Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jun 2015

balik kampung 27-28 Jun 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung untuk berbuka puasa di rumah lagi. Banyak aktiviti dikampung yang perlu dilakukan. Namun, kekangan tugas begitu banyak. Diantara aktiviti di kampung. Berbuka puasa di rumah tuk timah Alhamdulillah sempat sampai di susur keluar tol Alor Setar ketika azan maghrib. Sempat juga berbuka puasa di rumah tuk timah. Juadah berbuka puasa kali ini ialah kepah masak rempah bersama daun kaduk. Hidangan berbuka ini mengingatkan tentang rumah lama yang telah ditinggalkan dua tahun lalu. Disamping itu, air kelapa dan air jus buah buahan segar membantu mengekalkan kesegaran selepas berbuka sehingga selesai solat terawih. Membaiki kolam simen Kolam simen di rumah telah retak dan tidak boleh menampung air yang banyak. Jadi, kerja membancuh simen dan pasir untuk menampal kolam simen dilakukan. Kerja ini agak berat dan memerlukan tenaga yang banyak. Berpeluh peluh badan pada bulan puasa. Alhamdulillah, kerja membaiki berjaya diselasaikan sebelum waktu tengah hari. ...

perkembangan kebun perumahan 26 Jun 2015

Alhamdulillah kebun perumahan masih memberi hasil ketika cuaca sekarang yang semakin terik. Beberapa tuaian akan dilakukan pada hujung minggu. Diantara perkembangan terbaru. Terung Pokok terung kemungkinan akan dipindah ke kampung kerana pokok semakin membesar dan jika ditanam diatas tanam, lebih banyak hasil akan dapat dituai pada masa akan datang. Cabai solok InsyaAllah beberapa biji cabai solok sedia dituai. Boleh dijadikan cabai jeruk. Lobak merah semaian lobak merah nampaknya tertunda dan daun sebenar sudah mula keluar. InsyaAllah akan cuba menyelamatkan benih yang masih elok dan disemai dibatas. Projek automasi penyiraman. Alhamdulillah, projek automasi penyiraman sudah nampak jalan untuk disiapkan. InsyaAllah akan cuba siapkan sebelum cuti hari raya puasa. Jadi, pokok boleh ditinggalkan tanpa perlu risau. Mulberi Pokok mulberi semakin berbuah dan banyak yang hampir masak. InsyaAllah akan cuba dituai dan dimakan ketika sahur nanti. Timun Nampaknya vareiti timun ...

perkembangan kebun perumahan 10 Jun 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengemas kebun perumahan sedikit. Diantara aktiviti Tuaian cabai solok dan tomato ceri Alhamdulillah cabai solok dan tomato ceri dapat dituai. Jumlah cabai kali ini agak memuaskan. Anak ikan keli Anak ikan keli akhirnya sudah tiada lagi didalam sistem penapis. Kemungkinan sudah melompat keluar ke dalam kolam utama. Harap harap akan dapat hidup kerana banyak ikan besar didalam kolam utama. Terung telunjuk Benih terung telunjuk yang banyak akhirnya dapat diasingkan dan dipindahkan ke lubang semaian berasingan. InsyaAllah akan dibiarkan besar sedikit sebelum boleh dipasarkan.

balik kampung 7 Jun 2015

Alhamdulillah, minggu ini banyak aktiviti keluarga yang dapat dilakukan bersempena musim cuti sekolah. Namun, aktiviti berkebun terpaksa ditangguh kerana tuntutan menyiapkan kertas kerja yang penting. Aktviti aktiviti membersih laman kampung banyak dilakukan oleh bang tam yang balik bercuti. Diantara aktiviti balik kampung minggu ini Hari Keluarga Alhamdulillah hari keluarga berlangsung buat julung julung kalinya dengan baik bagi keluarga Haji Ibrahim dan Hajjah Aishah. Banyak aktiviti bersama sanak saudara dilakukan untuk mengeratkan siturrahim. Nostalgia dan kenangan manis banyak diingati kembali dalam pertemuan kali ini. Banyak juga info info terbaru tentang peribadi Haji Ibrahim dan Hajjah Aishah yang dapat dipelajari seperti ketegasan dan kecekalan mereka membesarkan anak anak dalam suasana agama. Memancing Aktiviti memancing dengan anak anak saudara dilakukan dikampung. Namun, musim sekarang tidak sesuai untuk memancing kerana padi baru sahaja ditanam dan ikan banyak men...

perkembangan kebun perumahan 1 Jun 2015

Imej
Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan untuk dikongsikan. 1. Semaian lobak merah Alhamdulillah semaian lobak merah sudah bercambah. InsyaAllah akan cuba memindahkan benih lobak merah ke bekas yang sesuai. 2. Semaian timun Semaian timun tidak begitu menjadi, daripada lebih dua puluh biji benih yang disemai, cuma satu sahaja yang bercambah. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi benih baru. 3. Keratan mulberi Keratan mulberi juga nampaknya masih lagi bertahan didalam pasu semaian, Harap harap akan berakar dan menghasilkan pokok mulberi baru. Semaian semaian lain akan turut dilakukan untuk mengambil kesempatan cuaca yang sangat baik untuk memulakan penanaman sekarang ini.

projek kebun bulan Jun 2015

InsyaAllah ada beberapa projek kebun perumahan dan kebun kampung untuk bulan jun 2015 Diantaranya 1. Automasi penyiraman dan beri makan ikan InsyaAllah projek automasi akan bermula. Dua perkara utama akan cuba diselesaikan 2. Projek sayur kebun kampung Keadan cuaca yang kerap hujan dan tanah yang lembap sekarang sangat sesuain untuk memulakan penanaman sayur di kebun kampung. Tanaman utama yang akan diusahakan ialah labu, jagung dan kekacang. 3. Bersih kolam ikan Kolam ikan didepan rumah kampung sudah dipenuhi oleh rumput rumpai. InsyaAllah akan cuba dibersihkan dan ditambah dengan stok ikan yang baru seperti ikan tilapia. 4. Projek ayam untuk ramadhan Beberapa ekor ayam akan dibela untuk dijadikan lauk semasa bulan ramadhan. InsyaAllah akan cuba jayakan projek projek diatas