Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Julai 2015

balik kampung 26 Julai 2015

Alhamdulillah dapat balik ke kampung. Hanya beberapa jam sahaja dapat digunakan untuk mengurus kebun di kampung. Masih banyak lagi urusan yang hendak dibuat. Diantara aktiviti di kampung yang dapat dibuat. Pindah tanaman terung Dua polibeg terung dari kebun perumahan dibawa pulang ke kampung. Pokok ditanam terus ke tanam bersama polibeg keranasudah banyak akar yang keluar dari polibeg. Semaian kacang panjang ular Alhamdulillah beberapa semaian kacang panjang ular bercambah. Semain dilakukan ditepi pagar supaya benih akan menjalar ke tepi pagar. Bersih parit belakang rumah Parit dibelakang rumah dibersihkan daripada batang kankung. InsyaAllah akan cuba diteruskan pembersihan pada minggu depan. Petola bantal Pokok petola bantal yang ditanam tahun lepas akhirnya sudah mati akibat pangkal mereput. Masih terdapat buah petola mudah yang terlalu tinggi untuk dituai. Benih benih petola bantal masih banyak. InsyaAllah akan cuba menyemai benih baru.

balik kampung 5 Julai 2015

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Masa sedikit suntuk kerana perlu membuat laporan kerja. Cuaca mendung dan hujan mulai turun. Kulat sisir mulai banyak keluar dari dahan mempelam yang mati. Dapat juga dikutip dalam segenggam. Namun, terlupa untuk dibawa balik ke Pulau Pinang. Minggu ini hajat untuk membantu ayah mengangkat baja ke bendang tidak kesampaian. Tanah juga sesuai untuk ditanam sekarang ini kerana masih lembap akibat hujan lebat. Namun, masa begitu suntuk sehingga tidak sempat hendak menyemai. Pucuk tenggek burung juga semakin tinggi, insyaAllah akan dipangkas supaya lebih banyak pucuk yang terhasil. InsyaAllah semua kerja kerja yang tertangguh  akan cuba lakukan pada minggu akan datang.