Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cacing

perkembangan kebun perumahan 29 April 2014

Alhamdulillah beberapa perkembangan kebun dalam kesibukan tugas. Terung erdine benih terung yang di semai sudah bercambah dan sedia untuk di pindah ke bekas penanaman. InsyaAllah akan cuba dibesarkan secepat mungkin. Kompos cacing Pasu kedua yang menjadi tempat kompos cacing nampaknya sudah nampak serasi. Cacing sudah mula memakan sisa makanan. Kelembapan harus diperiksa dari masa ke semasa. Ikan keli Seekor ikan keli dalam kolam mati. Sebab kematian tidak dapat dipastikan. Saiz ikan agak besar. Timun Timun white wonder belakang rumah berjaya dituai sebanyak dua biji. Mungkin bulan depan pokok akan diganti kerana sudah tua. Timun jepun juga berjaya dituai hari ini. Timun biasa pula sedang membesar dan memerlukan air yang banyak. Gambar akan diletakkan kemudian

cara bela cacing untuk kompos

Imej
jika dulu dulu ramai yang menyertai industri bela cacing untuk mendapatkan baja cacing dan berharap mendapat keuntungan. sekarang rasanya industri ini agak perlahan. Namun potensi masih besar bagi yang ingin membantu menghasilkan baja berkualiti dan menyelamatkan alam sekitar. sebelah kira ialah baja tahi cacing, sebelah kanan ialah sepaket cacing yang dibeli dari kedai akuarium kelihatan cacing dan baja yang terhasil Tips tips memulakan aktiviti membela cacing untuk kompos 1. beli cacing di kedai pancing, murah harga dlm RM 2.50 sepaket. Boleh beri RM 10 untuk 4 paket. 2. sediakan pasu besar, lapik pasu besar dengan pelapik pasu. 3. masukkan tanah dan campuran kompos sekadar separuh pasu 4. sirap air supaya tanah dan kompos basah 5. masukkan cacing 6. masukkan makanan dan sisa kebun. Elakkan makanan dari jenis tulang, daging dan lemak. Makanan yang boleh diberi seperti sisa lebihan nasi, pasta, roti berkulat dan lain lain. 7. tutup dengan penutup besar agar menutu...

ternak cacing untuk kompos dan baja

Alhamdulillah cacing nampaknya menghasilkan baja cacing yang agak banyak. Pokok pokok tanaman diberi baja dari cacing dan nampak semakin subur. Sisa makanan dan sisa tapisan sistem akuarium digunakan sebagai makanan cacing. Cacing cacing nampaknya sangat sukakan sisa tapisan sistem akuarium. Tempat cacing harus diperiksa untuk memastikan tiada semut yang membuat sarang. Jika tidak, cacing mungkin diserang semut. Kagum dengan kelebihan dan daya tahan cacing yang mampu mengurai bahan makanan walaupun kecil dan mudah cedera. Gambar akan diletak kemudian.

perkembangan bekas kompos cacing

Alhamdulillah, bekas kompos cacing menunjukkan kemajuan dan semakin sihat. Sayur yang tidak habis akan diberikan kepada cacing cacing. Selepas seminggu dua, sayur perlu ditambah. Terdapat beberapa organisma lain yang hidup bersama kompos seperti siput kecil dan kutu kayu. Nampak kesibukan haiwan haiwan ini menguraikan sayuran. InsyaAllah akan cuba membuat beberapa lagi bekas kompos cacing kerana saya dapati kadar penghasilan sisa sayuran daripada aktiviti memasak sangat tinggi. Cacing cacing akan cuba dibeli dari kedai akuarium ataupun digali sendiri.