Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel julai 2014

perkembangan kebun perumahan, 18 Julai 2014

Alhamdulillah kebun perumahan nampak kemas sedikit dan memberi hasil ulam ulaman untuk berbuka puasa. Selain itu beberapa perkembangan terbaru 1. Terung telunjuk  Terung telunjuk mula berbunga dan harap harap akan lekat buah. Daun daun terung pula diserang larva kekabuh. Larva dihapuskan dengan tangan sahaja. Jika larva ini tidak dihapuskan, pokok akan kehilangan semua daun daun. 2. Lobak putih Lobak putih sudah mula berisi. InsyaAllah boleh dituai untuk sahur hujung minggu ini. 3. Kompos cacing Kompos cacing kedua sudah mula menunjukkan hasil compos. Banyak cacing yang naik sehingga ke permukaan kompos. Kompos ditutup dengan tudung penutup sampah dan dilapik dengan plastik sampah untuk mengekalkan kelembapan. 4. Ikan keli Beberapa minggu lepas ikan keli kelihatan seperti mengalami kecederaan pada kulit dan membengkak. Namun selepas beberapa lama, kulit ikan keli sembuh. Nampaknya ikan keli sangat tahan lasak.

balik kampung 5 Julai 2014

Alhamdulillah dapat balik kampung lagi minggu lepas. Seronok dapat berbuka puasa sekali. Berapa aktiviti lain yang dilakukan. Tanggung baja ke bendang Ayah hendak mula menabur baja urea. Jadi pagi pagi baja sudah diangkat ketengah sawah sebelum matahari terpacak diatas kepala lebih kurang jam 8 pagi. Baja akan ditabur beberapa hari lagi, jadi baja perlu di tudung dengan plastik untuk mengelak daripada embun. Suasana awal pagi di bendang agak dingin dan pokok padi sudah semakin membesar. Banyak hidupan di bendang seperti katak, pepatung, burung dan ikan dapat dilihat. Harap dapat terus menikmati suasana damai di kampung. Bersih rumah Alhamdulillah, sempat membersih depan rumah bersama bang long. Daun dan rumput kering dikumpulkan dan dilonggok ke tempat sampah untuk dibakar. Periksa tanaman Anak Pokok labu dibelakang rumah layu terkena racun rumpai yang disasarkan kepada kangkung liar yang menjalar didalam air. Harap harap masih boleh bertahan. Anak pokok labu air pula se...

perkembangan kebun perumahan, Julai 2014 lobak putih

Imej
Alhamdulillah lobak putih didepan rumah semakin membesar. Ditanam padat padat kemudian dijarangkan. InsyaAllah akan dijadikan sup sayur untuk bersahur. Pembajaan dibuat apabila nampak tanda daun mulai kekuningan. Kompos cacing dan baja organik digunakan. Harap harap dapat menuai selama beberapa kali.