benih yang bercambah didalam buah bendi yang kering. Pisang Musim hujan petang menjadikan urusan mengambil pisang di kebun terpaksa ditangguhkan dulu. InsyaAllah jika ada rezeki minggu ini akan cuba menebang pokok pisang