Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

ulaman pokok lemak ketam

Alhamdulilallah pada hujung minggu lepas dapat memancing di Balik Pulau. Ada sedikit rezeki ikan haruan yang berjaya dipancing. Kebetulan ketika melalu kawasan memancing kelihatan satu pokok yang merimbun. Apabila diperhatikan dengan dekat didapati ianya ialah pokok lemak ketam. Jadi pucuk pucuk diambil untuk dijadikan ulaman. Malangnya cuaca pada hari sabtu lepas sangat panas. Habis kecut pucuk pucuk yang diambil manakala ikan haruan yang dipancing mati sebelum sempat disimpan. Jadi ikan haruan dimasukkan kedalam peti sejuk manakala pucuk lemak ketam direndam supaya segar kembali. Harap harap dapat mengakarkan pucuk lemak ketam.

tempirai, perangkap ikan, 22 November 2016

Imej
Alhamdulillah balik kampung sempat menjenguk mak dan ayah di kampung. Sedikit kerja kampung seperti membuang pelepah kelapa dan memotong rumput yang panjang dibelakang rumah. Senang sikit mak nak membuang sampah. Setelah sedikit kerja kampung dibuat, sedikit lagi masa sebelum masuk waktu maghrib digunakan untuk mencari ikan darat. Percubaan pertama memancing ikan haruan kurang berhasil. Jadi, masa masa kecederaan sebelum maghrib digunakan untuk mengangkat tempirai yang dipasang di dalam parit hadapan rumah. Alhamdulillah sedikit hasil terdiri daripada ikan sepat ronggeng, sepat benua, puyu dan belut. Ikan yang kecil dilepaskan semula. Belut disimpan untuk dijadikan hidangan pada minggu minggu depan. InsyaAllah akan membuat tempirai lagi kerana agak efektif untuk menangkap ikan ikan didalam parit.

perkembangan kebun perumahan 21 November 2016

Imej
perosak pokok tin nampaknya pokok tin yang ditanam diserang oleh perosak dari jenis kumbang. Pokok menjadi layu dan kering manakala terdapat tanda tanda gigitan serangga pada batang pokok. InsyaAllah akan cuba memasukan kembali pokok tin dan menjaga kebersihan kebun perumahan. Semak samun kebun perumahan Keadaan kebun perumahan sekarang nampak dipenuhi dengan herba herba yang perlu di pangkas. Harap harap dapat meluangkan sedikit masa pada hujung minggu ini untuk aktiviti membersih kebun perumahan. Tuaian cabai melaka Alhamdulillah cabai melaka masih lagi mengeluarkan hasil. Cuaca pada masa ini sangat baik dan pokok cabai berbuah dengan lebat. Daun ketumbar Semaian benih daun ketumbar nampaknya terbantut. Herba tidak lagi menunjukkan perkembangan tumbesaran yang memberansangkan. Akan cuba memberi sedikit lagi masa untuk memerhati perkembangan semaian daun ketumbar. Lain lain herba Daun kaduk dan juga selasih thai masih lagi belum digunakan untuk masakan. Masi

balik kampung 12 November 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Terung Terung panjang vareiti ungu sudah mula berbuah. Buah dituai dan diberi kepada mak untuk memasak. Batas tanaman akan ditambah dengan lebih banyak kompos supaya tanah lebih subur. Bersih halaman kampung InsyaAllah pada bulan depan akan diadakan kenduri kesyukuran di rumah mak. Jadi, kerja kerja memotong rumput perlu diadakan lebih awal kerana ayah sudah tidak larat untuk melakukan kerja memotong rumput sendiri. Pokok lada hitam Pokok lada hitam yang ditanam sudah mula mengeluarkan hasil. Walaupun tidak sebanyak mana, namun diharap pokok akan menjadi lebih subur pada masa depan. Benih pokok mentega Pokok mentega mulai bercambah pada musim hujan ini. InsyaAllah akan dikumpul dan ditanam didalam polibeg. Kemudian akan cuba ditut supaya pokok yang membesar adalah pokok betina. Sebelum ini terdapat lima pokok mentega dikawasan kebun kampung. Tiga daripadanya pokok betina, namun sudah tinggal dua sahaja.

perkembangan pokok tin 10 November 2016

kebanyakan pokok tin dirumah tiba tiba menjadi tidak sihat. Daun daun pokok tin luruh. Setelah diamati, kemungkinan pengairan auto yang terlalu lama menyebabkan tanah tidak lagi sihat dan menjadi poros. InsyaAllah akan cuba membaiki kualiti tanah dan mengurangkan pengairan auto secara berlebihan.

tuaian cili padi dan cili merah kebun perumahan

Imej
Alhamdulillah cili padi dan cili merah sudah boleh di tuai. Cili padi yang tumbuh dari kompos menghasilkan buah cili padi berwarna hijau putih manakala cili merah yang tumbuh dari sisa biji cabai kering yang dibeli di kedai. Pembajaan hanya menggunakan baja organik dan sisa dapur seperti kulit bawang, air basuhan ikan dan air basuhan beras. Alhamdulillah setakat ini tiada serangan makhluk perosak yang serius. Herba dari jenis basil ditanam berdekatan cili untuk mengelakkan serangan perosak yang tidak suka bau herba basil.

balik kampung awal November 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Hampir seharian berjalan pada pagi ini dari Pulau Pinang ke Changlun dan akhirnya singgah di Alor Setar. Masa di Alor Setar hanya berbaki beberapa jam sahaja. Namun, sempat juga melakukan aktiviti membersih kampung. Bersih kolam tepi jalan Kolam di tepi jalan sudah lama tidak dicuci. Daun daun pokok jati yang lebar dan besar sudah untuk mereput didalam air. Kebanyakannya jatuh kedalam kolam dan menyebabkan kolam menjadi cetek. Jadi kolam dibersihkan menggunakan pencakar besi yang selalunya digunakan untuk kerja kerja sawah. Semasa mencuci kolam, kelihatan anak ketam sebesar saiz kuku ibu jari. Sudah lama tidak melihat anak ketam. Jika dahulu, anak ketam sangat mudah didapati di sawah. Namun, sejak penggunaan racun siput gondang secara berleluasa. Habis ketam mati didalam sawah. Begitu juga hidupan akuatik lain termasuk ular air yang semakin jarang dijumpai. Perangkap ikan Pada minggu lepas, perangkap ikan berjaya dibuat menggun

balik kampung cuti Deepavali

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung untuk cuti selama tiga hari bersempena perayaan Deepavali. Cuaca hujan lebat dan mendung disempang cuti hujung minggu. Perjalanan balik ke kampung terpaksa menempuh hujan lebat dari Seberang Jaya sehingga ke Alor Setar. Meracun siput gondang Kali ini ayah mencuba teknik menyemai benih anak padi didalam air. Benih direndam semalaman dan dicampur dengan bahan peransang pengakaran. Selepas sehari direndam, benih akan dibiarkan kering dan ditabur. Teknik ini mampu mengurangkan masalah rumpai yang akan tumbuh jika padi ditabur diatas bendang yang kering. Namun, teknik ini menyebabkan anak padi terdedah kepada serangan siput gondang yang akan memakan pucuk anak padi yang masih kecil. Jadi racun siput disembur kedalam bendang. Harap harap akan menyebabkan siput gondang mati. Terung Alhamdulillah terung yang ditanam masih mengeluarkan hasil. Dapat juga dikutip untuk makan tengah hari sebagai terung bakar. Vareiti terung ungu sudah mula mengeluarka

ganguan kucing pada kebun perumahan

Semaian terbaru mengadapi ganguan daripada makhluk yang tidak dijangka iaitu kucing. Kucing jiran nampaknya menjadikan pasu semaian sebagai tandas. Habis semaian ketumbar didalam pasu no 1 musnah akibat menjadi tandas kucing. Kucing juga akan datang ke kebun perumahan apabila pokok kucing galak dicabut dan tidak dibuang dengan baik. Akar pokok kucing galak menyebabkan kucing seperti khayal dan berguling diatas tempat tanaman semasa memakan akar kucing galak. InsyaAllah akan cuba mengatasi masalah dengan cara menyembur air menyembur air bagi  menakutkan kucing dengan apabila ternampak kucing supaya kucing tidak bermaharaja lela.