Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

projek akuaponik bulan februari 2017

InsyaAllah akan memulakan projek akuaponik terbaru. Sedikit modal sudah terkumpul untuk memulakan projek akuaponik. Bahan bahan yang diperlukan 1 akuarium ( untuk menyimpan ikan yang akan dibela ) 1. pam air ( untuk tujuan membersihkan  ) 1. timer ( untuk menyiram tanaman dan mengawal pam air ) 1 bekas tanaman ( untuk tempat menanam tanaman ) ikan yang akan dibela ialah dari jenis ikan keli afrika. InsyaAllah akan dipancing dari sungai berdekatan dengan rumah. Pam air akan dibeli dari kedai akuarium manakala timer akan dibeli secara atas talian. Bekas tanaman akan diambil daripada tong polisterin yang biasanya dibuang di kawasan pasar malam.

pokok pokok cili kekeringan

Imej
Pokok pokok yang ditanam habis kekeringan semasa balik bercuti hari raya cina selama 5 hari. Benih benih kangkung pula habis mati. Alhamdulillah selepas beberapa jam disiram pokok kembali segar. InsyaAllah akan cuba teknik penyiraman automatik ataupun teknik autopot.

balik kampung cuti raya cina 2017

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung bersempena cuti raya cina kali ini. Lima hari cuti tidak terasa bila balik ke kampung. Pelbagai aktiviti diadakan dikampung menjadi kenangan indah semasa bercuti. Terasa puas cuti kali ini dapat bertemu sanak saudara. Beberapa aktiviti yang dijalan seperti yang disenaraikan dibawah. Perjumpaan keluarga besar Haji Din Alhamdulillah, keluarga besar Haji Din bertemu lagi pada kali ini. Aktiviti berhimpun dan berkenal kenalan diantara ahli keluarga yang besar. Pelbagai lapisan umur yang hadir. Kehadiran mencecah 200 orang. InsyaAllah akan bertemu lagi pada tahun depan sekiranya umur panjang. Memancing Beberapa aktiviti memancing dilaksanakan bersama sama anak anak saudara. Ikan haruan dan puyu menjadi sasaran utama. Rezeki kali ini baik kerana ikan keli bendang turut mengena matakail. Dapatlah anak anak saudara merasa makan ikan keli goreng. Kebun Abang yang balik bercuti menumpukan masa membersih kawasan kebun pisang ayah. Hampi