Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel memancing haruan

perkembangan kebun perumahan 23 April 2016

Alhamdulillah, sedikit masa hujung minggu dapat diluangkan untuk mengemas kawasan kebun perumahan. Disamping itu, aktiviti santai seperti memancing dapat juga dilaksanakan sebelum balik ke kampung. Bersih halaman rumah Halaman rumah yang semak samun dibersihkan. Pokok petola bantal yang menjalar ke pokok pokok yang lain dipangkas supaya nampak kemas. Anak benih bayam sudah mula bercambah sendiri selepas hujan beberapa hari  yang lalu. Ranting mulberi dipangkas dan disemai kembali. Rizom cekur dikumpulkan didalam satu bekas supaya dapat disemai lagi Anak benih kobis bulat Anak benih kobis bulat dipindahkan ke dalam pasu pasu panjang. Agak terlewat pemindahan beih kobis. Harap harap masih ada benih yang akan dapat membesar. Memancing Alhamdulillah dapat juga memancing sekejap ketika awal pagi. Seekor ikan haruan berjaya dipancing sebelum matahari semakin panas. Sungai sudah tidak sebersih dahulu lagi kerana dipenuhi sampah sarap seperti plastik yang dibuang kedalam sungai.

balik kampung 9 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu lepas. Jadual kelas masih seperti biasa bermula pagi sehingga petang. Cuaca sekarang sangat baik untuk aktiviti berkebun kerana hampir setiap hari hujan turun. Diantara aktiviti di kampung minggu lepas. Bersih kebun dan meracun petak sawah Kebun di kawasan kampung dipenuhi dengan semak samun dan rumput panjang. Jadi, ayah telah rancang untuk meracun sejak beberapa minggu lepas lagi. Waktu musim hujan ini, rumput rampai tumbuh dengan rancak sekali. Jika tidak diracun, petak sawah dan kebun akan dipenuhi anak benih padi angin dan rumput. Alternatif lain seperti menebas akan cuba dilakukan untuk mengurangkan penggunaan racun rumpai pada masa hadapan. Jika masih ada ternakan lembu seperti dulu, tentu kurang aktiviti meracun di kampung. Memancing Alhamdulillah dapat memancing lagi pada minggu ini. Kali ini haruan besar yang memakan umpan. Namun sayang sekali ikan haruan terlepas dari tempat kurungan pada waktu malam. InsyaAllah aka...

balik kampung 18 Jan 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas. Cuaca sudah masuk fasa angin timur, hujan sudah beberapa hari tidak turun dan langit sangat cerah. Diantara aktiviti minggu lepas: 1. Pancing haruan Alhamdulillah dapat memancing ikan haruan di kampung. Walaupun kecil, dapat juga dijadikan masakan pindang. 2. Nyior, pisang dan putat Buah nyior dibelakang rumah diambil sebelum inya diambil oleh pencuri. Pisang dibelakang rumah juga dapat diambil beberapa tandan. Begitu juga dengan jantung pisang yang dijadikan ulam dan kerabu. Terdapat juga pucuk putat yang dapat diambil untuk dijadikan ulam. InsyaAllah akan cuba pindahkan anak pokok putat ke dalam pasu untuk dibawa balik ke Pulau Pinang. 3. Petola bantal Buah petola bantal banyak yang bergantung di atas ranting pokok mati. Buah buah yang kering menjadi sasaran tupai yang memakan biji benih buah petola. Mungkin kekurangan makanan di waktu timur memaksa tupai tupai memakan biji benih petola. Beberapa biji peto...

memancing

Imej
Alhamdulillah, tahun 2010 beberapa hasil memancing ikan haruan, memancing ikan haruan agak mudah, tetapi bukan setiap masa senang untuk mendapat ikan haruan