Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel patin

balik kampung 13 Ogos 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada hari ahad 13 Ogos 2017. Masa separuh hari sahaja yang dapat diluangkan balik ke kampung. Sekurang kurangnya dapat meluangkan masa berharga bersama mak dan ayah dikampung. Disamping itu, dapat melihat keadaan kebun yang sudah lama memerlukan perhatian dan penjagaan. Pokok mulberi Pokok mulberi yang ada di kebun perumahan dibawa balik ke kampung. Harap harap pokok akan terus membesar dengan lebih baik dikampung. Semaian benih terbaru Benih kailan dan benih pokok bunga cuba disemai. Benih benih yang ada adalah benih lama. Harap harap benih masih boleh bercambah. Kebetulan, sekarang musim hujan. Patin Ikan patin didalam kolam nampaknya sudah agak besar. Kemungkinan boleh ditangkap dan dijadikan masakan. Bendi Pokok bendi di kebun kampung masih lagi membuahkan hasil. Setiap dua minggu beberapa biji buah bendi dapat dituai. Pisang Alhamdulilah kali ini dapat menuai tandan pisang yang sangat besar. Buah dibawa balik ke Pulau Pinang untuk diberi ke...

nasib ikan patin didalam kolam

Nampaknya ikan ikan patin yang dibeli tidak berjaya hidup didalam kolam. Selepas sebulan langsung tidak kelihatan kelibat anak anak ikan patin lagi. Kemungkinan besar sudah menjadi mangsa kepada ikan keli besar. Dengan mulut ikan keli yang besar, mudah sahaja anak anak ikan patin ditelan hidup hidup. Deria dan sesungut panjang ikan keli membolehkan ia mengesan dan menangkap ikan ikan samada disiang hari atau malam. Ikan patin sebenarnya mempunyai daya tahan yang tinggi, mudah dibela dan cepat sembuh dari kecederaan, namun pemangsa seperti ikan keli besar harus di keluarkan dari kolam dahulu. Didalam perancangan, ikan ikan yang sudah mencecah umur dua tahun didalam kolam akan dipindahkan untuk memberi peluang membela ikan baru. Alhamdulillah, ikan keli dan ikan kaloi yang ada didalam kolam berguna untuk kolam perumahan. Walaubagaimanapun, ikan ikan ini tidaklah jinak. Semakin lama semakin sudah untuk ditangkap apabila menyedari ada yang akan dijadikan lauk.