Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

perkembangan kebun perumahan 30 mac 2016

Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan Tuaian ulaman Ulam pucuk lemak ketam dituai, dengan harapan untuk dimakan bersama nasi panas. Namun terlupa untuk disimpan dan terbiar diluar rumah. Semaian daun sup Benih daun sup sudah ada yang bercambah. Disamping daun sup, rumput rampai juga turut bersama tumbuh. Lintah bulan juga kelihatan keluar memakan anak daun sup. Perosak dikutip dan dimusnahkan. Benih kacang kelisa Anak benih kacang kelisa sudah mula memanjang. InsyaAllah akan cuba diubah secepat mungkin ke tempat yang sesuai. Kemungkinan akan dibawa balik ke kampung. Gambar akan diletakkan kemudian

balik kampung 27 Mac 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Cuaca masih lagi tersangat panas. Cuaca pada hari sabtu direkodkan pada suhu 37 darjah celcius. Awan awan kecil sudah mula kelihatan dilangit. Harap harap musim kering akan berakhir dengan cepat. Bendang Buat masa ini, aktiviti bendang hanya tertumpu kepada membajak sawah yang kering. Disamping itu, ada petani yang menabur kapur di bendang untuk mengelakkan bendang menjadi masam ( ph tanah tinggi ). Ayah kini mengupah kebanyakan kerja mengurus penanaman padi kerana sudah tidak kuat seperti dulu lagi. InsyaAllah kalau ada masa akan cuba membantu. Pengairan untuk musim penanaman padi nampaknya sudah dimulakan kerana air di terusan utama dari jerlun ke gunung sudah mula dipenuhi air. Tali air yang sebelum ini dipenuhi rumput rumpai kini dipenuhi air. Kebun mempelam Kebun mempelam dibelakang rumah baru hendak mula berbunga. Daun daun kering dan rumput perlu dikumpul dan dibakar untuk memusnahkan tempat pembiakan serangga perosak seper

perkembangan kebun perumahan 24 Mar 2016

Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan Semaian daun sup Benih daun sup disemai walaupun perancangan asal ialah untuk menyemai daun salad. Ini kerana paket benih daun sup sudah dibuka. InsyaAllah akan menyemai daun salad pada minggu depan. Benih Zucchini Benih zucchini percubaan kali kedua yang dinanti nanti akhirnya bercambah. Benih kelihatan dimakan oleh serangga sedikit. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi benih zucchini. Pokok tin Pokok tin akan cuba di tut lagi. Pokok green jordan sesuai untuk ditut buat masa ini. Tuaian sawi renek Nampaknya tidak ada rezeki untuk merasa sawi renek pada kali ini. Tuaian tidak bertahan lama selepas hampir separuh tanaman rosak kerana cuaca panas dan tidak disiram. Sayur bayam dan benih tomato masih lagi bertahan. Ikan Ikan ikan yang dipancing perlu diasingkan. Ikan keli walaupun nampak lemah gemalai tetapi suka menggigit ikan lain apabila dikurung dikawasan sempit. Gambar akan diletakkan kemudian

perkembangan kebun kampung

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung sekejap pada minggu lepas. Cuaca masih lagi panas dan kering di utara tanah air. Anak anak sungai menjadi kering sehingga menampakkan dasar. Pada masa ini, parit parit sesuai untuk dibersihkan dan sampah mudah dikeluarkan daripada parit. InsyaAllah akan cuba membuat perancangan menternak sedikit itik untuk kegunaan sendiri. Memancing Alhamdulillah masih ada ikan yang sudi menangkap umpan. Ikan disimpan dulu, kalau ada rezeki dan ikan hidup lagi, akan dijadikan hidangan tengah hari. Pokok terung Terung vareiti telunjuk di belakang rumah masih lagi produktif walaupun banyak buah yang masak tanpa dituai. InsyaAllah akan cuba menanam vareiti terung panjang ungu kerana lebih digemari berbanding vareiti telunjuk. Bendi Disatu sudut kebun jiran kelihatan bendi kampung yang tumbuh subur walaupun cuaca begitu kering sekali. Nampaknya akan cuba menanam bendi varieti kampung yang tahan lasak dan mempunyai tempoh tuaian yang panjang.

perkembangan kebun perumahan, 20 Mac 2016

Alhamdulillah, benih kacang kelisa yang disemai minggu lepas sudah mula bercambah. InsyaAllah akan dipindah kedalam polibeg yang lebih besar. Benih zucchini pula langsung tidak bercambah. Akan cuba menyemai buat kali ketiga menggunakan medium tanah yang berbeza. InyaAllah pada minggu ini akan cuba menyemai benih salad dan sawi bunga. Bahagian depan rumah perlu dibersihkan kerana pokok petola bantal sudah menjalar ke pokok limau purut dan pokok mulberi.

perkembangan sayuran dalam bekas polisterin

Imej
Nampaknya pertumbuhan sayur dalam bekas polisterin agak terbantut. Bayam masih lagi kecil walaupun sudah hampir beberapa minggu bercambah. Biasanya bayam sangat lasak dan mudah membesar walaupun kurang nutrien dan baja. semaian pada 16 Februari 2016 Kemungkinan kurang nutrien ataupun keadaan tanah tidak sesuai. Pencahayaan juga harus dilihat semua. Jika perlu, bekas polisterin diubah ke bahagian depan rumah yang mendapat cahaya matahari secara langsung. InsyaAllah akan cuba memperbaiki keadaan pada minggu depan.

perkembangan kebun perumahan 13 Mac 2016

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan pada hujung minggu ini. Cuaca sangat panas menyebabkan banyak tanaman yang kekeringan. Sawi renek Sawi renek yang sedia dituai mengalami kekeringan yang teruk. Sebahagian tanaman didalam pasu menjadi rosak dan tidak dapat dituai. Ada beberapa pokok sawi renek yang dapat dituai. InsyaAllah akan dituai untuk dijadikan sayur dalam masakan minggu ini. Petola bantal Pokok petola bantal rupa rupanya sudah berbuah lagi. Namun sudah terlewat untuk dituai kerana  sudah terlalu tua. Bayam dan kangkung Pertumbuhan bayam dan kangkung yang ditanam didalam polisterin agak perlahan. Kemungkinan kedudukan bekas tanaman yang tidak mendapat cahaya matahari penuh membantutkan pertumbuhan bayam dan kangkung. Benih zucchini Benih baru zucchini yang dibeli beberapa bulan lepas sudah disemai. Namun, masih belum ada tandan tanda percambahan. Jadi, semaian baru dibuat Benih kacang kelisa Kacang kelisa vareiti merah dan hijau daun tirus disemai. Harap

perancangan kebun bulan mac

InsyaAllah pada bulan ini akan memulakan semaian tanaman baru. Harap harap musim panas akan berakhir pada akhir bulan ini. Semoga hujan turun dengan lebih konsisten pada bulan April insyaAllah. Diantara tanaman yang akan dicuba Tanaman jangka masa pendek ( 1-2 bulan ) Salad Bayam Kailan Kangkung Sawi bunga Tanaman jangka masa sederhana ( 2-4 bulan ) Timun Tomato Labu air Bendi Kacang panjang Kacang buncis Tanaman jangka panjang ( 4 bulan- 6 bulan ) Terung Petola bantal Cabai Kacang kelisa Lain lain InsyaAllah akan cuba dapatkan benih ayam belanda dan rumput napier untuk dibawa balik ke kampung Selain itu, aktiviti memancing akan diteruskan

perkembangan kebun perumahan, sawi renek sedia dituai

Imej
Alhamdulillah pada hujung minggu ini dapat juga mengurus kebun perumahan walaupun jadual sangat padat. Sawi renek Sawi renek sudah sedia untuk dituai. Perosak seperti siput dan lintah bulan dikumpul dan dimusnahkan. Jika tidak kemungkinan tidak ada tuaian langsung. Semaian baru sawi renek turut dimulakan didalam pasu yang baru. Disamping itu, terdapat anak benih tomato dan bayam yang tumbuh didalam bekas sawi renek. Tidak pasti bagaimana benih tomato dan bayam boleh tumbuh didalam bekas tersebut. Ikan haruan Ikan haruan yang dipancing kebanyakannya mati beberapa hari selepas dipancing. Ikan disiang dan dijadikan ikan kering. Perancangan untuk dibawa balik ke kampung terpaksa ditangguhkan dahulu. InsyaAllah akan cuba memancing ikan lain. Terung Terung pada musim kering ini menhasilkan buah yang pendek. Harap harap apabila musim hujan kelak lebih banyak hasil dari pokok terung.

jalan jalan tengok kebun

Alhamdulillah, pada hujung minggu yang lalu, sempat juga mendaki bukit jambul. Kebetulan terdapat tanaman yang diusahakan diatas sana. Terdapat terung ungu panjang yang ditanam. Tanaman baru hendak mula berbuah. Rasa teruja dengan tanaman yang diusahakan. Terdapat satu kawasan yang ditanaman dengan beberapa barisan anak terung. Bila berbuah nanti tentu banyak hasil yang dapat dituai. Terdapat juga tanaman petola dan bendi. Jika diusahakan dengan lebih baik lagi, tentu nampak cantik kebun di puncak bukit jambul. Namun, terdapat risiko tanaman dirosakkan oleh monyet yang berkeliaran di kawasan pendakian. Terdapat juga pokok jering yangn sedang berbuah. Buah masih lagi terlalu muda untuk diambil. Dikaki bukit jambul terdapat laman kaduk yang tumbuh liar. Bagi yang berkunjung rasanya tidak ada masalah untuk mengambil pucuk kaduk untuk dijadikan ulam. Gambar akan diletakkan kemudian.

serangan perosak lintah bulan pada tanaman sawi renek

Sawi renek yang ditanam semakin berkurang. Ini kerana tanaman diserang oleh lintah bulan. Lintah bulan akan mula keluar mencari makan apabila malam. Berdasarkan pemerhatian, perosak ini akan mula keluar selepas maghrib. Lintah bulan dapat bergerak dikawasan yang kering untuk sampai ke kawasan tanaman. Pada waktu siang. lintah bulan akan bersembunyi ditempat yang gelap seperti dibawah pasu. Jika berlaku serangan lintah bulan pada tanaman, cuba perhatikan pada bahagian bawah pasu. Perosak yang berjaya ditangkap dikumpulkan dan dihapuskan untuk memastikan tanaman akan dapat dituai. Jika tidak, semua tanaman akan habis dimakan lintah bulan.