Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

percubaan buat sendiri baja dari ikan

Imej
Ikan boleh dijadikan sebagai baja. Kebiasaanya hasil daripada menyiang ikan perut akan dibuang begitu sahaja. Kebetulan minggu lepas ada banyak lebihan kerana hampir sekilo ikan kembung dibeli untuk dibuat kuah laksa.



Perut ikan dan tulang boleh dicampur dengan minuman probiotik seperti yakult dan di kisar menggunakan mesin pengisar. Kemudian ia boleh disimpan didalam satu bekas plastik. Bekas plastik ditutup dengan kertas dapur supaya udara dapat masuk kedalam bekas. Simpan ditempat yang teduh dan gelap. Campuran boleh diguna selepas seminggu.

perkembangan kebun perumahan 30 Julai 2015

Imej
Alhamdulillah, kebun perumahan semakin banyak aktiviti yang perlu dilakukan. Diantara perkembangan terbaru.


Lobak merah
Anak pokok lobak merah semakin subur didalam pasu. Tanaman hanyalah sebagai satu eksperimen untuk melihat cara menanam lobak merah. InsyaAllah akan cuba perbaiki teknik tanaman pada masa depan.

Tomato king kong
Anak anak pokok tomato king kong mula dipindahkan ke dalam pasu untuk dibesarkan. InsyaAllah tanah didalam pasu akan ditambah baja.

Tut pokok tin
Tut pokok tin sudah menunjukkan tanda tanda berjaya. Akar akar halus mula kelihatan didalam plastik pokok tut.

balik kampung 26 Julai 2015

Alhamdulillah dapat balik ke kampung. Hanya beberapa jam sahaja dapat digunakan untuk mengurus kebun di kampung. Masih banyak lagi urusan yang hendak dibuat.

Diantara aktiviti di kampung yang dapat dibuat.

Pindah tanaman terung
Dua polibeg terung dari kebun perumahan dibawa pulang ke kampung. Pokok ditanam terus ke tanam bersama polibeg keranasudah banyak akar yang keluar dari polibeg.

Semaian kacang panjang ular
Alhamdulillah beberapa semaian kacang panjang ular bercambah. Semain dilakukan ditepi pagar supaya benih akan menjalar ke tepi pagar.

Bersih parit belakang rumah
Parit dibelakang rumah dibersihkan daripada batang kankung. InsyaAllah akan cuba diteruskan pembersihan pada minggu depan.

Petola bantal
Pokok petola bantal yang ditanam tahun lepas akhirnya sudah mati akibat pangkal mereput. Masih terdapat buah petola mudah yang terlalu tinggi untuk dituai. Benih benih petola bantal masih banyak. InsyaAllah akan cuba menyemai benih baru.

mengetut pokok tin

Imej
Alhamdulillah, perancangan mengetut pokok tin telah dilakukan. Dengan menggunakan plastik pembungkus air, hormon pengakaran, pisau lipat dan pita pelekat, tanah kompos. Proses mengetut mengambil masa kurang dari 10 minit.




InsyaAllah akan tunggu selama lebih kurang dua minggu untuk melihat samaada hasil tut pokok tin. Harap harap tut akan berjaya.

agen pendebungaan pokok bebuas

Imej
Agen pendebugaan pokok bebuas nampanya terdiri daripada serangga seperti rama rama dan penyengat. Terdepat beberapa jenis penyengat yang singgah di bunga pokok bebuas.



Walaupun bunga pokok bebuas kecil dan tidak berbau, namun penyengat banyak yang datang hinggap di bunga pokok bebuas. Buah buah pokok bebuas pula menjadi makanan burung burung seperti burung merbah.

perkembangan kebun perumahan 22 Julai 2015

Imej
Alhamdulillah, dapat mengurus kebun perumahan dalam tempoh cuti hari raya aidilfitri tahun ini.

Cuaca yang mendung serta hujan sepanjang minggu cuti aidilfitri menjadikan kebun perumahan tidak perlu disiram sepanjang seminggu balik bercuti. Cuma kasihan pada ikan ikan didalam kolam yang kelaparan seminggu terpaksa bertahan tanpa makanan. InsyaAllah akan cuba automasikan sistem pemakanan ikan.

Diantara perkembangan kebun perumahan



1. Pokok tin
Buah tin yang ditunggu tunggu untuk masak akhirnya telah masak dan gugur semasa cuti hari raya. Tidak pasti berapa hari buah tin berada diatas tanah. Buah sudah mula dihurung oleh semut dan menjadi sedikit lembik. Alhamdulillah isi buah masih elok dan boleh dimakan. Dapat juga merasa buah tin sulung.

Selain itu, daun daun pokok tin juga diambil untuk dijadikan teh.



2. Semaian tomato king kong
Semaian dibuat beberapa jam sebelum balik bercuti di kampung. Alhamdulillah semaian sudah mulai bercambah. InsyaAllah akan diubah ke pasu yang lebih besar da…

perkembangan kebun perumahan 9 Julai 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan dalam waktu 30 minit. Hujan awal pagi menjadikan suasana dingin.

Ikan ikan yang kelaparan diberi makan. Roti yang sudah tamat tempoh tetapi masih elok dijadikan sebagai makanan. Sekurang kurangnya roti ini tidak dibiarkan sahaja dibuang kedalam tong sampah.





Pokok pokok terung nampaknya akan dibawa balik ke kampung supaya dapat ditanam diatas tanah. Begitu juga dengan banyak lagi anak benih terung telunjuk yang menanti untuk disemai.


Pokok ulam raja kelihatan segar kerana hujan dan tanah tidak kering. Kebanyakan pokok ulam raja sudah mula berbunga dan menghasilkan biji benih.

Projek mengetut pokok tin masih lagi terbantut. Kalau dikampung, ayah selalu mengetut pokok pokok seperti pokok limau dan pokok puding.


Pokok ulam bebuas pula banyak mengeluarkan pucuk. Pucuk pucuk baru tidak dipetik kerana ulam bebuas sedap dibuat ulam ketika dipetik segar. Pada bulan puasa ini, kekanganan masa dan tugasan membataskan aktiviti memasak di rumah.

balik kampung 5 Julai 2015

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Masa sedikit suntuk kerana perlu membuat laporan kerja.

Cuaca mendung dan hujan mulai turun. Kulat sisir mulai banyak keluar dari dahan mempelam yang mati. Dapat juga dikutip dalam segenggam. Namun, terlupa untuk dibawa balik ke Pulau Pinang.

Minggu ini hajat untuk membantu ayah mengangkat baja ke bendang tidak kesampaian.

Tanah juga sesuai untuk ditanam sekarang ini kerana masih lembap akibat hujan lebat. Namun, masa begitu suntuk sehingga tidak sempat hendak menyemai.

Pucuk tenggek burung juga semakin tinggi, insyaAllah akan dipangkas supaya lebih banyak pucuk yang terhasil.

InsyaAllah semua kerja kerja yang tertangguh  akan cuba lakukan pada minggu akan datang.

tuaian kebun perumahan 1 Julai 2015

Imej
Alhamdulillah dapat menuai beberapa sayuran dari kebun perumahan untuk digunakan semasa sahur. Tuaian kali ini ialah daun ulam raja, buah mulberi dan terung yang terbantut akibat serangan perosak.



Selain itu, biji biji benih ulam raja dikumpulkan untuk disemai di kampung dan diberi kepada kak chak.

Pokok bebuas pula sedang berbuah, beberapa ekor burung merbah kadang kadang hinggap untuk mengutip buah bebuas. Burung menjadi agen penyebaran benih pokok bebuas.