Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

proses pembentukan buah terung

Imej
Alhamdulillah, dapat kongsikan proses pembentukan buah terung, tak sabar nak tuai :)

lemonade cuaca panas

Imej
cuaca panas sekitar utara ( angin timur ) bukan sahaja memberi kesan kepada pertumbuhan tanaman. Malah manusia juga tidak terlepas daripada kesan cuaca panas ini. untuk menyejukkan badan, boleh cuba segelas air lemonade, campuran ais, air masak, madu dan asam limau Lemonade 1. dua sudu madu 2. sedikit ais 3. sepotong asam limau 4. air masak InsyaAllah rasa lebih selesa untuk berehat di waktu tengah hari.

cabai, makin lama makin meriah

Imej
pokok pokok cabai kampung sudah hampir mencapai lebih dari enam bulan. kadang kadang kekeringan akibat terabai. Namun masih lagi mampu memberi keceriaan jika disiram dan dibajai. Semakin berbuah dan meriah. masih meriah berbuah walaupun sudah tua pokok cabai kampung ini

proses pembentukan buah terung

Imej
Alhamdulillah, menarik juga melihat perkembangan buah terung. dalam masa seminggu, buah yang kecil ini akan menjadi buah terung yang menarik :)

kadar percambahan benih terung

dua jenis benih terung telah disemai, iaitu benih terung pendek dan juga terung telunjuk. Terung pendek lebih cepat bercambah, dalam masa 5 hari ( 2 hari rendam, 3 hari atas tisu lembap ), manakala terung telunjuk mengambil masa 7 hari ( 2 hari rendahm, 5 hari baru bertunas )

semaian terung telunjuk dan terung pendek

Imej
Alhamdulillah, semaian terung sudah menunjukkan percambahan semaian terung diatas tisu dapur lembap teknik yang digunakan seperti yang disaran, 1. rendam benih didalam air selama 48 jam 2. tabur benih diatas kertas tisu dapur yang lembap. Tutup sedikit dengan apa apa jenis penutup untuk mengurangkan penyejatan. Periksa sehari sekali untuk memastikan tisu sentiasa lembap

tuai benih lobak putih

Imej
Alhamdulillah lobak putih yang ditanam berbulan bulan dahulu sudah pun berbunga dan menghasilkan biji benih. bunga bunga lobak putih bunga yang berjaya menjadi biji benih, Alhamdulillah InsyaAllah biji benih yang besar dan sihat akan ditanam kembali. Cuaca pun mula berubah redup setelah seminggu lebih panas terik akibat musim timur. 

percubaan menanam runner bean

Imej
Alhamdulillah sudah pun merendam runner bean utk semaian, harap akan tumbuh. Pokok ini biasa ditanam di kawasan beriklim sejuk. benih yang dibeli dari miruku benih yang diletakkan atas tisu dapur lembap untuk percambahan teknik yang digunakan kali ialah dengan meletakkan runner bean diatas kertas tisu dapur yang dibasahkan. Pemerhatian menunjukkan benih mengembang, dengan kulit benih mengelembung dahulu, setelah beberapa jam, gelembung tidak kelihatan.

pokok terung mula berbunga

Imej
Alhamdulillah, baka terung pendek yang ditanam sudah mula berbunga. Harap ada bunga yang akan lekat buah secepat mungkin. terung pendek dengan bunga berwarna ungu, moga akan lekat buah bunga terung yang sedang berkembang pokok terung yang ditanam didalam polibeg Tips menanam terung: 1. rendam biji benih selama semalaman 2. tabur dalam container, kalau rajin jarakkan sebiji sebiji benih. 3. selepas mula membesar, dalam 2 daun, boleh dipindahkan kedalam polibeg berukuran 1x1x1 kaki, ( untuk manafaat tumbesaran pokok dan mengelak pokok kekeringan jika tak sempat menyiram. 4. baja selalu apabila pokok semakin membesar. Perosak terung Antara perosak yang mungkin menggangu ialah lintah bulan/siput Siraman Pokok terung juga agak tahan kepada cuaca, saiz bekas polibeg yang sesuai akan membantu mengurangkan penyiraman. Jika seminggu berlaku hujan dua tiga hari, pokok terung langsung tidak perlu disiram.

bunga telang dan cili

Imej
Alhamdulillah selepas selesai beriadah dihujung minggu, bunga telang direndam dalam air utk memastikan bebas ulat sebelum diguna sempat ke tepi sungai utk mencari kangkung utk makanan ikan kaloi. Dapat juga memetik bunga telang yang tumbuh liar. Seeloknya bunga telang direndam dahulu sebelum diguna, kerana kadang kadang ada ulat yang tinggal didalam kelopak bunga dan menjadikan bunga telang sebagai makanan. Agak susah untuk melihat ulat ini pada mula mengutip bunga telang. Bunga telang boleh direndam semalaman utk mendapatkan warna birunya dan dicampur dengan perahan limau kasturi untuk dijadikan minuman. Kemudian lebihan bunga dijadikan makanan ikan kaloi.

tuaian awal tahun 2013

Imej
tuaian awal tahun 2013 dari stok tanaman tahun 2012 berupa sayur kailan, sawi dan malabar spinach, Alhamdulillah kailan, malabar spinach dan sawi awal tahun 2013 Dimasak bersama cendawan shitake dan sos tiram. insyaAllah akan menyemai sayuran lagi utk tahun 2013. Beberapa bekas akan dibawa ke flat. Rasanya lebih mudah dijaga dan kurang ganguan perosak. Beberapa bekas sawi sudah disemai. Kangkung pun sudah mula bercambah.

pancing puyu, 6 Jan 2013

Imej
Alhamdulillah, minggu lepas dapat juga memancing puyu. Dapat dalam 5 ekor, dan berkenalan dengan Che Wan yang selalu memancing di kawasan tempat tinggal. InsyaAllah selepas ini akan cuba memancing lagi. Seronok juga memancing bila melihat anak anak ikan puyu berselera dengan umpan cengkering dan anak tebuan. Kalau dikampung, mak selalu pancing bila hendak buat masak pindang. Sehari beberapa ekor dapat dipancing. Bila hari sabtu dapatlah dibuat semangkuk masak pindang ikan puyu untuk hidangan sekeluarga.

buah pokok kari dan mulberi

Imej
minggu lepas berjalan ke Johor bersempena kenduri anak mak tam, ada pokok daun kari yang berbuah di home stay yang kami tumpang. Buah yang masak berwarna hitam. Buah yang masih muda berwarna merah perang. buah pokok daun kari Pokok mulberi jiran mak tam berbuah sampai keluar pagar. Jadi ambil gambar. InsyaAllah akan cuba cari benih pokok mulberi dalam masa terdekat. Ada rakan tempat kerja tanam didalam bekas plastik cat , pokok hanya setinggi 4 kaki berbuah dengan lebat berbanding pokok yang ditanam diatas tanah dan tidak dicantas. buah mulberi yang dijaga oleh semut